Didik

Beza OKT & OKS Atau OYDS, Jangan Sampai Salah Label Suspek Tau!

65
SHARES
maksud OKT

OKT, OKS atau OYDS merupakan label yang biasa digunakan kepada suspek yang dibawa bicara dalam mahkamah, terutamanya melibatkan kes-kes jenayah. Namun, apakah maksud OKT, OKS atau OYDS ini? Dan apa pula perbezaannya.

Jom ikuti penerangan lanjut di bawah berkenaan laras undang-undang ini agar masyarakat tidak salah melabelkan suspek.

Baca juga: Tips Dapat ‘Extra’ Ruang Memori iPhone Lepas Langgan iCloud, Buat 3 Cara Je!

MAKSUD OKT DAN OKS/OYDS

maksud OKT

Gambar: Tiktok @lawyersresponse

Melalui perkongsian akaun Tiktok @lawyersresponse, OKT adalah singkatan untuk Orang Kena Tuduh. Di mana, label tersebut hanya akan diguna pakai sekiranya OKT di bawa ke mahkamah untuk menjawab pertuduhan.

“OKT ini in short adalah Orang Kena Tuduh. Label OKT ini hanya akan diguna pakai sekiranya OKT di bawa ke mahkamah untuk menjawab pertuduhan. Barulah dia jadi OKT,” ujarnya.

Manakala, OKS adalah Orang Kena Syak. Di mana, OKS belum dijatuhkan sebagai pesalah kerana hanya baru disyaki sahaja dan ada kemungkinan juga dia bukanlah seorang pesalah.

“Semasa siasatan sebelum ada pertuduhan kita panggil OKS iaitu Orang Kena Syak. OKS ini dia belum jadi pesalah lagi, dia belum tentu lagi jadi pesalah. Dia baru syak sahaja.

“Tapi selepas dah sempurna siasatan dan ada bukti kukuh menunjukkan dia adalah pesalah, kes tersebut akan dirujuk kepada mahkamah dan didaftarkan. Barulah tukar label naik taraf jadi OKT,” jelasnya lagi.

Baca juga: Malaysia Antara 11 Negara Paling BAHAYA Untuk Wanita Travel Solo, Mengejutkan!

Baca juga: Gaji 3 Ribu Sebulan, Harga Rumah Macam Mana Layak Beli? Ini Pengiraannya!

OKT & OKS/OYDS

maksud OKT

Gambar: Sekadar gambar hiasan – Utusan TV

Sementara itu, anda juga boleh baca di perkongsian lain oleh Tuan Hisham Nazir yang menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai perbezaan OKT dan OYDS.

Apabila seseorang itu ditangkap oleh pihak polis, individu itu belum lagi menghadapi pertuduhan. Oleh itu, dia belum lagi dinamakan OKT (Orang Kena Tuduh) tetapi dia masih lagi seorang suspek atau OYDS (Orang Yang Disyaki).

Ini kerana pihak polis masih dalam proses siasatan bagi mengumpul bukti dan keterangan untuk melengkapkan kertas siasatannya atau IP (Investigating Paper).

Apabila kertas siasatan pegawai penyiasat (IO) telah dirasakan lengkap, ia akan dikemukakan ke Pejabat Timbalan Pendakwaraya (DPP) di Jabatan Peguam Negara untuk arahan selanjutnya.

Iaitu sama ada OYDS akan dituduh, atau IP dikembalikan untuk siasatan selanjutnya, atau DPP juga boleh memberikan arahan NFA (No Further Action) yang mana tiada tindakan pendakwaan akan dijalankan ke atas OYDS.

Apabila OYDS diarahkan untuk dituduh, pihak polis akan menghubungi OYDS untuk hadir bersama penjamin ke Mahkamah bagi menghadapi pertuduhan. Proses ini tidak lagi melibatkan IO, tetapi melibatkan Pegawai Pendakwa (PO) atau DPP yang akan mengemukakan kes di Mahkamah bagi kes yang lebih serius.

Sekiranya OKT tidak mengaku salah, maka kes akan dibicarakan di hadapan Hakim/Majistret yang berkenaan sehingga ia selesai.

Baca juga: Saintis Jepun Kaji WARNA BAJU Paling SEJUK, Sesuai Pakai Bila Cuaca Panas ‘Lit’!

Sumber: Tiktok @lawyersresponse / Hisham Nazir & Cronies

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×