Famili

7CAFé 7-Eleven Kini Ada Menu Sedia Dimakan, Nasi Goreng Serendah RM5.90 Sahaja!

1
SHARES
7CAFE 7-ELEVEN

Tawaran produk berkualiti tinggi dengan harga mampu milik semestinya tidak asing lagi buat penggemar 7CAFé oleh 7-Eleven yang kini hadir dengan menu sedia dimakan terbaharu.

Kedai serbaneka pilihan ramai ini turut menjadi destinasi pilihan gaya hidup kini menyajikan pilihan menu sedia dimakan mengikut selera tempatan yang sudah pastinya mampu menggamit memori di dalam setiap suapan.

7CAFE 7-ELEVEN KINI DENGAN MENU SEDIA DIMAKAN BAHARU

7CAFE 7-ELEVEN

Antara menu sedia dimakan yang menjadi pilihan ramai dan mesti dicuba di 7CAFé 7-Eleven adalah Nasi Goreng Kampung (RM5.90), Nasi Ayam Pad Kra Pao (RM6.90), Nasi Ayam Masam Manis (RM8.90) dan Pasta Keju Pedas (RM7.90).

Kekal dengan penawaran yang menarik, setiap menu disajikan memberi pelbagai pilihan lazat kepada pelanggan dengan harga berpatutan bermula serendah RM5.90.

Semua makanan diolah menggunakan bahan segar tempatan dan berkualiti tinggi. Paling penting sekali, semua menu mengetengahkan cita rasa pilihan Malaysia.

Kini boleh didapatkan di lebih 300 7CAFé oleh 7-Eleven dan rangkaian kedai 7-Eleven terpilih seluruh negara, menu sedia dimakan ini pasti boleh dinikmati pada bila-bila masa di mana-mana jua.

Nikmati semua menu sedia dimakan seperti di bawah dengan harga berpatutan.

  • Nasi Goreng Belado (RM5.90)
  • Nasi Goreng Telur (RM5.90)
  • Nasi Goreng Kampung (RM5.90)
  • Nasi Ayam Paprik (RM6.90)
  • Nasi Ayam Nyonya (RM6.90)
  • Nasi Pad Kra Pao (RM6.90)
  • Pasta Budae Jigae (RM8.90)
  • Pasta Keju Pedas (RM7.90)
  • Nasi Ayam Kong Pao (RM8.90)
  • Nasi Ayam Sweet and Sour (RM8.90)
  • Nasi Ayam Kam Heong (RM8.90)
  • Nasi Ayam Kari (RM8.90)

Sedapnya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×