Sihat

Makanan Kegemaran Rasulullah, Ini 7 Khasiat Barli Anda Harus Tahu

24
SHARES

Sebut sahaja tentang makanan sunnah Nabi Muhammad SAW, sering kali dikaitkan dengan kebaikan buah kurma, anggur dan susu segar.  Pemakanan mengikut sunnah Nabi mampu memberikan kesihatan fizikal, mental, emosi dan rohani yang baik serta dapat menyembah Allah SWT.

Umum mengetahui, bijirin juga merupakan makanan sunnah Nabi namun antara bijirin menjadi pilihan Nabi Muhammad SAW ialah barli. Kenapa barli? Kenapa tidak beras dan tepung gandum?

Baca juga: 10 Jenis Buah Tinggi Serat & Bagus Untuk Diet

7 KEBAIKAN & MANFAAT BARLI

Baginda gemar menjamu barli sebagai roti, bubur, serbuk roti (satto) dan juga sebagai minuman. Meskipun beras dan gandum juga dikategorikan sebagai bijirin tetapi barli lebih mengandungi khasiat yang bagus untuk kesihatan dan kesejahteraan hidup.

Menerusi kajian dilakukan oleh Puan Nur Hayati Azmi, pakar pemakanan, barli sangat kaya dengan vitamin, mineral dan sebatian tumbuhan bermanfaat yang lain. Tekstur barli agak sedikit kenyal dan rasa kekacang membuatkan ia lebih enak untuk dimakan.

1. BARLI KAYA DENGAN SERAT

Barli secara khususnya kaya dengan serat, molybdenum, mangan dan juga selenium. Ia mempunyai nilai kuprum, vitamin B1, kromium, fosforus, magnesium dan niasin. Kaedah barli secara rendam dan bercambah juga dapat meningkatkan kadar vitamin, mineral, protein dan antioksidan. Manakala barli yang ditaburkan boleh dimasak dan ditambahkan ke dalam makanan atau dikeringkan dan digiling menjadi tepung untuk digunakan dalam proses baking.

2. DAPAT MEMBANTU DALAM PROSES PENURANAN BERAT BADAN

Serat larut yang mengandungi di dalam barli mampu memberi rasa kenyang yang lebih lama dan mengurangkan rasa lapar selain sekali gus mampu membantu dalam proses penurunan berat badan. Serat larut atau lebih dikenali beta-glukan mampu membentukkan bahan seperti gel di dalam usus dan menperlahankan proses penghadaman anda.

3. DAPAT MEMBANTU MEMPERBAIKI KESIHATAN USUS & PENGHADAMAN

Nilai serat yang tinggi di dalam barli mampu menyediakan makanan kepada bakteria baik di dalam usu lalu menghasilkan lemak asid lemak rantai pendek (SCFA). Kajian mendapati SCFA membantu memberi makanan kepada sel usus dan mampu mengurangkan keradangan selain membaiki masalah usus.

4. DAPAT MENCEGAH BATU KARANG, HEMPEDU DAN RISIKO PEMBEDAHAN

Jenis serat yang didapati dalam barli mampu mencegah pembentukan batu karang. Batu karang merupakan pepejal yang terbentuk di pundi hempudu.

5. MAMPU MENGURANGKAN TAHAP KOLESTEROL

Beta-gluken yang ada didalam barli dipercayai mampu mengurangkan tahap kolestrol seseorang individu. Beta-gluken mampu menghalang kolestrol ‘jahat’ dan mengikat asid hempedu.

6. MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG DAN DIABETIS

Penambahan barli dalam makanan harian juga boleh dikatakan untuk mengurangkan risiko penyakt jantung. Selain itu, gandum yang penuh didalam barli boleh memperbaiki pembentukkan insulin dan mengurangkan kadar gula dalam darah. Kajian mendapati bahawa jika seseorang mengambil barli sebagai sarapan, ia mampu memberi kenaikan kadar gula darah dan insulin maksimun yang lebih rendah berbanding memilih oat sebagai sarapan.

7. BARLI SERBA BOLEH & MUDAH UNTUK DIMAKAN

Barli boleh dijadikan makanan tambahan seperti barli rebus untuk menggantikan nasi dan dipadankan bersama sup. Selain itu, boleh juga menambahnya kedalam salad pilihan.

RESEPI TALBINAH

Talbinah merupakan antara makanan yang sering disebut di dalam hadis sebagai penyembuh kesedihan. Talbinah merupakan bubur yang menggunakan tepung bali sebagai bahan utama.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 sudu makan tepung barli (Disarankan tepung yang diperbuat daripada barli dan belum dikisar atau diproses)
  • 1 1/2 cawan susu (susu rendah lemak)
  • 1 sudu makan madu

Cara penyediaan:

  1. Masukkan tepung barli ke dalam periuk
  2. Tambahkan 1 1/2 cawan susu
  3. Masak dengan api sederhana selama 10-15 minit
  4. Apabila masak, boleh masukkan 1 sudu makan madu sebagai pemanis dan hidangkan.

Selamat mencuba & mengamalkan gaya hidup sihat.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×