Hebahan

Mak-Mak Boleh Cuba Resipi Sarapan Bersama Lady’s Choice Meaty Spread, Mudah & Sedap!

1.3K
SHARES

Semua ibu di dunia akan menyediakan hidangan terbaik dengan manfaat nutrisi yang cukup untuk anak mereka. Sarapan pagi yang seimbang amat penting untuk anak anda memulakan harinya.

Pagi-pagi lagi ibu sudah kelam kabut menguruskan keperluan anak. Lebih-lebih lagi, anak sudah mula kembali kepada sesi PdPR sekarang. Alangkah bagus jika ada menu sarapan pagi yang ringkas tapi berkhasiat untuk anak anda bukan?

Nikmati sarapan enak & berkhasiat bersama Lady’s Choice Meaty Spread!

Apa kata mulai hari ini, anda gandingkan menu sarapan pagi bersama Lady’s Choice Meaty Spread, produk terbaru Lady’s Choice Malaysia yang kaya omega 3. Ia terdiri daripada sapuan ayam dan tuna. Pilihan terbaik untuk sarapan seisi keluarga!

Lady’s Choice Meaty Spread sangat sesuai digunakan untuk menu sandwich. Lebih berkhasiat untuk anak-anak. Penyediaan sarapan pagi juga jadi lebih mudah. Memang puas hati.

Anda boleh pelbagaikan menu sarapan pagi yang menarik dengan Lady’s Choice Meaty Spread. Di sini kami kongsikan salah satu menu ringkas yang anda boleh cuba di rumah.

Resipi Telur Awan Gebu dengan Sosej dan Lobak Merah

Bahan-bahan:

  • 4 Telur
  • 2 sudu besar Lady’s Choice Mayonis Sebenar
  • 4 sudu besar Lady’s Choice Sapuan Ayam
  • 4 keping Roti bakar mentega tanpa garam
  • 2 Sosej, dihiris kasar dan digoreng
  • ½ Lobak merah, didadu dan dicelur
  • Serbuk lada sulah secukup rasa
  • Daun dill untuk hiasan
  • Salad buah-buahan
  • Kacang panggang

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Asingkan putih telur dan kuning telur di dalam mangkuk yang berasingan. Pukulkan putih telur dengan kelajuan rendah dan tambahkan kelajuan secara beransur-ansur hingga puncak yang tegar terbentuk.
  2. Sudukan campuran kepada 4 timbun di atas dulang yang telah dialas dengan kertas parchment dan bentukkan perigi di tengah setiap satu timbun dengan sudu besar.
  3. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 180˚C hingga telur putih keras dan menjadi warna kuning muda.
  4. Kemudian, tambahkan 1 biji kuning telur ke dalam setiap perigi dengan cermat. Bakar selama 3-4 minit lagi.
  5. Sapukan Lady’s Choice Mayonis Sebenar di atas roti bakar dan letakkan telur di atas ia. Taburkan Lady’s Choice Sapuan Ayam di atas telur dan hiaskan dengan sosej, lobak merah dan daun dill. Perisakan dengan serbuk lada putih dan hidang dengan salad buah-buahan dan kacang panggang.

Mudah bukan? 15 minit saja sudah boleh siap. Hidangkan resepi telur awan gebu ini bagi sarapan pagi di rumah anda. Nikmatilah ia bersama seisi keluarga.

Sempena dengan pelancaran Lady’s Choice Meaty Spread, Lady’s Choice Malaysia mahu meraikan perjuangan ibu-ibu di zaman moden ini dengan kempen #KeepingItReal. Istimewa untuk menghargai ibu-ibu semua!

Kempen #KeepingItReal mahu mengajak para ibu di Malaysia untuk kongsikan luahan mereka dengan menceritakan kisah serta dugaan sebenar yang dialami setelah bergelar seorang ibu. Lady’s Choice Malaysia juga mahu membantu mengurangkan kesibukan ibu-ibu semua di waktu pagi dengan Lady’s Choice Meaty Spread!

Jangan lupa tonton Wanita Hari Ini yang bersiaran secara langsung di TV3, jam 12 tengah hari. Ada segmen menarik, Mia Sara akan menyediakan juadah istimewa buat bapanya. Ajak anak anda menontonnya sekali. Selain menambah ilmu, anak anda akan terangsang untuk cuba menyiapkan juadah buat anda pulak nanti.

Kredit: KL Foodie

Tidaklah susah untuk mencari Lady’s Choice Meaty Spread ini. Ia mudah didapati di semua pasar raya besar, pasar raya hiper dan kedai serbaneka di seluruh negara. Anda boleh dapatkannya pada harga RM8.50 untuk botol 220ml.

Anda juga boleh dapatkan Lady’s Choice Meaty Spread ini secara dalam talian di Shopee dan Lazada.

Mahukan lebih banyak resipi yang menggunakan produk Lady’s Choice Meaty Spread? Sila klik mana-mana link di bawah. Jangan lupa cuba resipi-resipi ni nanti!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×