Selalu sesat bila tinggalkan kereta di tempat parkir KLIA? Inilah pengalaman yang sering dilalui oleh orang ramai apabila pulang dari lokasi percutian menggunakan khidmat kapal terbang yang mendarat di KLIA, sesat!
Tetapi kerisauan anda tidak akan berlaku panjang kerana ada perkongsian video di laman Tiktok milik @natazsyah.roslan yang menunjukkan betapa mudahnya anda boleh mencari lokasi kereta.
Baca juga: Cara Buat Temujanji HIV Test Di Klinik Kerajaan Secara Online Guna MySejahtera, Laju!
TAK PAYAH RISAU SESAT CARI KERETA DI KLIA, GUNA MESIN NI JE
Apa yang anda perlu lakukan adalah hanya memasukkan nombor plat kenderaan, dan mesin ini akan menyatakan lokasi yang tempat di mana anda parkir kenderaan. Yang menariknya adalah, mesin tersebut akan memaparkan butiran yang tepat seperti nombor tiang dan tingkat parkir kenderaan anda.
Bukan itu sahaja, ramai dalam kalangan pengguna turut mencadangkan idea ini diimplimentasikan kepada pasaraya besar atau ‘shopping mall’ kerana ramai yang selalu sesat. Nampaknya, ada juga yang memberitahu bahawa ada sesetengah pasaraya besar yang sudah mempunyai teknologi sebegini.
Namun, perlu diingatkan juga bahawa selari dengan perkembangan teknologi, aspek keselamatan juga perlu dititikberatkan. Hal ini kerana jika anda bersendirian dan orang yang tidak dikenali mengetahui nombor plat kenderaan, ini boleh menjadi perkara yang membahayakan. Jadi, berhati-hati okay!
Sumber: Tiktok @natazsyah.roslan