Pilihan Editor

Lengkap Dan Bergaya, Kereta Sedan Honda City Special Edition Curi Tumpuan Netizen

3.3K
SHARES

Memilih untuk membeli kenderaan jenis sedan kini bukan lagi satu tugas yang mudah. Tambahan pula, hampir semua pengeluar kenderaan menawarkan model kereta masing-masing dengan pelbagai kelebihan.

Jika anda sedang merancang atau sudah berkira-kira untuk membeli sebuah sedan, kami ada cadangan kenderaan paling ideal yang wajib masuk dalam senarai kereta sedan pilihan anda.

Kenapa Honda City Special Edition (SE) wajib jadi pilihan anda?

Jika dilihat dari reka bentuk luaran, Honda City SE ini tampil sangat bergaya dan sememangnya sesuai disasarkan buat pembeli muda sehinggalah mereka yang sudah berkeluarga.

Di samping ciri-ciri keselamatannya yang telah dipertingkatkan, kenderaan ini juga dilengkapi dengan pelbagai elemen baharu yang pastinya menjadikan kereta sedan ini lebih selesa dan mesra pemanduan.

Prestasi enjin yang memukau

Tahukah anda bahawa Honda City sebelum ini diiktiraf sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV)? Sedan ini mampu menawarkan penjimatan sehingga 5.7 liter petrol untuk setiap 100km perjalanan.

Honda City SE dikuasakan oleh enjin 1.5 liter i-VTEC berkuasa 120PS dengan tork maksimum 145Nm. Enjin ini kemudian dipadankan dengan kotak gear CVT automatik. Hasilnya, ia bukan saja menjimatkan, malah pemanduannya juga senyap dan lancar.

Luas dan selesa

Sebab utama orang Malaysia gemar membeli sedan adalah kerana ruang yang ditawarkan. Sebagaimana yang kita sedia maklum, pasukan jurutera Honda memang bijak memaksimumkan ruang dalam setiap model keluarannya.

Honda City SE juga tak terkecuali. Sedan menawarkan ruang kargo mencecah 536 liter dan boleh dikatakan yang terbesar dalam kelasnya. Kerusi penumpang bahagian belakang juga boleh dilipat jika anda perlukan tempat penyimpanan yang lebih besar. Memang mudah dan versatil!

Pelbagai tambahan ciri menarik yang lain

Honda Malaysia juga menambah beberapa ciri baharu dalam Honda City SE seperti perakam Perakam Video Digital (DVR), pembaca kad tol tersedia, visor pintu dan penyusun ruang kargo.

Perakam Video Digital yang terdapat pada bahagian hadapan dan belakang kenderaan ini secara tak langsung meningkatkan ciri keselamatan pada kenderaan.

Manakala, kemudahan pembaca kad tol tersedia pula membolehkan pemandu boleh melalui tol dengan lebih mudah tanpa perlu menyentuh kad atau menggunakan peranti tambahan lain. Dan fungsi ini pastinya menjanjikan pengalaman pemanduan lebih menyeronokkan.

Harga yang berpatutan

Jika dibandingkan dengan segala ciri yang ada pada Honda City SE, harga yang ditawarkan oleh Honda Malaysia adalah sangat berpatutan iaitu bermula serendah RM75,955.

Kunjungi bilik pameran Honda hari ini juga!

Secara keseluruhannya, Honda City SE adalah kereta sedan yang lengkap dan sempurna untuk memenuhi keperluan pemanduan harian anda.

Jom ke bilik pameran Honda sekarang dan rebut peluang untuk pandu uji Honda City SE serta rasai sendiri pengalaman pemanduan yang berbeza. Sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang Honda hari ini juga!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×