Rakyat

Lelaki Merajuk & Tinggal Atas Bumbung Selama 2 Hari Gara-Gara Tak Diberi G*nja

5
SHARES

Ganja adalah sejenis dadah yang paling kerap disalahgunakan dalam kalangan masyarakat dunia. Ia sering kali disalahgunakan bagi mendapatkan rasa khayal atau mabuk sehingga mengakibatkan ketagihan. Apabila sudah ketagih, macam-macam perbuatan bahaya akan dilakukan oleh penagih tanpa sedar.

Hal ini termasuklah, tindakan seorang lelaki dari timur laut Thailand bertindak memanjat bumbung rumahnya dan kekal berada di sana selama dua hari hanya kerana tidak dibenarkan menghisap ganja, lapor Utusan Malaysia semalam.

Baca juga: “Sangat Susah Sihir Nak Tembus…”- Ahli Sihir Russia Dedah Sukar Sihir Orang Islam Jaga Solat

TAK DIBERI GANJA LELAKI BERTINDAK MERAJUK 2 HARI ATAS BUMBUNG

Gambar: Kanthapi yang merajuk selepas tidak dibenarkan menghisap ganja bertindak dengan duduk atas bumbung rumah selama dua hari. – AGENSI

Memetik laporan thethaiger.com, isteri Kantaphi mengakui suaminya merupakan penagih ganja.

Malah, katanya, dia terpaksa membawa suaminya dari Bangkok untuk tinggal bersama rumah mertuanya di daerah Kantharalak, wilayah Sisaket untuk menangani masalah ketagihannya.

Ketika kejadian, Kantaphi meminta bapanya, Sathien Panyakom untuk memberikan ganja kepadanya.

SETELAH 48 JAM AKHIRNYA…

Gambar hiasan: Pokok ganja.

“Namun, Sathien memberitahu dia tidak mempunyai ganja sehingga membuatkan Kantaphi merajuk lalu memanjat bumbung rumahnya kira-kira pukul 8.30 malam (waktu tempatan).

“Keesokan harinya, jiran dan beberapa rakan cuba memujuk Kantaphi untuk turun dari bumbung namun dia tetap duduk di atas walaupun ketika hujan lebat.

“Dia tidak bertindak agresif sebaliknya hanya mahu bersendirian di atas bumbung,” jelas laporan itu.

Polis di Kantharalak, Sukit Luangsakulthai turut mengunjungi rumah Kantaphi kira-kira pukul 3 petang namun gagal memujuknya untuk turun dari bumbung.

Setelah hampir 48 jam, Kantaphi akhirnya turun dari bumbung pada pukul 6 petang selepas berasa ‘terlampau panas dan lapar’.

Kantaphi kelihatan lemah dan dia dibawa ke Hospital Kantharalak untuk menjalani pemeriksaan.

Sumber: Utusan Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×