Antara punca proses diet sering gagal adalah disebabkan pengambilan makanan yang tidak cukup nutrisi dan bosan dengan menu seperti sayur-sayuran sahaja. Sebenarnya, nak diet ini mudah sahaja bila anda tahu teknik yang betul dan mengamalkan makanan seimbang.
Seperti contoh, dalam fasa diet pun masih boleh makan pasta tetapi haruslah tidak melebihi kalori yang ditetapkan agar proses penuran berat badan tidak terganggu. Nak tahu resepi pasta dan suhun versi diet? Mari kami kongsikan.
Baca juga: 4 Menu Diet Sedap Tanpa Perlu Berlapar, ‘Confirm’ Diet Tak Kelaut
RESEPI SPAGHETTI BOLOGNESE & SUHUN SINGAPORE VERSI DIET
1. SPAGHETTI BOLOGNESE
Bahan-bahan:
– Tomato Segar (2 biji)
– Bawang Holland (1 biji)
– Bawang Putih (3 ulas)
– Lemon/ Limau Kasturi
– Serbuk Paprika (secukup rasa)
– Mix Herbs (secukup rasa)
– Mushroom Seasoning (secukup rasa)
– Cendawan Butang Segar
– Spaghetti
– Minyak Olive
– Sayur (Tak kisah sayur apa ikut selera)
Cara Penyediaan:
– Tumis bawang putih dan bawang Hollad yang telah kisar
-Masukkan serbuk paprika, tomato segar yang telah dikisar (Jangan terlalu halus)
-Masukkan perahan Lemon / Limau Kasturi
– Masukkan cendawan butang yang telah dikisar. Tambah air jika perlu
– Masukkan Mix Herbs dan Mushroom Seasoning
-Masukkan sayur dan gaul dengan Spaghetti yang telah direbus awal
Perapan Dada Ayam :
– Blackpepper
– Serbuk Paprika
– Mushroom Seasoning
2. SUHUN GORENG SINGAPORE
Bahan-bahan :
-Suhun direndam dengan air biasa
-Bawang merah 3 biji
-Bawang putih 3 ulas
-Carrot
-Daun bayam hijau
-Tomato sebiji
-Serbuk lada hitam
-Serbuk lada putih
-Dada ayam
-Mushroom seasoning sebagai perasa
-Olive oil
Cara penyediaan
1. Tumis (bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk)
2. Masukkan carrot( masuk awal sebab carrot keras)
3. Masukkan dada ayam yang telah dipotong dan tumis sehingga masak.
4. Masukkan serbuk lada hitam dan serbuk lada putih secukup rasa.. serta mushroom seasoning
5. Kemudian masukkan suhun dan kacau sebati.. masukkan sedikit air jika suhun masih belum lembut dan masak sehingga lembut dan sebati.
6. Akhir sekali baru masukkan daun bayam hijau dan tomato.. Kacau-kacau dan siap…