Sihat

Lelaki Ini Kongsi 5 Tips Turunkan Berat Badan, Setahun Boleh Cecah Sampai 40KG!

26
SHARES

Setiap individu sudah pastinya mengimpikan berat badan ideal dan tubuh badan sihat. Tubuh badan yang sihat secara tidak langsung boleh mengurangkan risiko seseorang itu untuk mendapat penyakit kronik. Kebiasaanya, pengurangan gula dan juga nasi diamalakan dalam memastikan berat badan idaman dapat dicapai.

Walau bagaimanapun, terdapat 5 tips yang dikongsi oleh seorang pemuda bernama Mohd Shahfazreen untuk anda amalkan untuk mencapai berat badan idaman. Ikuti perkongsian lanjut di bawah. Setahun boleh turun 40kg tau! Rugi kalau tak baca…

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Resepi Spaghetti Bolognese & Suhun Singapore Versi Diet

LELAKI INI KONGSI 5 TIPS TURUNKAN BERAT BADAN

Tukar 5 kebiasaan ini untuk kurangkan 25,914 kalori dalam 30 hari, 3.36kg sebulan, 40.38kg setahun. Tips, cara dan kiraanya aku kongsikan dibawah.

1. TUKAR KEBIASAAN MINUM AIR

Segelas teh tarik ada 229 kalori. Dari 2 kali sehari air manis kurangkan jadi sekali sahaja.  Latih diri minum air kosong. 229 kalori x 30 hari = jimat 6870 kalori sebulan.

2. TUKAR KEBIASAAN SAIZ PORTION

Tukar kebiasaan saiz portion. Biasa makan nasi putih sepinggan penuh, kecilkan jadi 1 mangkuk cina atau 2 senduk rata. Sebelum ni sekali makan nasi 450 kalori jadi 220 kalori ja. Kurang 230 sehari. 230 kalori x 30 hari = jimat 6900 kalori sebulan.

3. TUKAR JENIS MASAKAN

Makanan yang deep fried akan gandakan kalori. Seketul ayam goreng 127gram ada 305 kalori. Pilih ayam bakar 100gram baru 150 kalori. Kurang 150 kalori sehari. 150 kalori x 30 hari = jimat 4500 kalori sebulan.

4. TUKAR KEPADA ULAM-ULAMAN

Biasa lunch makan sayur yang dimasak bergoreng atau gulai, tukar ambil ulam. Anggaran sayur goreng ikan masin 170 kalori. Secawan ulam raja baru 6 kalori. Jimat 164 kalori sehari. 164 kalori x 30 hari = jimat 4920 kalori sebulan.

5. TUKAR KEMAHUAN KEPADA SEKADAR MERASA

Ini cabaran terbesar nak kurangkan berat badan, namum ia berbaloi dibuat. Biasa makan dessert, kek, aiskrim, benda manis 2 kali seminggu, kawal kepada 2 kali sahaja sebulan.

Ambil contoh 1 slice kek coklat indulgance ada 454 kalori. Maka: 454 kalori x kurangkan 6 hari = jimat 2724 kalori sebulan.

Sekarang mari kira berapa jumlah kalori kita dapat kurang dan jimat dalam 1 bulan.

  • Air manis = 6870 kalori.
  • Kecilkan portion nasi = 4500 kalori.
  • Kurangkan lauk bergoreng = 4500 kalori.
  • Tukar kepada ulam = 4920 kalori.
  • Kurangkan dessert 6 hari = 2724 kalori

Total sebulan ialah 25914 kalori sebulan. Bersamaan 310,968 kalori setahun. Jika kalian nak tukarkan kepada berat lemak badan, kiraannya begini. 1kg berat lemak badan bersamaan 7700 kalori.

Maka: 25914 kalori / 7700 kalori = 3.36 kg sebulan atau 40.3 kg setahun. Tak perlu berlapar atau buang apa-apa. Cukup kurangkan dan tukar kebiasaan sendiri.

Campur dengan bakar kalori melalui senaman, boleh bantu kurangkan 4-5 kg sebulan. 5kg x 12 bulan = 60 kilogram dalam setahun. Asasnya tahu bagaimana nak lakukan, faham konsep masuk kalori dan konsisten. Ianya bermula dengan perlu cari ilmu.

Sumber: Facebook Mohd Shahfazreen

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×