Seorang lelaki di Washington tidak putus asa dan berusaha keras mencari perkerjaan semasa pandemik Covid-19 menyerang dunia. Cara minta kerja lelaki ini adalah dengan menghantar 6oo e-mel dan 80 panggilan telefon.
Vatsal Nanhata mula resah dan risau apabila tidak mendapat sebarang tawaran kerja selepas dua bulan graduasi dari Universiti Yale.
Baca juga: Mesej Kanak-Kanak Diculik & Organ Dijual Adalah Palsu- PDRM
GUNA CARA MINTA KERJA MACAM LELAKI INI, DITERIMA BANK DUNIA
Jelasnya, dia mengambil keputusan untuk tidak pulang ke India terlebih dahulu kerana mahu gaji pertamanya dibayar dalam mata wang Dollar, lapor NDTV.
“Tiada guna saya belajar di Yale jika tidak mampu mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian,” ujarnya.
Selama dua bulan tidak berkerja dia menghantar lebih 1,500 permohonan kerja, menulis 600 e-mel tanpa balasan, membuat 80 panggilan telefon dan berdepan banyak penolakan daripada pelbagai jenis syarikat.
Usaha kerasnya mendatangkan hasil apabila mendapat empat tawaran kerja pada bulan Mei dan dia memilih tawaran terbaik iaitu Bank Dunia.
“Saya memilih tawaran terbaik iaitu di Bank Dunia yang sanggup menaja perbelanjaan visa dan menawarkan saya menjadi pengarang bersama bagi kajian Pembelajaran Mesin dengan Pengarah Penyelidikan Bank Dunia semasa,” jelasnya.
Dia memberi nasihat supaya tidak mudah menyerah dan kejarlah apa yang diinginkan meskipun dunia seolah-olah runtun menimpa anda.
Sumber: NDTV