Kini Trending

Mesej Kanak-Kanak Diculik & Organ Dijual Adalah Palsu- PDRM

1
SHARES

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai satu mesej yang mengatakan kanak-kanak menjadi mangsa pemerdangan dan dibawa ke negara jiran menaiki lori ayam.

Bagaimana pun, Ketua Komunikasi Korporat PDRM Bukit Aman, Asisten Komisioner Skandaguru Anandan menjelaskan mesej tersebut palsu sejak tahun 2017 dan kini kembali tular.

Baca juga: Doktor Terkejut Jumpa Jarum Dalam Kemaluan Budak Lelaki 11 Tahun, Bosan Katanya…

MESEJ KANAK-KANAK DICULIK & ORGAN DIJUAL ADALAH PALSU

Sekadar gambar hiasan

Menerusi mesej palsu itu, mangsa dikatakan diberi bahan terlarang yang menyebabkan mereka tidak mampu bercakap dan mendakwa pihak berkuasa telah melakukan pemeriksaan ke atas lori berkenaan dan menjumpai enam orang kanak-kanak, lapor laman berita Kosmo.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengklasifikasikan sebaran mesej di media sosial meminta masyarakat berwaspada berkaitan kejadian penculikan kanak-kanak adalah palsu.

“PDRM mengesahkan bahawa tiada sebarang laporan polis diterima berkaitan penculikan dan penjualan organ kanak-kanak seperti yang didakwa,” katanya.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mudah percaya dan menyebarkan berita-berita yang tidak berasas seta tidak ditentukan kesahihannya.

Sumber: Kosmo Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×