Kini Trending

Lebih Jimat Dengan Langganan pandapro? Ini Ulasan Jujur Mengenai pandapro Dari Kami!

6
SHARES

Siapa je yang tak kenal foodpanda kan? Maklumlah, foodpanda ni memang merupakan syarikat penghantaran makanan yang terkenal di Malaysia.

Kini hampir di seluruh negara sudah mendapat akses foodpanda. Dengan ini, anda boleh buat pesanan makanan secara online dari rumah sahaja. Selain itu, ada juga disediakan perkhidmatan penghantaran barang runcit. Segalanya berada dihujung jari anda tau!

Nampaknya, foodpanda bergerak lagi setapak kehadapan apabila memperkenalkan pakej langganan bulanan pandapro dengan memberi lebih faedah dan manfaat kepada pengguna.

Jom kita tengok apa yang menarik jika anda langgan pandapro ni!

pandapro memberikan tawaran istimewa kepada penggunanya!

Perhatian kepada semua pengguna foodpanda! Anda tahu tak yang foodpanda baru-baru ini telah mengumumkan bahawa mereka akan memberi langganan dua bulan percuma untuk pandapro. Biar betul!

Kalau anda nak tahu, pandapro ini merupakan program langganan yang akan memberikan anda tawaran dan pelbagai faedah yang sangat istimewa untuk setiap pembelian makanan atau barangan runcit.

foodpanda juga telah menawarkan tawaran ini kepada 4 juta pengguna pada bulan Jun ni tau! Jadi tunggu apa lagi, cepat daftar sekarang dan nikmatilah segala faedah yang sangat berbaloi.

Jom rasai sendiri pengalaman istimewa menjadi ahli pandapro

Anda semua tidak perlu risau lagi, sebab kami telahpun merasai sendiri pengalaman menjadi ahli pandapro dan serius anda tidak akan menyesal tau.

Lepas ni bolehlah order foodpanda hari-hari sebab berbaloi sangat, tapi ingat anda perlulah melanggan pandapro dulu.

Apa yang membuatkan kami tertarik dengan pandapro ialah bila dapat tahu yang kita boleh dapat pelbagai diskaun yang tidak masuk akal dengan setiap pembelian dari foodpanda.

Ini merupakan pengalaman kami sendiri sebagai ahli pandapro :

  1. Penghantaran percuma

Siapa je yang tak nak penghantaran percuma kan? Anda tahu tak, yang kami sangat terkejut bila dapat tahu yang kami bakal menerima 12 kali penghantaran percuma jika berbelanja lebih dari RM25. Wow!

Memang lepas ni hari-hari lah kami order dengan foodpanda. Mudah, pantas dan selamat!

  1. Diskaun 20% dari restoran dan extra 5% untuk self pickup

Tidak dapat dinafikan lagi, terdapat 20,000 restoran yang telah berdaftar dengan foodpanda tau. Memang confirm rambang mata nak order yang mana nanti, tapi jangan risau sebab kita bakal menikmati diskaun sehingga 20% dari semua restoran yang terpilih ni. Ni yang paling best!

Untuk anda yang rajin tu, bolehlah cuba perkhidmatan self pickup sebab anda bakal dapat extra 5% diskaun lagi. Bila dapat tahu pasal diskaun ni, kami terus order dari foodpanda dan self pickup untuk dapatkan diskaun sebanyak 25% tau. Bayar kurang, dapat lebih dengan foodpanda!

  1. Diskaun 25% untuk dine-in

Kadang-kadang makan kat rumah je pun bosan juga kan? Sekali-sekala dine-in pun best jugak. Lebih-lebih lagi bila dapat diskaun kan? Makin berseleralah nak makan nanti.

Diskaun istimewa ini boleh dinikmati oleh pengguna yang melanggan pandapro je, jadi tunggu apa lagi? Cepat daftar sekarang dan jangan lepaskan peluang keemasan ini.

  1. Diskaun 20% untuk pandamart

Sebagai pengguna pandapro, kita bakal menikmati diskaun 20% dengan setiap pembelian di pandamart. Memang tak keluar rumah lah lepas ni, sebab kita boleh beli barangan runcit dan keperluan seharian dengan semudah ABC!

pandapro memang memberikan layanan yang sangat eksklusif kepada semua penggunanya. Apa yang kita perlu lakukan ialah, hanya berbelanja lebih daripada RM45 dan boleh nikmati diskaun sebanyak 20% untuk semua produk yang tersedia di pandamart.

Memang sangat berbaloi jika anda langgan pandapro ni, sebab anda boleh jimat banyak dengan setiap pembelian yang memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak foodpanda.

Apa yang kami boleh cakap, pandapro sangat menjimatkan masa kita dan yang paling penting jimat duit! Ni yang lagi excited nak join kan?

Langgan pandapro sekarang dan nikmati langganan percuma selama dua bulan siap dapat baucar tunai RM50!

Untuk anda yang baru nak langgan pandapro, ada berita baik untuk anda tau, nak tahu apa? Anda bakal menikmati langganan percuma selama dua bulan ni, siap dapat baucar tunai sehingga RM50 hanya untuk 4 juta pengguna bertuah je tau.Wow!

Haa…menarikkan tawaran dari pandapro ni, kami sendiri pun telah mencubanya, anda bila lagi? Jadi cepat tunggu apa lagi langgan sekarang tau, berjimat selagi boleh!

Kalau dah anda order hari-hari, mesti lama-lama anda akan jadi pro kan? Sebab tu kena langgan pandapro ni baru berbaloi. Confirm rasa puas hati bila dapat beli makanan dengan harga lebih murah!

Berikut merupakan pakej langganan yang ditawarkan :

  • Langgan pandapro selama sebulan pada harga RM8.90, jimat sehingga 70%
  • Langgan pandapro selama enam bulan pada harga RM6.90, jimat sehingga 77%
  • Langgan pandapro selama 12 bulan pada harga RM4.90, jimat sehingga 84%

Jadi tunggu apa lagi, klik sini untuk daftar sekarang dan jadi sebahagian dari pandapro, bak lagu dari Sweet Charity,

“Jangan fikir lama-lama

Nanti lama-lama dia diambil orang

Jangan fikir lama-lama

Nanti lama-lama dia diambil orang”

Untuk maklumat lanjut, anda boleh muat turun aplikasi foodpanda di Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×