keselamatan

Terlangkup Dalam Tong Air Di Rumah, Anak 3 Tahun Ditemui Maut

3.5K
SHARES

Anak kecil memang suka main air. Kadang-kadang kita ibu ayah walau terleka sekejap pun, macam-macam boleh jadi.

Anak 3 Tahun Ditemui Maut, Terlangkup Dalam Tong Air

Di Gua Musang, seorang kanak-kanak berusia 3 tahun meninggal dunia apabila ditemui terlangkup di dalam tong air di bilik mandi kediamannya pada pagi semalam, 28 April 2019.

Seperti yang dilaporkan oleh Info Kemalangan Dan Bencana Malaysia,m angsa, Raja Maryam Darlisha Raja Ismail, 3, dari Taman Agropolitan Rantau Manis, ditemui kakaknya yang berusia 12 tahun pada jam 11.30 pagi di dalam bilik air berkenaan.

Menurut ibunya, Razwaniza Yaakob, 39, ketika kejadian, dia tidak menyedari anaknya itu berada di bilik air kerana sedang menyusukan bayi kecil.

“Saya hanya tahu apabila anak saya mencarinya di bilik air dan Maryam ditemui sudah tidak bernyawa.

“Ketika kejadian, suami tiada di rumah dan anak saya dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk proses bedah siasat.”

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Taufik Maidin, mengesahkan kejadian tersebut.

Takziah buat keluarga mangsa. Semoga ahli keluarga mangsa diberi kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi dugaan ini.

 

Sentiasa Utamakan Langkah Keselamatan Di Bilik Air

Kita semua juga patut mengambil iktibar daripada kejadian tersebut.

Mesti ramai yang tadah air dalam besen, baldi, ataupun kolah di bilik air kan?

Walaupun baldi kecil, ia tetap bahaya dan berisiko jika ada anak kecil di rumah.

Menurut Persatuan Paediatrik Malaysia, kanak-kanak boleh lemas di dalam air berukuran kurang daripada 2.5 cm!

Malang tak berbau, maka sebab itulah kita tak boleh pandang remeh walaupun ia dianggap perkara biasa di rumah.

Berikut adalah beberapa lagi langkah keselamatan yang perlu dititikberatkan dan dipraktikkan oleh ibu ayah jika ada anak kecil di rumah.

  • Jangan sekali-kali tinggalkan anak bersendirian di dalam besen mandi atau sebarang bekas berisi air seperti baldi, kolam atau tandas atas apa sebab dan walau sekejap mana sekalipun.
  • Apabila menyediakan mandian bayi, masukkan air sejuk dahulu diikuti air panas. Jangan tambah air semasa bayi berada di dalam besen mandi. Jika anda perlu menambah air, keluarkan bayi terlebih dahulu. Uji suhu air sebelum anda memasukkan bayi kembali ke dalam besen mandi.
  • Tuang dan kosongkan bekas berisi air dengan serta-merta selepas menggunakannya bagi mengelakkan kanak-kanak lemas.
  • Letakkan besen dan baldi di tempat yang tidak boleh dicapai supaya anak tidak mengisikannya dengan air.

Walau di mana pun kita berada, penting untuk kita sentiasa awasi anak kecil sebab kadang-kadang mereka boleh melakukan sesuatu di luar jangkaan kita.

Jadi, lepas ni ibu ayah kena lebih alert ya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×