keselamatan

Dah Turun Tingkap Pun Tetap Bahaya. 5 Sebab Kena Matikan Enjin Kalau Tidur Dalam Kereta

9.2K
SHARES

Biasalah cuti-cuti ni tentu ramai yang balik kampung. Memandu dalam perjalanan jauh, dalam keadaan ada antara kita yang akan berhenti di mana-mana hentian rehat atau di tepi jalan untuk melelapkan mata apabila terasa letih.

Mungkin dah ramai mula sedar terhadap bahaya tidur dalam kereta dengan keadaan enjin terbuka dan air cond yang terpasang. Beberapa kes kematian akibat keracunan karbon monoksida di Malaysia kebelakangan ini memang mendapat perhatian ramai.

5 Sebab Kena Matikan Enjin Kalau Tidur Dalam Kereta

Memang selesa kalau tidur dalam kereta dengan menikmati aircond. Sejuk je rasa. Sambil dengar radio pulak tu. Memang layanlah.

Tapi sekiranya anda mempunyai tabiat tidur dalam kereta dengan enjin yang tidak dimatikan, mungkin ada baiknya jika tabiat itu dihentikan walaupun tingkap kereta dah diturunkan sedikit.

Ini sebabnya enjin perlu dimatikan.

1. Kebocoran Ekzos

Pembakaran bahan bakar di dalam enjin kenderaan menghasilkan banyak gas sampingan yang dikeluarkan sebagai asap ekzos. Asap ekzos ini mengandungi gas yang merbahaya seperti karbon monoksida, hidrokarbon, dan nitrogen oksida.

Kemungkinan berlaku kebocoran ekzos kereta ke dalam kabin kenderaan boleh berlaku sekiranya terdapat masalah pada ciri mekanikal kereta.

Apabila enjin tidak dimatikan, pengumpulan karbon monoksida (CO) yang disebabkan oleh kebocoran daripada ekzos akan menurunkan paras oksigen di dalam kenderaan, lalu meningkatkan risiko lemas.

2. Gas ‘Pembunuh Senyap’

Mungkin ramai yang percaya bahawa menurunkan tingkap sedikit dapat mengelakkan risiko lemas ini daripada berlaku.

Tapi sebenarnya walaupun dengan tingkap dibuka, pengumpulan karbon monoksida tetap boleh berlaku apabila enjin dibiarkan idle. Tambahan pula gas ini tidak dapat dilihat, tidak dapat didengar dan tidak dapat dihidu.

Berbanding ketika berjaga, perubahan dan tandanya akan dapat dirasai seperti berasa tidak selesa, mual, pening, loya dan sebagainya.

Namun apabila sedang tidur, badan akan terus terasa lemah sehingga ia digelar ‘pembunuh senyap’ dan boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba (sudden death). 

3. Pentingnya Pengaliran Oksigen

Pengaliran oksigen amat penting dalam memastikan tubuh kita dapat berfungsi. Seperti yang kita tahu, asap ekzos tadi mengandungi pelbagai jenis gas merbahaya.

Walaupun tidak berlaku kebocoran, gas-gas ini tidak dapat dibebaskan ke persekitaran dengan lancar oleh kerana kenderaan tidak bergerak.

Selain menyebabkan pencemaran, gas-gas beracun ini juga boleh masuk ke dalam kereta melalui tingkap yang dibuka.

Bahaya tidur dalam kereta

4. Gas Ekzos Dikaitkan Dengan Penyakit

Gas merbahaya yang terdapat dalam gas ekzos dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan seperti lelah, penyakit jantung, bronkitis kronik dan juga kanser.

Sebab itulah anda tak disarankan untuk menghidupkan enjin lama-lama di luar rumah sekiranya tiada keperluan. Gas karbon monoksida juga boleh menyebabkan alahan serta keracunan terutama kepada kanak kanak kecil.

bedak talkum bayi

Foto Kredit: modernreaders.com

5. Membazirkan Minyak

Selain daripada faktor kesihatan, kereta yang dibiarkan dalam keadaan berhawa dingin dengan enjin yang idle juga akan menghabiskan minyak kereta anda.

Menurut sumber, ia boleh memakan sekitar 20% hingga 70% minyak kereta anda dalam masa sejam. Banyak juga tu kan?

Dah Faham Kan Kenapa Bahaya Tidur Dalam Kereta?

Tidur dalam kereta memang selesa, lebih-lebih lagi kalau ada air cond. 

Tapi mungkin masih ramai tak tahu yang ada banyak sebab kenapa lebih selamat untuk anda mematikan enjin kereta jika anda bercadang untuk tidur dan berehat sementara menunggu trafik yang sesak.

Kesedaran awam perlu tentang bahaya keracunan karbon monoksida perlu disebarkan untuk mengelakkan kemalangan yang tidak diingini!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×