Hebahan

Langkah Demi Langkah untuk Nutrisi & Bimbingan Dari Dutch Lady

1
SHARES

Gambar Berkumpulan

Susu tepung rumusan untuk kanak-kanak nombor 1**, Dutch Lady Nutri Plan dengan 5X DHA* hari ini menjemput pakar pediatrik dan para ibu tempatan, termasuk hos TV, pelakon dan ibu baru, Scha Alyahya untuk berbincang tentang kepentingan bimbingan dan nutrisi yang diberi oleh para ibu Malaysia untuk membantu menyokong perkembangan secara keseluruhan untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 6 tahun dan ke atas.

Bertajuk Dutch Lady & Ibu, Langkah demi Langkah Bersama, kempen ini dimeriahkan dengan aktiviti yang interaktif di mana para ibu menyesuaikan bimbingan mereka dengan pelbagai tahap kebijaksanaan dan keperluan nutrisi anak-anak mereka untuk membantu mengoptimumkan pembelajaran dan perkembangan mereka.

 

Ashlee Ng, Pengarah Pemasaran Dutch Lady Malaysia

Ashlee Ng, Pengarah Pemasaran Dutch Lady Milk Industries Berhad, memberi ucapannya kepada para media dan ibu, mengatakan bahawa syarikat memahami kepentingan untuk para ibu memahami peranan dan hubungan di antara bimbingan yang diberinya dan susu yang memberikan nutrisi, perlu digabungkan untuk memastikan tahap kebijaksanaan yang progresif untuk si manja.

“Dutch Lady 4-tahap Nutri Plan dengan 5X DHA* adalah satu program menyeluruh khas untuk kanak-kanak berusia 1-6 tahun dan ke atas bagi menyokong tahap kebijaksanaan dan pembelajaran kanak-kanak. Apabila keperluan nutrisi disokong, para ibu boleh menumpu perhatian dalam membimbing si manjanya untuk mencapai tahap perkembangan yang membantu membentuk perkembangannya pada masa akan datang dan mempunyai pencapaian dalam peringkat persekolahan, di kalangan keluarga dan sepanjang hayat secara umumnya,” katanya.

Bagi memadankan sokongan nutrisi dengan bimbingan, pakar pemakanan korporat Dutch Lady Malaysia, Loo Mei Fong menjelaskan: “Pemberian nutrisi yang mencukupi pada tahap awal si manja adalah penting untuk perkembangan dan fungsi otak yang optimal. Menurut pakar perkembangan kanak-kanak, 5 tahun yang pertama bagi si manja adalah penting kerana itulah peringkat di mana otak berkembang dengan lebih cepat berbanding dengan peringkat yang lain sepanjang hayatnya.”

Kanak-kanak akan mengalami empat tahap kebijaksanaan yang berbeza sepanjang perkembangannya. Dutch Lady 4-tahap Nutri Plan dengan 5X DHA* dirumus dengan nutrien khusus untuk menyokong setiap tahap kebijaksanaan, dan para ibu digalakkan untuk menyesuaikan bimbingan mereka mengikut tahap kebijaksanaan si manja yang tertentu.

• CURIOUS (Sikap Ingin Tahu)
Pada umur 1 hingga 2 tahun, sikap ingin tahu si manja mula berkembang. Mereka mula memerhati, menggenggam, bermain dan menunjuk. Satu keperluan yang penting untuk menyokong aktiviti ini adalah penglihatan. Mereka memerlukan nutrien seperti Inositol, Taurina dan Vitamin A untuk menyokong perkembangan penglihatan mereka.

Si manja pada tahap ini tertarik kepada warna-warna yang terang. Para ibu digalakkan untuk memberitahu dan menggambarkan warna atau bentuk objek yang diminatinya, seperti ikan emas berwarna jingga, dan bola merah berbentuk bulat.

• EXPLORE (Meneroka)
Pada umur 2 hingga 4 tahun, si manja menjadi lebih aktif dan mula meneroka persekitaran mereka. Mereka mula memahami sesuatu perkara dengan merasa dan menyentuh segalanya berulang kali, yang mencabar ketahanan semula jadi badan mereka. Oleh itu, si manja memerlukan nutrien seperti Selenium dan Zink yang membantu menyokong imuniti mereka dan menghalang mereka daripada jatuh sakit.

Terdapat banyak manfaat apabila si manja meneroka alam persekitaran di sekelilingnya kerana mereka dapat belajar tentang perkara-perkara yang dialaminya. Ibu-ibu boleh memupuk aktiviti meneroka sebagai satu bentuk pembelajaran dengan meluangkan masa dengan alam semula jadi bersama-sama si manja. Lihatlah tumbuh-tumbuhan dan serangga yang boleh terdapat di laman anda sendiri atau di taman berhampiran.

• CREATE (Kreatif)
Pada umur 4 hingga 6 tahun, si manja menjadi lebih kreatif dan imaginatif. Mereka mula menggunakan kreativiti sebagai satu bentuk penyelesaian masalah, yang memerlukan penyesuaian dan fleksibiliti pemikiran. Nutrien seperti Tyrosine, Choline, dan Vitamin D membantu menyokong pemikiran fleksibel dalam fungsi otak mereka.

Ibu-ibu boleh membantu anak-anak mengasah kreativiti mereka dengan menunjukkan kepada mereka bagaimana untuk melukis dan mewarna benda-benda yang mereka bayangkan atau menyediakan blok binaan dengan arahan yang mudah bagi mereka untuk mengikuti. Ibu-ibu akan terkejut dengan apa yang boleh dicipta oleh si manja mereka!

• LEARN (Belajar)
Pada umur 6 tahun dan ke atas, daya tumpuan dan ingatan yang baik adalah penting untuk si manja terus belajar. Mereka juga mula belajar tentang kepentingan sosial dan kemahiran lisan yang penting. Magnesium adalah nutrien penting untuk menyokong kemahiran ingatan kanak-kanak.

Melakukan kerja rumah atau membantu dalam kerja-kerja rumah mungkin membosankan bagi si manja. Tetapi apabila cabaran masa ditetapkan untuk tugasan itu, si manja anda akan teruja dan menjadi lebih fokus pada tugasan di tangan. Tetapkan had masa apabila anda meminta si manja untuk membantu melipat baju atau ketika menyiapkan kerja sekolahnya.

Pakar Perunding Pediatrik , Dr. Yong Junina Fadzil yang turut hadir, menasihatkan para ibu untuk meluangkan masa untuk berinteraksi bersama si manja mereka. “Selain menyediakan nutrisi yang sesuai untuk pelbagai tahap perkembangan, si manja anda juga memerlukan interaksi positif dengan anda di luar rutin harian yang biasa. Dengarlah kepada si manja anda yang serba ingin tahu apabila dia bertanyakan soalan dan jawab dengan bertanya kepadanya apa yang difikirkannya. Terokai dunia si manja anda, jadikannya penerokaan anda walaupun ia bermakna lebih banyak aktiviti fizikal untuk anda. Mulakan projek seni di rumah untuk memberi luang dan membantu si manja kreatif anda untuk melahirkan ekspresinya. Tiada kanak-kanak secara semula jadi yang baik dengan kerja sekolah, oleh itu, bimbing si manja seberapa banyak yang anda boleh. Interaksi positif dengan anak anda seperti yang dikatakan membolehkan anda untuk menjalin hubungan yang lebih erat, membantu si manja merasa yakin dan menyokong perkembangan keseluruhan si manja anda.”

Scha Alyahya

Hos TV dan pelakon, Scha Alyahya yang menghabiskan kebanyakan masanya apabila tidak bekerja bersama dengan anak perempuannya yang berusia 2 tahun, Lara Alana, bersetuju dengan nasihat yang diberikan oleh Dr. Yong Junina.

Selain daripada memberi Lara Dutch Lady Nutri Plan CURIOUS, Scha juga memastikan bahawa dia sentiasa bersama si manjanya agar dapat membimbing pembelajaran Lara ketika dia sedang membesar sebaik mungkin.

“Keperluan nutrisi Lara adalah penting untuk saya dan saya amat bersyukur kerana Dutch Lady Nutri Plan dengan 5X DHA* mempunyai nutrisi yang khusus untuk membantu menyokong tahap kebijaksanaan progresif dan merupakan program menyeluruh yang boleh diikuti sehingga Lara mencapai umur persekolahan. Ini memberikan saya lebih banyak masa dan tenaga untuk fokus dalam keperluan perkembangannya yang lain,” katanya.

“Lara suka objek yang berwarna-warni dan meluangkan masa bersamanya membantu Lara meluahkan minatnya kepada saya dan seterusnya, saya akan menjelaskan kepadanya perkara-perkara yang diperhatikan dan diminati. Ini adalah satu hubungan yang kami kongsi bersama. Tidak lama lagi, Lara akan melangkah ke peringkat EXPLORE dan saya bersama suami sangat teruja untuk bermain dan menemui lebih banyak pengalaman bersama-sama dengannya,” kata Scha.

Loo juga menekankan kepentingan bagi para ibu untuk meneruskan pemberian susu dalam pemakanan anak-anak mereka untuk memastikan mereka mendapat sokongan khasiat yang optimum sewaktu anak-anak membesar. Loo juga berkongsi bahawa hasil kajian SEANUTS atau Kaji Selidik Pemakanan Asia Tenggara, menunjukkan bahawa kanak-kanak Malaysia tidak lagi minum susu pada usia seawal 1 tahun ke atas dan mereka tidak mendapat keperluan kalsium yang mencukupi daripada pemakanan seharian mereka ***.

“Adalah secara biasa kanak-kanak akan minum kurang susu apabila mereka bermula mengambil makanan pepejal. Namun, susu adalah sumber penting nutrisi yang membantu menyokong perkembangan keseluruhan kanak-kanak. Kami menggalakkan ibu-ibu untuk meneruskan pemberian susu dan memastikan anak-anak mereka sentiasa minum susu, terutamanya pada usia 1 hingga 6 tahun dan ke atas agar membantu mereka mendapat manfaat daripada program nutrisi yang menyeluruh Dutch Lady,” katanya.

Sempena kempen Nilai Bijak Dutch Lady yang sedang berlangsung, pengguna kini boleh memperoleh 100g secara percuma dengan setiap pembelian pek promo 900g Dutch Lady Nutri Plan dengan 5X DHA*. Tambahan pula, ahli Dutch Lady Moms Club boleh memperoleh 2X mata ganjaran untuk setiap pek yang dibeli dan mengumpulnya untuk menebus Pelan Perlindungan Pendidikan Dutch Lady yang bernilai RM100,000**** yang diinsuranskan oleh AXA Affin General Insurance Berhad.

Untuk maklumat lanjut tentang cara bagaimana Dutch Lady 4-tahap Nutri Plan with 5X DHA* dapat menyokong tahap perkembangan kanak-kanak dan kempen Nilai Bijak Dutch Lady, sila layari www.smartmoments.com.my.

Rujukan:

* Berbanding dengan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak yang terdahulu (Year 2009)
** Berdasarkan Audit Runcit untuk 12 bulan berakhir Oktober 2015 di Semenanjung Malaysia (Hak Cipta © 2015. The Nielsen Company (M) Sdn Bhd)
*** Nutritional status and dietary intakes of children aged 6 months to 12 years: findings of the Nutrition Survey of Malaysian Children (SEANUTS Malaysia), British Journal of Nutrition (2013), 110, S21–S35.
**** Tertakluk pada terma & syarat.

[box type=”info” align=”” class=”” width=””]About Dutch Lady Milk Industries Berhad

Incorporated in 1963, Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) is a leading dairy company in Malaysia. It is owned by one of the largest dairy cooperative companies in the world, Royal FrieslandCampina NV, a Dutch multinational dairy company. Dutch Lady Malaysia was the first milk company to be listed on Bursa Malaysia in 1968 and the first to introduce Formulated Milk Powder for Children in Malaysia in 1988. Dutch Lady Malaysia, awarded as the Company of the Year 2014 by The Edge Billion Ringgit Club, manufactures and sells a wide range of quality dairy products for the home and export market, with all products enjoying a strong following in brands like Dutch Lady and Friso Gold. Through a unique collaboration between FrieslandCampina and four international research teams/universities, the South East Asian Nutrition Surveys (SEANUTS) study was commissioned to study the nutritional status and insufficiency thereof found to be present in South East Asian children up to 12 years old.[/box]

[box type=”info” align=”” class=”” width=””]About Royal FrieslandCampina

Every day, Royal FrieslandCampina provides millions of consumers all over the world with food that is rich in valuable nutrients. With annual revenue of 11.4 billion euros, Royal FrieslandCampina is one of the world’s five largest dairy companies, supplying consumer and professional products, as well as ingredients and half-finished products to the food industry and the pharmaceutical sector around the world. Royal FrieslandCampina has offices in 28 countries and almost 22,000 employees, and its products are available in more than 100 countries. The Company is fully owned by Zuivelcoöperatie FrieslandCampina U.A, with 19,244 member dairy farmers in the Netherlands, Germany and Belgium—making it one of the world’s largest dairy cooperatives. For more information please visit: www.frieslandcampina.com. [/box]

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×