Euforia Bola 2026
Famili

“Ada Renda Tak Berenda Pun Orang Tahu!”- Wanita Titip Pesanan Jangan Sidai Pakaian Dalam Di Ampaian Bila Balik Kampung

pakaian dalam

Bila sudah berkahwin dan pulang ke rumah mentua, ada banyak perkara kecil yang mungkin nampak remeh tetapi sebenarnya sensitif. Baru-baru ini, isu pakaian dalam mencetuskan perbincangan hangat selepas seorang wanita berkongsi pesanan buat pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.

Baca juga: “Manja Tak Kena Tempat…” Tayang Video Aksi ‘Bermanja’ Dalam Kereta, Pasangan Bakal Disaman JPJ!

LARANGAN SIDAI PAKAIAN DALAM DI AMPAIAN LUAR

pakaian dalam

Gambar hiasan: Gemini AI

Menerusi hantaran di Threads, wanita dikenali sebagai Yasmin Aisyah menitipkan nasihat agar golongan isteri lebih berhati-hati ketika menjemur pakaian dalam, khususnya apabila berada di rumah mentua.

Menurutnya, pakaian dalam dianggap sesuatu yang bersifat peribadi dan tidak wajar didedahkan secara terbuka di ampaian luar.

“Pesanan buat yang baru berkahwin. Kalau balik rumah mertua, jangan kau jemur pakaian dalam dekat ampaian.

“Pakaian dalam itu aurat kau, dik. Tak pasal ipar duai tahu warna apa kau pakai, saiz apa, renda tak berenda.

“Nak jemur, kau jemur dalam bilik. Tu pasal akak cakap bilik kelamin jangan bagi orang masuk. Segala aib segala aurat dalam tu,” tulisnya.

Perkongsian tersebut nyata mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya, khususnya wanita yang sudah berumah tangga.

Baca juga: Gelagat Comel Anak Kira ‘Boxer’ Ayah Sebelum Outstation Buat Ramai Tergelak, Rupanya Ramai Ibu Bapa Pernah Alami!

Ramai setuju, anggap soal privasi suami isteri

Menjengah ke ruangan komen, ramai bersetuju bahawa soal pakaian dalam bukan sekadar isu aurat semata-mata, tetapi turut melibatkan privasi, rasa malu dan menjaga batas dalam keluarga besar.

Seorang warga maya menyifatkan perkongsian itu sebagai pesanan yang baik dan berguna terutama buat golongan isteri serta wanita yang baru berkahwin.

“Dalam hukum memang ianya bukan dalam kategori aurat, tetapi ia lebih kepada menjaga malu, kehormatan serta keaiban diri kerana setiap pakaian dalam itu orang boleh bayangkan bentuk tubuh badan kita,” tulis seorang warga maya.

Ada juga yang berkongsi alternatif dengan mencadangkan pakaian dalam tetap boleh dijemur di ampaian luar, namun ditutup atau dilapik dengan kain atau baju lain supaya tidak terlalu terdedah.

Seorang lagi warga maya berkata dia sendiri memilih untuk melapik pakaian dalam dengan pakaian lain ketika menyidai sebagai langkah berjaga-jaga.

pakaian dalam

Gambar hiasan: Gemini AI

Baca juga: “Tak Ada Kekurangan Pada Mata Saya”- Lelaki Ini Nekad Kahwini Wanita Kudung Tangan Kiri & Kedua Kaki

Ada keluarga anggap perkara biasa

Dalam masa sama, tidak kurang juga yang melihat isu ini daripada sudut berbeza dan menganggap ia bergantung kepada budaya sesebuah keluarga.

Menurut seorang warga maya, ada keluarga yang tidak terlalu melihat perkara itu sebagai isu besar kerana semua pakaian dibasuh dan dijemur bersama tanpa mengasingkan pakaian dalam.

Namun bagi sesetengah pasangan, ada yang memilih untuk lebih menjaga privasi terutama melibatkan ruang bilik tidur dan barangan peribadi suami isteri.

Apa pun pandangan masing-masing, perbincangan ini membuka ruang kepada soal adab, keselesaan dan sempadan privasi dalam kehidupan berkeluarga, terutamanya apabila tinggal bersama atau pulang ke rumah mentua.

Sumber: Threads @yasmin_aisyah

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×