Hebahan

Menyerlahkan Kulit yang Gebu dan Berseri dengan KOSÉ SEKKISEI White CC Cream

1
SHARES

SEKKISEI White CC Cream

Wanita Jepun miliki kulit sempurna yang bermaya dan berseri, bebas cela seperti bintik-bintik hitam, tona kulit tidak sekata dan pori besar. Apakah rahsia kejelitaan mereka? KOSÉ SEKKISEI White CC Cream merupakan jawapan untuk keserian sempurna! CC bermaksud ‘Complete Clarity’, ini adalah satu-satunya item yang anda perlukan untuk kulit berseri sempurna, yang begitu terkenal dengan jenama SEKKISEI.

SEKKISEI WHITE CC CREAM
Dengan manfaat enam produk yang digabungkan dalam satu tiub, anda tidak perlu risau akan kulit anda yang tidak terjaga, walaupun anda berada dalam keadaan tergesa-gesa! Serum, emulsi, krim, krim tabir matahari, asas solekan dan asas muka – SEKKISEI White CC Cream adalah kombinasi segalanya. Hanya gunakan SEKKISEI White CC Cream selepas menggunakan losen untuk kesan ‘tanpa-mekap’ yang akan menyembunyikan semua ketidaksempurnaan anda, kulit bagaikan tanpa mekap.

 

5 manfaat untuk kulit mulus sempurna:

5 Benefits Diagram_BM

⦁ Melembapkan
Gabungan ekstrak tumbuhan timur yang dipilih dengan teliti seperti Fermented Coix Seed Extract, Angelica Extract dan Melothria Extract memberi manfaat penghidratan yang sangat baik.

⦁ Kulit yang sekata
Snow Crystal Powder memberi kesan fokus lembut yang membuat kulit kelihatan cantik berseri. Ia juga menyembunyikan liang-liang dan memastikan warna kulit sekata untuk kulit seperti tanpa mekap yang cantik.

⦁ Bertahanan
Apabila digunakan pada kulit, zarah Amino Acid Coat Powder tersusun kemas pada permukaan kulit, mewujudkan lapisan kosmetik nipis yang hampir tidak kelihatan, membantu mekap tahan lebih lama.

⦁ Perlindungan
SPF50 PA ++++ menghalang sinar UV dan mencegah jerawat dan jeragat yang disebabkan oleh pendedahan matahari.

⦁ Menyegarkan
Snow Hydration Essence, iaitu minyak yang sangat sesuai pada kulit, mengekalkan air dan menghalang penyejatan di samping mengekalkan kulit licin.

SEKKISEI White CC Cream_BM

Bahan-bahan Oriental

SEKKISEI White CC Cream juga menampilkan dua ekstrak herba timur baharu yang membantu untuk menyerlahkan kecantikan sebenar kulit.

⦁ Rosa Multiflora Fruit Extract: mengawal pengeluaran sebum, menjadikan pori kurang kelihatan, membolehkan kulit nampak lebih cerah dan berseri serta-merta.

⦁  Rehannia Glutonisa Root Extract: menggalakkan peredaran darah, membantu kulit kelihatan lebih mulus dan lebih sihat setelah digunakan.

Bahan-bahan aktif lain yang terkandung di dalam SEKKISEI White CC Cream termasuk:

⦁ Snow Hydration Essence: minyak yang menampung kira-kira tujuh kali jumlah air berbanding minyak biasa

⦁ Amino Acid Coat Powder: serbuk ringan yang membentuk lapisan di permukaan kulit untuk memanjangkan tempoh salutan.

⦁ Snow Crystal Powder: serbuk pipih heksagon seperti kristal salji yang tidak akan menggelap, walaupun terdedah kepada sebum

⦁ Hollow Spherical Powder: membaurkan cahaya untuk menyampaikan kesan fokus lembut, menjadikan kekasaran, liang dan tona kulit tidak sekata semakin kurang ketara.

Tips Penggunaan

Untuk kecapi kulit yang mulus berseri, solusi semestinya SEKKISEI White CC Cream!

KOSÉ SEKKISEI White CC Cream adalah bebas daripada minyak mineral dan dijual pada harga RM105/30g di semua kaunter SEKKISEI. Disediakan dalam warna: 01 (untuk tona kulit lebih cerah) dan 02 (untuk tona kulit semula jadi). Ia juga mempunyai bau floral moden segar SEKKISEI yang lembut.

[box type=”info” align=”” class=”” width=””]Berkenaan SEKKISEI

SEKKISEI, yang berasal dari Jepun, dipercayai dan digemari oleh ramai wanita sejak diperkenalkan pada 1985. Sebagai perintis dalam penjagaan pemutihan kulit, SEKKISEI komited untuk membantu wanita mencapai kulit yang cerah dan berseri-seri, umpama salji segar.

Produk SEKKISEI direka dan dicipta untuk keserian kulit. Ia memanfaatkan kuasa Herb extracts dari Timur, yang dipilih dengan teliti daripada kira-kira 100 jenis herba yang berbeza. Banyak penyelidikan telah dijalankan dalam memperkembangkan SEKKISEI, dan untuk mencapai keseimbangan antara minyak dan kandungan air bagi menghasilkan losen yang bertekstur halus. Teksturnya yang halus dengan kesan kelembapan kulit “putih bak salji” menjadikan ia produk KOSÉ yang paling laris, dengan lebih daripada 48 juta botol SEKKISEI Lotion dijual sejak mula diperkenalkan 30 tahun yang lalu.

SEKKISEI boleh didapati di 15 buah negara di seluruh dunia. Ia akan terus menyediakan produk-produk bermutu tinggi dan memberi inspirasi kepada wanita di seluruh dunia untuk memiliki kulit yang cantik dan berseri. [/box]

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×