Famili

Terkejut Lihat Wajah Anak ‘Lebam’ Membiru Selepas Dilahirkan, Ibu Ini Kongsi Kisah

14
SHARES
kulit bayi gelap jadi cerah

Sudah pasti semua bakal ibu dan ayah ternanti-nanti untuk melihat wajah comel anak yang akan dilahirkan. Tetapi, berbeza pula dengan kejutan buat pasangan suami isteri ini apabila wajah bayi yang dilahirkan menjadi biru kegelapan dan kelihatan ‘berbeza’ dari bayi yang lain. Mesti ramai tak pernah tengok kes kulit bayi gelap jadi cerah semula dalam tempoh tertentu bukan?

Baca juga: Janin Tidak Berkembang Dengan Normal Semasa Kehamilan, 5 Punca Ini Ibu Kena Alert!

KULIT BAYI GELAP JADI CERAH, IBU KONGSI KISAH TERKEJUT LIHAT WAJAH ANAK ‘LEBAM’

kulit bayi gelap jadi cerah

Farah Adibah Amirah Kunyeen, 22, melahirkan bayi keduanya, Muhammad Aryan Qusyairy pada 14 Februari lalu, selepas anak itu hampir lemas dalam perut dan mengakui sebak apabila melihat wajahnya yang jelas lebam. Namun, kerana kasih sayang seorang ibu yang tiada tolok bandingan, Farah Adibah Amirah dan suami, Mohamad Afiq Zulkiflee, 30, tetap mensyukuri kehadiran Muhammad Aryan Qusyairy dan menyifatkan dia sangat istimewa.

Bukan itu sahaja, selepas tiga bulan berlalu, wajah Muhammad Aryan Qusyairy semakin berubah dan kembali normal dan kulitnya menjadi cerah seperti bayi lain.

Menurut ibu muda itu, dia melahirkan anak secara normal namun proses kelahiran agak mencabar apabila bayinya tidak keluar biarpun dia sudah meneran sebanyak lima kali. Ibu ini turut menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku mungkin kerana bayi besar iaitu seberat 3.34 kilogram dan dia pula berbadan kecil.

Tambahnya, ketika melalui proses melahirkan anak, bahu kiri Muhammad Aryan Qusyairy tersangkut kira-kira seminit.

“Apabila dia sudah selamat keluar, doktor beritahu muka anak sudah membiru dan hampir lemas dalam perut. Saya anggap biasa saja dan ketika doktor tunjuk anak untuk saya cium memang saya tak perasan lagi wajahnya,” katanya.

Katanya, selepas itu, doktor membawa anaknya ke bilik lain untuk pemeriksaan lanjut kerana jangkitan kuman dan bahu yang tersangkut, namun Muhammad Aryan Qusyairy tidak cedera.

LEPAS DUA MINGGU DAH BERTUKAR

kulit bayi gelap jadi cerah

Keesokannya saya dan suami ke wad anak dan ternampak seorang bayi yang wajahnya gelap, sempat juga terdetik di hati, anak siapa itu dan turut berasa kasihan melihatnya.”

Tidak disangkanya bahawa bayi yang dilihat berwajah gelap sebelum itu merupakan bayinya sendiri. Terdetik juga perasaan bahawa mungkin pihak hospital ada melalukan kesilapan namun, beliau mengambil perkara ini sebagai ujian dan kekal positif.

Farah Adibah Amirah berkata, dia dimaklumkan doktor yang lebam di kulit muka anak akan beransur hilang, malah ibunya juga berkongsi kisah adik ketiganya yang berkeadaan sama selepas terlilit tali pusat ketika proses kelahiran.

“Muka anak saya berwarna biru tetapi bahagian badan lain seperti bayi lain dan selepas lebih dua minggu, mula nampak perubahan apabila muka anak kembali normal. Daripada biru gelap berubah ungu kemudian merah-merah sebelum hilang sepenuhnya. Alhamdulillah,” katanya.

Berkongsi detik pertama kali menatap sepenuhnya wajah anaknya, Farah Adibah berkata, walau terkejut, rasa sayangnya terhadap Muhammad Aryan Qusyairy tidak berbelah bahagi dan menerima anaknya dengan ikhlas walaupun apa jua takdir yang ditentukan Allah SWT.

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×