Famili

Fazura Kembali Berlakon, Kali Ini Muncul Dengan Kolaborasi Tudung ‘TV3 x Fazura’

24
SHARES
tudung fazura 2

Selepas kolaborasi TV3 bersama Alha Alfa dan Ameera Zaini, sekali lagi TV3 telah berkolaborasi bersama jenama tempatan iaitu TV3 x Fazura. Kolaborasi kali ni mempersembahkan koleksi tudung Fazura edisi terhad yang mempunyai 10 corak keseluruhannya. Ini juga adalah kali pertama bagi jenama Fazura berkolaborasi bersama jenama lain.

Buat anda yang merupakan peminat tudung bawal dan peminat Fazura, jom tengok apa yang menarik!

Baca juga: 8 Petua Hilangkan Resdung ‘Kronik’ Guna Bahan Semula Jadi, Cara Tradisional Paling Mujarab!

KOLABORASI TV3 X FAZURA, SEMPENA SLOT DRAMA

tudung fazura

Matlamat utama pihak Fazura bersetuju untuk berkolaborasi adalah untuk memperkasa jenama tempatan selain untuk mencipta kelainan di dalam jenama Fazura itu sendiri. Fazura juga akan kembali ke kaca TV tidak lama lagi setelah hampir 6 tahun berehat daripada dunia lakonan. TV3 x Fazura adalah salah satu tudung yang akan digayakan di dalam drama tersebut. Koleksi ini merupakan edisi terhad dinamakan Akasia, sempena salah satu slot drama di TV3 tersebut.

Diharapakan bahawa, kolaborasi ini dapat memberi impak kepada penonton TV3 dan peminat tudung Fazura sendiri. Hal ini kerana, jenama Fazura sudah bertapak di pasaran selama 2 tahun dan berjaya memperoleh jualan lebih daripada jutaan ringgit kerana tudungnya yang sentiasa berjaya menawan peminat tudung bawal dan mempunyai harga mampu milik.

TV3 x Fazura ini juga menggunakan material kain yang premium, lembut dan mudah dibentuk iaitu Japanese Cotton Voile. Bagi peminat tudung bawal, pemilihan kain tudung adalah sangat dititikberatkan, selaras dengan TV3 x Fazura, kedua pihak menjanjikan kepuasan bagi setiap pembeli.

Bertatahkan corak bunga lukisan air akan membuatkan si pemakai TV3 x Fazura lebih manis kerana sesuai dengan semua peringkat umur. 10 koleksi ini mempunyai warna-warna terang dan juga lembut, bagi memberikan lebih variasi di dalam pemilihan tudung buat orang ramai.

tudung fazura

Paling penting untuk anda tahu bahawa, tudung TV3 x Fazura adalah stok terhad, dan pembelian boleh dilakukan di www.fazura.com dan di butik Fazura dan juga stokis sah Tudung Fazura. Untuk maklumat lanjut, boleh layari di Instagram TV3 dan mytudungfazura.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×