Hebahan

Kolaborasi Pelancongan Malaysia – Alibaba Membuka Pintu ke Pasaran China

DSC_4286

(L to R) CEO Beijing Xinlian Mobile Technology Julius See, Timbalan Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia (Strategik & Domestik) Chong Yoke Har, Naib Presiden Alitrip Tony Duan, dan Pengarah Kanan Bahagian Promosi Antarabangsa Pelancongan Malaysia (Asia/Afrika) Datuk Musa Yusof pada Seminar Pavilion Malaysia.

Peniaga-peniaga Pelancongan Malaysia tidak lama lagi bakal memasarkan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan mereka secara terus kepada pelancong-pelancong dari negara China menerusi e-pasar di China. Ini dibolehkan dengan kolaborasi strategic Pelancongan Malaysia dan gergasi dari China Kumpulan Alibaba bagi membangunkan Malaysia Tourism Pavilion (MTP) di Alitrip.

Sebuah Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani di antara Pelancongan Malaysia dan Kumpulan Alibaba bagi mempromosikan pusat setempat e-dagang dan platform pemasaran atas talian bersama, yang membolehkan pelancong-pelancong dari China mengakses produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan pelancongan dari Malaysia.

Platform ini akan diuruskan dan dikendalikan oleh Beijing Xinlian Mobile Technology, yang dilantik oleh Alibaba dan disokong oleh Pelancongan Malaysia, di bawah garis panduan kedua-dua belah pihak.

Sebuah seminar telah dianjur oleh Pelancongan Malaysia dan Kumpulan Alibaba di Kementerian Pelancongan & Kebudayaan di Putrajaya pada 21 Julai bagi berkongsi perincian MTP dengan pemain-pemain industri tempatan dan meyakinkan mereka untuk memasarkan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan pelancongan mereka kepada consumer dari China menerusi platform tersebut.

Ia telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia (Strategik & Domestik) Chong Yoke Har, Naib Presiden Alitrip Tony Duan, dan CEO Beijing Xinlian Mobile Technology Julius See. Seminar ini menarik minat seramai 120 pemain industri yang terdiri daripada agen pelancong, pengendali taman tema, syarikat penerbangan, dan pihak persatuan.

Produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan pelancongan yang dipromosikan dan ditawarkan menerusi MTP termasuklah lawatan tempatan dan pakej hotel (dengan atau tanpa tiket penerbangan), baucer membeli-belah dan makanan, tarikan tempatan dan tiket acara, pengangkutan tempatan dan perkhidmatan komunikasi. Produk-produk ini akan ditawarkan secara terus kepada pelancong-pelancong dari China menerusi syarikat-syarikat pelancongan yang mengambil bahagian dari Malaysia dan China.

China merupakan pasaran penting bagi Malaysia dan Negara akan terus berusaha bagi menarik lebih ramai pelancong dari China. Tahun lepas, ketibaan pelancong dari China ke Malaysia telah meningkat 4%, mencapai 1.68juta berbanding 1.61juta pada 2014.

 

MALAYSIA TOURISM PROMOTION BOARD OR TOURISM MALAYSIA is an agency under the Ministry of Tourism & Culture, Malaysia. Tourism Malaysia focuses on the specific task of promoting Malaysia at all levels. Since its inception, Tourism Malaysia has grown by leaps and bounds and it has emerged as a major player in the international tourism scene. In 2015, Malaysia registered 25.7 million tourist arrivals and RM69.1 billion in receipts.

Through the Tourism NKEA (National Key Economic Area), collaborative efforts between the Ministry of Tourism and Culture, other Government agencies and the private sector have been enhanced to help secure Malaysia’s position as a leading tourist destination and achieve the country’s target of 36 million tourist arrivals and RM168 billion in receipts by 2020.    

 The targets set under the Tourism NKEA will be achieved through the implementation of twelve Entry Point Projects (EPPs) clustered under five themes: Affordable Luxury; Nature Adventure; Family Fun; Events, Entertainment, Spa and Sports; and Business Tourism.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×