Hebahan

KLMUC dan University of Central Lancashire (UCLan) UK Raikan Kerjasama dengan Persembahan Fesyen Eksklusif

15
SHARES

Photo 1

[L-R] Siti Aminah binti Haji Sahlan (Head, Department of Fashion Design, KLMUC Faculty of Design & Creativity), Dr. Zuhaili Akmal Ismail (Dean of KLMUC Faculty of Design & Creativity), Mohamad Kamal Nawawi (Acting Vice Chancellor of KLMUC & CEO of Cosmopoint Sdn Bhd), Dr. Mizarina Abu Bakar (KLMUC Deputy Vice Cancellor), Maria Murray (Head of School, UCLan School of Art, Design and Fashion), Andrea Cushion (Senior Lecturer of Fashion, UCLan School of Art, Design and Fashion), Kate and Amy (Fashion students, UCLan School of Art, Design and Fashion)

Kuala Lumpur, 20 Julai 2016 –Menandakan permulaan usaha sama mereka dengan penuh bergaya, Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMUC) dan University of Central Lancashire (UCLan) United Kingdom mengadakan pertunjukan fesyen menampilkan para pelajar dan alumninya yang membawakan rekaan busana antarabangsa terkini, mencerminkan hubungan kerjasama yang baru terjalin.

Persembahan fesyen oleh Fakulti Rekabentuk dan Kreatif (FRK) memperlihat koleksi fesyen pakaian rekaan hampir 20 pereka fesyen generasi akan dating yang mewakili FRK dan UCLan. Pertunjukan fesyen ini adalah antara kesan awal pemeteraian kerjasama berprestij yang membolehkan pelajar KLMUC untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat antarabangsa serta menimba lebih pengalaman bagi mempersiapkan mereka untuk menceburi industri kelak dimana kredit yang diperolehi melalui program tawaran KLMUC boleh dipindahkan sepenuhnya ke UCLan. Pelajar turut berpeluang menamatkan pengajian dan memperoleh ijazah yang dianugerahkan oleh institusi pendidikan antarabangsa yang terkenal itu.

Photo 2

One of the trendy designs showcased during the FDC Revitalisation fashion presentation. The model wears hooded studded jacket & short panel pants by Masrina Munir, top net by Patience Oluchi. Inspiration for the designs are drawn from Kuala Lumpur — an honest city with industrial, raw-looking material as seen on a smattering of homes in the city, rusty drips on old building and structural frames along stainless steel and glass façades.

Pemangku Naib Canselor KLMUC merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Cosmopoint Sdn Bhd, Mohamad Kamal Nawawi, berkata dalam ucapan perasmiannya, “Transformasi dan perkembangan Fakulti Rekabentuk dan Kreatif adalah seiring dengan sambutan ulang tahun ke-10 KLMUC pada tahun ini. Ia mencerminkan komitmen kami untuk menjadi sebuah institusi yang menggalakkan penerapan Aplikasi Dunia Nyata kepada pelajar kami.”

Photo 5

Some of the edgy designs by designers Norfatimah Murad, Anne J, Patience Oluchi and Elurun. According to Dr Zuhaili Akmal Ismail, Dean of Faculty of Design and Creativity, KLMUC’s Faculty of Design and Creativity believes that designers are future storytellers. The students are encouraged to get their hands dirty and are based in dedicated studio spaces with the idea of a creative agency with multitude of talents – spatial designer, fashion entrepreneur, visual communicator & product designer.

Transformasi akademik dan penyediaan dalam menceburi industri adalah penting bagi KLMUC sejak ia menjadi sebahagian daripada Kumpulan Pendidikan ILMU pada tahun 2012. Menjelaskan tentang perubahan penting yang telah diterapkan ke dalam fakulti, Penolong Profesor Zuhaili Akmal Ismail, Dekan Fakulti Rekabentuk dan Kreatif KLMUC serta nadi penggerak di sebalik Pelancaran Semula FRK, berkata, “Objektif KLMUC adalah untuk meraikan warisan dan evolusi fakulti melalui pertunjukan bakat fesyen istimewa kepada industri.” Beliau percaya bahawa para pelajar FRK adalah bakat-bakat emas masa hadapan yang mendapat inspirasi sambil berada di tengah-tengah bandar metropolitan Kuala Lumpur. Mereka juga telah melibatkan diri secara langsung dalam aspek praktikal pembelajaran dan ditempatkan dalam ruang studio khas berkonsepkan idea agensi kreatif yang menggandingkan pelbagai bakat – antaranya pereka ruang, usahawan fesyen, penyampai visual & pereka produk. Sebagai Dekan, Penolong Profesor Zuhaili turut membawa bersama pengalaman luas dan jalinan hubungan industri antarabangsa dan beliau juga merupakan antara aset fakulti, selaku finalis di Cannes Lion (2009) sebanyak dua kali, pemenang tiga pingat Emas dan penerima anugerah Pertunjukan Terbaik daripada Advertising Federation of New York (2007) dan dipilih sebagai salah seorang daripada 10 Pengarah Seni Terbaik di Amerika Syarikat (2010) oleh AdAge.

FRK kini mempunyai seramai 600 pelajar. Persembahan Pelancaran Semula FRK turut disaksikan oleh ahli panel dan pelajar jemputan khas dari School of Art, Design & Fashion, University of Central Lancashire (UCLan) UK. Acara ini menarik kira-kira 200 pengunjung dari industri fesyen dan rekaan disamping rakan media, pelbagai organisasi bidang seni rekaan dan fesyen, bakal majikan dan pereka profesional termasuk orang awam terpilih yang merupakan antara jemputan khas majlis.

Photo 6

Kate and Amy [far left & far right], Fashion students from UCLan School of Art, Design and Fashion, standing next to their collections showcased during the fashion show. According to Dr Zuhaili Akmal Ismail, Dean of Faculty of Design and Creativity, the designs from both KLMUC and UCLan students reflect a close-knit community moving toward a better tomorrow. This collaboration also symbolises the idea of convergence, of different worlds colliding and coming together.

Mengenai Kumpulan Pendidikan ILMU (ILMU)

ILMU ialah syarikat induk bagi semua syarikat pendidikan dalam portfolio pelaburan Ekuinas. Kumpulan tersebut terdiri daripada tujuh institusi di Malaysia dan Sri Lanka, menyediakan pendidikan serba lengkap kepada lebih 35,000 pelajar di 21 kampus yang memenuhi keperluan pendidikan dari peringkat K-12 sehingga peringkat pengajian tinggi. Kini, portfolio institusi ILMU termasuk:

Pengajian Tinggi: Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU), UNITAR, Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMUC), Cosmopoint College, dan APIIT Sri Lanka.

K-12: Asia Pacific Schools (APS) yang terdiri daripada Asia Pacific Smart School (APSS) dan Asia Pacific International School (APIS), dan Tenby Schools. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.ilmuedu.com

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ilmuedu.com.my.

Facebook: www.facebook.com/ILMUedu

Twitter: www.twitter.com/ILMUedu

Instagram: www.instagram.com/ILMUedu

YouTube: www.youtube.com/channel/UCXypO-UL3y5SY12esciWAAQ

 

Mengenai Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMUC)

Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMUC) adalah sebuah institusi pengajian tinggi yang progresif dan inovatif dengan menawarkan lebih daripada 50 program di bawah enam fakulti. Ditubuhkan pada tahun 2006 KLMUC kini menawarkan program Asasi, Diploma dan Ijazah yang menerapkan prinsip Aplikasi Dunia Nyata sebagai laluan kepada kejayaan profesional. KLMUC juga terus berusaha dalam membangunkan program-program yang relevan bagi memenuhi keperluan pelajar. Program-program akademik dibangunkan melalui perundingan dengan rakan-rakan perniagaan dan industri luar, sektor awam dan profesional. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.klmuc.edu.my

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×