Sihat

Klinik ‘Drive Thru’ Untuk Bayi Jaundis Mudahkan Ibu Bapa, Kekalkan Jarak Sosial

135
SHARES

Dalam situasi wabak ini, masih ramai lagi yang memerlukan khidmat kesihatan dari hospital dan klinik kerajaan.

Antaranya yang sentiasa dipantau termasuklah ibu-ibu mengandung dan bayi baru lahir.

Menariknya, dalam sebuah posting oleh Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham menunjukkan betapa inovatifnya staf KKM di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh yang telah membuat pemeriksaan bayi jaundis secara drive-thru sahaja bagi mempercepat dan memudahkan urusan di samping membantu penjarakan sosial (social distancing).

Ulas Dr Noor Hisham lagi, Klinik Jaundis Drive-Thru ini bertujuan mengelakkan berlakunya kesesakan di klinik. Ia jiga membantu mempercepatkan masa menunggu dan rata-rata ibu bapa berpuas hati dengan proses ini.

Pada 29 Mac 2020, Dr Chua Bee Sim dan pasukan beliau dari Klinik Paediatrik HRPB telah menyaring 63 bayi dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari memggunakan fasiliti di Klinik Kesihatan Greentown.

Daripada jumlah tersebut, hanya 11 orang bayi memerlukan venesection manakala 3 orang bayi perlu ditahan bagi proses fototerapi.

Menurut Dr Noor Hisham lagi, pasukan Paediatrik akan sentiasa cuba sedaya-upaya melancarkan proses ini dan meneruskan usaha menambahbaik perkhidmatan mereka walaupun setelah COVID-19 berakhir.

Terima Kasih Warga KKM!

Kami sebagai rakyat Malaysia juga berasa kagum dan bangga dengan semua staf kesihatan atas perkhidmatan KKM yang berdedikasi, inovatif dan cemerlang.

Kalau buat begini, ibu ayah tentu rasa lebih selamat nak bawa bayi ke klinik untuk pemeriksaan kan? Bagusnya!

Tak hairanlah perkhidmatan kesihatan Malaysia adalah antara yang paling baik di dunia.

Terima kasih KKM!

Pautan posting asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3168873389803194&id=578835322140360

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×