Advertorial

KKLW Melalui MARA Bawa 1MPAK, Manfaat Untuk Rakyat

852
SHARES

Buat anda yang sedang mencari peluang dan pembiayaan pendidikan, tak tahu macam mana nak ceburkan diri dalam bidang keusahawanan dan mencari peluang pekerjaan, kami ada berita baik untuk anda! Program 1MPAK pasti memberi impak positif kepada anda selepas ini kerana…

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah pun memperkenalkan Inisiatif Melestari Pembangunan Komuniti atau lebih dikenali sebagai 1MPAK bagi membantu meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat luar bandar.

Nak tahu lebih lanjut mengenai apa itu 1MPAK, manfaat dari program berkenaan dan siapa bakal menerima kelebihannya? Semuanya ada dalam artikel ni, teruskan membaca tau!

Fokus 4 tunjang utama

Dilancarkan pada 27 Januari lalu di Bera, Pahang oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, 1MPAK dilaksanakan sebagai satu inisiatif turun padang pihak KKLW melalui MARA untuk membawakan peluang di bawah MARA yang berkaitan dengan 4 tunjang utama program ni antaranya:-

  • Pendidikan
  • Peluang pekerjaan
  • Keusahawanan
  • Program pengukuhan tanggungjawab sosial korporat

Nak cakap pasal manfaat 1MPAK ni, banyak! Antaranya…

Jika anda masih belum jelas, 1MPAK sebenarnya bakal memberikan banyak manfaat kepada belia luar bandar antaranya dengan memberikan peluang pendidikan dan latihan untuk memenuhi permintaan industri pekerjaan bernilai tinggi di negara kita…

Selain tu, 1MPAK juga membuka peluang pekerjaan baharu bagi masyarakat luar bandar dan mengurangkan keperluan khasnya para belia untuk berhijrah ke kota terutamanya bagi mereka yang bekerja di dalam industri bernilai tinggi seperti aero-angkasa, automotif dan sebagainya.

Bukan tu je, 1MPAK juga bakal membangunkan usahawan dan membuka peluang pelaburan dalam meningkatkan ekonomi tempatan menerusi pelbagai program keusahawanannya yang akan membawa lebih banyak peluang pekerjaan dan menghasilkan keuntungan. Semua manfaatnya akan berbalik semula kepada masyarakat setempat. Hebat kan?

Siapa antara golongan yang bakal menikmati semua manfaat dan keistimewaan 1MPAK ni?

Pelajar yang mencari penaja untuk membiayai kos pengajian mereka

Lepasan sekolah di luar bandar yang sedang mencari peluang latihan dan pekerjaan

Golongan usahawan atau individu yang mencari peluang perniagaan atau maklumat pembiayaan keusahawanan

Majikan yang mencari pekerja berkemahiran tinggi untuk padanan pekerjaan dengan industri

Masih belum clear apa itu 1MPAK, join siri jelajah diorang jom!

Dah baca semua ni kat atas ni tapi mungkin ada antara anda masih belum boleh hadam apa itu 1MPAK dan manfaat-manfaatnya kan? Apa susah… Datang Siri Jelajah 1MPAK di lokasi terpilih seluruh Malaysia. Banyak aktiviti menarik disediakan mengikut klasifikasi tersendiri antaranya:

Program Keusahawanan

  • Khidmat nasihat untuk pembiayaan perniagaan
  • Khidmat nasihat untuk permohonan premis perniagaan
  • Pembayaran pembiayaan
  • Pendaftaran vendor
  • Permohonan kursus

Program Tanggungjawab Sosial Korporat

  • Khidmat membaiki motosikal secara percuma oleh pelajar GIATMARA
  • Khidmat memotong rambut percuma oleh peserta HIT Barber

Program Pendidikan/Peluang Pekerjaan

  • Permohonan Perantis Malaysia
  • Permohonan intitusi MARA
  • Pendaftaran kursus
  • Demonstrasi daripada pelajar GIAT MARA

Di samping aktiviti-aktiviti menarik di atas, terdapat juga tarikan utama program Siri Jelajah 1MPAK diadakan. Antaranya:-

  • Tawaran kerja bersyarat untuk yang berkelayakan bagi program perantis
  • Padanan kerja dan temuduga untuk yang berkelayakan
  • Khidmat consultation dan pendaftaran bagi program-program keusahawanan
  • Sesi bimbingan dan latihan kepada pengunjung bersama tokoh
  • Cabutan bertuah dengan hadiah menarik seperti motosikal elektrik

Tunggu apa lagi? Jom datang Siri Jelajah 1MPAK dan nantikan update tarikh serta lokasinya di laman web 1MPAK dan akaun media sosial Facebook, Twitter dan Instagram 1MPAK. Jumpa kat sana!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×