Kini Trending

Kisah 3 Usahawan Wanita Berjaya Ini Buat Ramai Terharu – Cabaran Jadikan Mereka Lebih Kuat

341
SHARES

“Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian”, kata-kata ini sudah sangat sinonim dikalangan usahawan kerana tanpa usaha dan tekad yang tidak berbelah bahagi, perniagaan yang diusahakan mungkin tidak mampu terus bertahan.

Begitu juga dengan tiga usahawan wanita yang ingin kami kongsikan ini, pelbagai cabaran telah mereka tempuhi sebelum berjaya membina jenama mereka sendiri.

1. Masitah Mohd Afandy, NM Aircond – “Allah bergurau dengan saya”

Masitah pengusaha perniagaan NM Aircond terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang mengakibatkan beliau kehilangan penglihatan dan kecederaan kaki sehingga terpaksa menggunakan kerusi roda.

Akibat kemalangan tersebut Masitah perlu tinggal di hospital selama 24 hari. Namun, semangatnya sedikit pun tidak luntur. Biarpun di hospital Masitah terus mengawasi perniagaannya melalui telefon.

Masitah menganggap kejadian ini sebagai tanda Tuhan sayang padanya, kata Masitah “Allah bergurau dengan saya kerana hanya yang bergurau dengan kita yang sayangkan kita”

Beliau sendiri tidak sangka perniagaanya mampu beroperasi dengan dengan lancar tanpa beliau perlu ada di pejabat. Malah, semakin banyak penambahbaikan dapat dicapai dalam pasukannya dan keuntungan perniagaan juga menunjukkan peningkatan.

Masitah berkata, beliau lebih teruja untuk membina pasukan dan syarikat dengan menggunakan ilmu yang telah diajar oleh mentornya, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

Malah, melalui The Titan Talk Show oleh RichWorks International, beliau ditanya bagaimana beliau kekal positif.

“Kerana saya seorang Titan”, jawab Masitah mudah.

“Apabila menjadi seorang Titan, saya tiada masa untuk rasa sedih. Sebagai Titan, kita kena buktikan kepada diri dan buat mentor kita bangga dengan kita. Saya harap Datuk Wira dan Datuk Jerry bangga dengan saya,” tambahnya lagi.

Masitah sekarang merupakan ahli dalam kumpulan usahawan elit RichWorks,  program pementoran Titanium dan telah menjalani pelbagai program sebelum ini.

Beliau bermula dengan program Millionaire Marketing Mystery (MMM) pada tahun 2014, Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) pada tahun 2015 dan menjalani setiap IMKK program yang dianjurkan kemudian bersama suami dan pasukannya.

2. Syarifah Furaiha (Fara), Inai Republic – Peroleh 1 juta pertama di usia 21 tahun

Kisahnya bermula ketika beliau sedang bercuti semester dan kebetulan ditawarkan tiket percuma oleh seorang teman untuk menyertai program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK).

“Selepas tamat program itu, saya dapat rasa diri saya berubah menjadi versi yang berbeza lalu saya pun ambil keputusan untuk mendaftar ke program Millionaire Marketing Mastery (MMM)”

“Tamat saja MMM saya terus hasilkan produk pertama iaitu Furaiha Skincare. Alhamdulillah, dengan ilmu yang diperoleh sepanjang tiga hari kelas berlangsung, saya berjaya mencapai satu juta pertama dalam masa enam bulan sahaja di saat usia saya baru mencecah 21 tahun.” ujar Fara.

Bagaimanapun, selepas tamat MMM Fara tidak lagi terus belajar tentang ilmu perniagaan kerana berasa cukup dengan ilmu yang diterima dalam program tersebut. Bisnes diteruskan seperti biasa, namun nasib tidak menyebelahinya apabila perniaagaan tersebut jatuh lingkup pada tahun 2018.

Fara kemudian tekat bersama suaminya, Ustaz Azam untuk menyertai program pementoran Spire anjuran RichWorks.

“Waktu itu sebenarnya kami memang sudah tiada duit hingga terpaksa masuk pajak gadai. Kami gadaikan semua yang kami ada pada waktu itu semata-mata nak bayar yuran Spire,  tetapi inilah perkara yang tidak pernah kami sesali dalam hidup sebab kami lakukannya demi menuntut ilmu walaupun terpaksa ikat perut.” Kata Ustaz Azam.

Mereka kemudian mengikut saranan Dr. Azizan untuk fokus pada inai berbanding produk lain yang mereka jual pada masa itu. Mujurnya, perniagaan mereka benar-benar bertambah baik selepas belajar untuk fokus.

“Bila kita ikut saja yang yang disuruh, kita akan dapat hasilnya biarpun kita rasa perkara ini macam tak logik tiga tahun yang lepas. Tapi, hari ini kita nampak buktinya.

“Nama Inai Republic melonjak naik ketika Perintah Kawalah Pergerakan dilakukan (PKP) sebab kita mulakan bisnes inai ini betul-betul sebelum pandemik terjadi. Syukur, kita dapat survive dengan berkat ilmu yang diterima dalam RichWorks malah jualan meningkat lebih tinggi daripada sebelumnya,” kongsi Fara dan Ustaz Adam.

3. Norlinda Daud, Bright Hill Islamic Montessori – 500 pelajar di bawah institutnya

 

Norlinda Daud, Pengarah Bright Hill Islamic Montessori mengakui saat paling getir bagi menguruskan perniaagannya adalah ketika PKP.

“PKP tu pada saya adalah really-really tough situation yang saya saya perlu lalui, lebih parah lagi bila saya sendiri tidak  tahu nak buat apa. Kawan-kawan saya pun banyak tutup tadika.”

Ketika itu, beliau pilih untuk tidak berputus asa dan mengikuti nasihat daripada mentor beliau, Datuk Wira Dr. Azizan Osman sehingga beliau berjaya mempertahankan perniagaannya. Malah, beliau juga mampu untuk mengembangkan usahanya sehingga mempunyai 6 cawangan dengan lebih 500 pelajar di bawah Bright Hill Islamic Montessori.

Melalui kejayaan ini, Norlinda berazam untuk membantu membina kehidupan pekerja di bawahnya juga.

“Dulu saya merupakan leader yang tak selalu mendengar, tak selalu recognise team tapi sekarang saya lebih profesional dalam menguruskan pasukan saya.

“Mereka pun sekarang lebih suka bekerja dengan kita sebab kita pandai jaga mereka jadi ada yang kerja sampai lebih lima tahun dan tujuh tahun, pada saya inilah kekuatan sesebuah perniagaan bila mana kamu ada ada team yang mahu bekerja lama dengan syarikat sekaligus membolehkan perniagaan untuk berkembang dengan pesat”

Semua ini adalah hasil ajaran dan bimbingan cara baru yang Norlinda peroleh daripada RichWorks, beliau kemudian menggunakannya untuk membantu staf-staf beliau bagi menaiktaraf bukan sahaja dari segi ilmu, malah gaya hidup mereka juga.

Tambah Norlinda lagi, sudah ramai kakintan Bright Hill Islamic Montessori mampu menjalani kehidupan lebih selesa setelah membina kerjaya bersamanya.

Haa.. Tak mustahil anda juga boleh jadi berjaya seperti ketiga-tiga usahawan diatas. Caranya mudah je, mulakan dengan menyertai program khusus RickWorks bagi memperkasa skill keusahawanan anda.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh mohon untuk ikuti program terbesar yang terakhir pada tahun ini, 10X SME Bina Bisnes Berjaya di Johor secara percuma pada 25 & 26 November ini dengan layari binabisnesberjaya.com sekarang.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×