Sempena dengan kehadiran musim bunga yang penuh dengan warna-warni, Kipling memperkenalkan koleksi KAEON yang pastinya menambah lagi keceriaan dalam kehidupan seharian.
Diperbuat daripada fabrik Aires yang mengguna 37 peratus fiber poliester kitar semula dengan penggunaan air kurang 90 peratus sewaktu tempoh mewarna, menjadikan koleksi beg KAEON tahan lasak, ringan dan 100 peratus kalis air. Ia juga mudah dibersihkan, iaitu hanya lap dengan kain lembap dan kotoran pasti hilang!
4 Rekaan Unggul Koleksi KAEON Serlahkan Ciri Unik
KAEON memang sesuai untuk semua wanita yang ingin tampil elegan dan konfiden setiap hari.
Koleksi ini datang dengan empat rekaan yang unggul, direka khas untuk wanita moden dan berkerjaya iaitu Ready Now, Lifesaver, Blocky Friend, dan On A Roll.

Ready Now
Beg silang yang menarik perhatian lagi glamor. Lengkap dengan ‘lining’ daripada bahan suede yang teramat lembut. Penutupnya bermagnet siap dengan zip panjang yang menutup kandungan dalam beg menjadikannya selamat. Dua poket di hadapan dan satu poket di belakang memberi banyak ruang untuk menyimpan peralatan dan aksesori.

Lifesaver
Ranggi, ‘cool’, dan praktikal adalah gambaran yang sesuai untuk beg tote ini. Ia mampu memuatkan dokumen bersaiz A4 dan laptop dalam masa yang sama. Cantik digunakan selepas waktu kerja seperti kegiatan sosial atau keluar bersama rakan-rakan. Empat poket di luar beg memudahkan anda menyimpan kunci kereta, telefon bimbit dan aksesori.

Blocky Friend
Membawanya bersama memberi penampilan elegan tidak kira semasa anda sedang bekerja, keluar makan tengah hari mahupun menikmati hidangan makan malam. Warna yang kontra memukau mata sesiapa sahaja yang memandangnya. Dengan saiznya yang comel dan sesuai untuk wanita, ia mudah dibawa begitu sahaja.

On A Roll
Sesuai untuk gadis moden yang bergaya. Beg sandang ini menyerlahkan warna ceria dan mempunyai banyak fungsi. Talinya mudah dilaraskan untuk keimbangan badan wanita selain mempunyai cangkuk dalaman yang selamat. Nampak kecil, tetapi ia punya banyak ruang menyimpan di dalamnya.
Apa yang menyebabkan KAEON istimewa?
- Fabrik Aires yang sangat unik dan inovatif
- Kuat dan kalis air
- Dihasilkan dengan teknologi pintar
- Mudah dijaga
Kipling percaya aksesori fesyen seperti ini mampu menceriakan hari-hari kaum wanita dengan memberi mereka lebih keyakinan apabila memakai koleksi Kipling tidak kira sewaktu kuliah, percutian atau bergerak ke mana-mana sahaja.
Koleksi KAEON boleh didapati di semua butik Kipling. Untuk maklumat lanjut, layari www.facebook.com/KiplingMalaysia.