“Always ask yourself if the item sparks joy…”
Siapa tak kenal dengan Marie Kondo kan? Bintang Netflix dengan siri Tidying Up With Marie yang terkenal dengan teknik mengemas dan mengatur KonMari ini mencipta fenomena dengan mengajak orang ramai merapikan dan mengorganisasikan ruang di dalam rumah melalui cara tersendiri.
Wanita Jepun ini juga digelar ‘the tidiest woman in the world’ hingga beberapa buku yang ditulisnya termasuk dalam best-seller, dan antara bukunya yang berjudul The Life-Changing Magic of Tidying Up: The Japanese Art of Decluttering and Organizing telah terjual lebih dari 5 juta naskhah di seluruh dunia!
Tak cukup dengan itu, kini Marie Kondo juga telah menghasilkan sebuah buku kanak-kanak yang baru dilancarkan 5 November lalu tau!
Kiki and Jax: The Life-Changing Magic of Friendship
Diinspirasikan daripada fenomena teknik KonMari, Kiki & Jax mengisahkan tentang 2 kawan rapat yang mempunyai 2 identiti berbeza – Kiki si tupai dengan tabiat mengumpul barang (senang kata dia ni jenis hoarder lah) manakala Jax si burung hantu pula jenis suka menyusun dan mengemas.
Walaupun masing-masing ada tabiat berbeza, kedua-dua BFF ni suka main sama-sama. Cuma… (mungkin ramai boleh agak) konflik tercetus apabila ruang dalam rumah mereka semakin terhad dan kucar-kacir.
Lepas tu mulalah timbul macam-macam masalah; tak jumpa nak cari mainanlah, tak boleh jalanlah, sampai mereka berdua ni susah nak bermain bersama macam dulu.
Jadi si Jax ni pun plan nak ajar Kiki mengemas dan mengorganisasi dengan hanya menyimpan barang yang ‘spark joy’ gitu.
So dalam buku ni adalah macam-macam nasihat yang berguna untuk kanak-kanak (dan mak-mak sekali) belajar mengemas dan mengurangkan tabiat hoarding tu.
Buku bergambar 40 mukasurat ni memang ceria sebab ia diilustrasikan oleh Salina Yoon, seorang illustator kanak-kanak terkemuka. Dan yang paling best tu, complete dengan cara lipat baju step-by-step lagi.
Jadi Inspirasi Untuk Anak-anak
Dalam sebuah kenyataan, Marie Kondo yang juga ibu kepada 2 orang anak berasa sangat berbesar hati kerana dapat berkongsi buah tangan beliau ini.
Katanya, buku ini ditulis bukan sekadar nak mengajar anak-anak tentang kepentingan mengorganisasikan ruang, tetapi juga bertujuan mengetengahkan tema persahabatan, sekaligus menjadikannya bacaan santai buat seisi keluarga khususnya kanak-kanak berusia 3 hingga 7 tahun.
Jadi, sambil-sambil baca bedtime story dengan anak-anak, dapatlah juga kita belajar pasal teknik KonMari. Lepas tu boleh apply sama-sama masa mengemas nanti. Wahh… Kelass kan??
Maklumat Lanjut
Apapun, kalau nak tahu lebih lanjut, boleh layari laman web rasmi Marie Kondo untuk maklumat berkaitan buku ini.
Sekarang ni ia dah pun mula dijual di pasaran termasuklah di Malaysia dengan harga RM61 di Kinokuniya.
Menarik juga buat koleksi kan?