Famili

Rempah Viral Dari Timur Tengah, Ini 5 Khasiat Sumac & Cara Nak Makan

125
SHARES
khasiat sumac

Dalam kebelakangan ini, rempah Sumac kembali menjadi sebutan ramai (terutamanya apabila kes COVID mula meningkat tinggi). Ini kerana khasiat sumac ini dianggap sebagai ikhtiar dan penawar kepada wabak Covid-19.

Difahamkan herba ini menjadi viral dan ‘laku keras’ terutamanya di media sosial dan platform online.

Malah, ada sebahagian pihak yang kata ianya makanan sunnah dan dikaitkan pula dengan dakwaan ‘seorang wanita Soleh bermimpi bertemu Rasullah s.a.w, dan Rasulullah s.a.w suruh ambil Sumac untuk merawat COVID’.

Untuk makluman anda, sehingga ke hari ini, tiada kajian terperinci yang boleh membuktikan keberkesanannya dalam merawat COVID. Malah, JAKIM juga telah menafikan hal ini dalam sebuah status di Facebook.

khasiat sumac jakim

Jadi, kenapa orang berebut-rebut nak beli sumac, dan bagaimana cara makan sumac ni sebenarnya? Sedap ke?

Jom kita ketahui lebih lanjut tentangnya.

Apakah Sumac?

Sebenarnya, rempah Sumac sebenarnya telah lama digunakan oleh masyarakat Timur Tengah dalam masakan harian.

Ia bukan sekadar mampu membangkitkan rasa masakan, namun rempah berwarna merah menyala ini mengandungi pelbagai khasiat.

Secara ringkasnya, Sumac sebenarnya berasal dari buah beri Sumac yang dikeringkan dan dikisar sehingga menjadi serbuk.

khasiat sumac

Pokok / bunga Sumac

apakah khasiat sumac

Sumac yang telah dikisar

Bagaimana Rasa Sumac & Cara Makan Sumac?

Bau dan rasanya seakan buah lemon tetapi tidak berapa masam.

Cadangan cara makan Sumac antaranya adalah seperti berikut:

  • Cubit sedikit dan suap terus masuk mulut
  • Rendam dalam air suam. Dijadikan sebagai teh/jus
  • Boleh ditabur atas salad atau pencuci mulut
  • Boleh juga menjadi bahan untuk perapan ayam / daging

khasiat sumac

5 Khasiat / Penggunaan Sumac Secara Tradisional

Menurut sumber, Sumac telah digunakan sejak 2000 tahun lalu bagi melancarkan sistem penghadaman serta melawaskan pembuangan air kecil.

Orang native Amerika pula biasa menggunakan Sumac secara tradisional seperti batuk, sakit tekak serta merawat luka.

Jom kenali rempah Sumac serta kebaikannya untuk badan.

1. Padat Dengan Antioksida

Khasiat antioksida yang terkandung dalam sesetengah sayur-sayuran, buah-buahan dan rempah adalah penting bagi kesihatan badan terutamanya dalam mengelakkan risiko penyakit seperti osteoarthiritis, penyakit jantung serta kanser.

Malah, ia dikatakan mengandungi kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding buah seperti beri acai dan rempah seperti oregano.

2. Tinggi Vitamin C

Amalan orang native Amerika dalam merawat batuk terbukti berkesan dengan menggunakan Sumac.

Ia didapati mempunyai kandungan vitamin C yang cukup tinggi bagi menguatkan sistem imun tubuh.

Khasiat yang ditemui dalam Sumac seperti thymol, geraniol dan carvacrol didapati mampu merawat penyakit seperti batuk, sakit tekak dan sesak dada.

Baca juga: 10 Khasiat Serai Untuk Kesihatan. Ada Bezanya Serai Makan & Serai Wangi Tau!

3. Mengawal Paras Gula / Kolesterol

Beberapa kajian awal mendapati sumac juga sesuai untuk diamalkan bagi pesakit diabetes. Sebuah kajian mendapati pengambilan Sumac secara konsisten mampu menstabilkan paras gula dalam darah.

Kajian awal yang diterbitkan oleh Journal Of Research in Medical Science bersetuju dengan potensi tinggi rempah Sumac dalam merawat penyakit kencing manis.

Selain itu, sumac menunjukkan potensi yang baik dalam mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

4. Membantu Melegakan Sakit Otot

Jika anda menggemari aktiviti lasak atau bersukan, pastikan anda mempunyai bekalan rempah Sumac di rumah.

Satu kajian mendapati pengambilan Sumac mampu mengurangkan sakit otot semasa bersenam.

Pelbagai nutrisi termasuk antioksida dalam Sumac berperanan dalam memberikan kelegaan daripada sakit otot secara efisien.

5. Kegunaan Tradisional

Sumac turut digunakan secara tradisional untuk melegakan masalah penghadaman.

Khasiat yang padat dalam Sumac seperti antioksida dan didapati mampu mengatasi rasa tidak selesa perut seperti kembung dan sembelit.

Sumac juga dipercayai mempunyai banyak kelebihan untuk diamalkan oleh kaum wanita. Ia digunakan secara tradisional untuk merawat discaj vagina yang berlebihan.

Ia dikatakan berkesan dalam mengurangkan simptom haid yang teruk seperti senggugut.

Baca juga: Kebaikan Serbuk Kunyit Untuk Tanaman. Boleh Elak Semut & Penyakit!

Kesimpulan Khasiat Sumac

Walaupun tiada pengesahan saintifik yang boleh membuktikan kesan Sumac dalam merawat wabak Covid-19, namun Sumac ini mengandungi beberapa khasiat dan tak salah untuk dicuba.

Tetapi harus diingat, selain menambah sumber vitamin C dan antioksida dengan pemakanan tambahan, kita juga perlu mengamalkan gaya hidup sihat untuk mengekalkan kesihatan yang optimum.

Rujukan:

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×