Rumah

10 Khasiat Serai Untuk Kesihatan. Ada Bezanya Serai Makan & Serai Wangi Tau!

174
SHARES
khasiat serai wangi

“Aku memang suka bau serai. Selalunya tengok orang guna untuk buat minyak urut, ada yang buat air rebusan. Apa khasiat serai ni sebenarnya ya?”

Serai ialah antara tanaman beraroma yang sering digunakan dalam masakan di Malaysia.

Selain menaikkan lagi perisa dalam makanan, banyak juga khasiat serai yang menjadikannya petua untuk pelbagai masalah kesihatan. Malah, ada sesetengahnya telah juga dibuktikan dengan kajian serta laporan saintifik.

Jom kita ketahui lebih lanjut tentang perbezaan antara serai makan dan serai wangi serta khasiat serai untuk kesihatan.

Perbezaan Antara Serai Makan Dan Serai Wangi

Sekali pandang nampak sama namun sebenarnya serai makan dan serai wangi mempunyai perbezaan serta kesitimewaan masing-masing.

Menurut Jabatan Pertanian Malaysia, SERAI MAKAN atau nama botaninya (Cymbopogon citratus) ialah sejenis tanaman dari famili Graminae/Poaceae yang dikenali juga dengan nama-nama seperti takrai (Thailand), sereh makan (Indonesia) atau lemongrass (Inggeris).

SERAI WANGI atau nama botaninya (Cymbopogon nardus) atau Citronella (Inggeris) adalah dari keluarga
yang sama dengan serai makan.

Walaupun kelihatan serupa, namun jika dilihat dengan lebih dekat lagi, serai wangi ini mempunyai batang yang agak pendek sedikit berbanding serai makan. Helaian daunnya pula tirus, panjang dan lebih lebar daripada serai makan. Batangnya pula lebih langsing dan tidak terlalu membulat seperti serai makan.

Dari segi kegunaan pula, serai makan digunakan dalam masakan. Petua air rebusan serai juga amat popular diamalkan sebagai minuman bagi menghilangkan bau badan dan membuang ‘angin’.

Manakala serai wangi adalah lebih kepada penggunaan luara, di mana ia digunakan dalam penghasilan minyak pati. Dalam masyarakat Melayu terutamanya, pati minyak serai wangi berguna untuk mengubat sakit perut dan juga campuran dalam air mandian dan cucian ibu selepas bersalin.

pokok halau nyamuk

Foto Kredit: doterra.com

10 Khasiat Serai Wangi & Serai Makan

Kini terdapat banyak khasiat serai dan serai wangi yang telah dibuktikan mengikut kajian sama ada untuk kesihatan atau untuk kegunaan harian.

1. Mengandungi Antioksidan

Dalam Journal of Agriculture and Food Chemistry (2005), serai mengandungi beberapa jenis antioksidan yang dapat melawan radikal bebas dalam tubuh kita.

Antaranya jenis antioksidan yang terkandung dalam serai termasuklah chlorogenic acid, isoorientin, dan swertiajaponin  yang berfungsi mencegah kerosakan sel di dalam arteri koronari.

khasiat serai

Foto Kredit: http://poskotanews.com/

2. Melegakan Sakit Perut, Radang & Sakit Sendi

Serai sering digunakan sebagai bahan utama dalam minyak angin kerana ia adalah herba yang bernilai tinggi untuk rawatan senak perut, perut memulas, gastrik dan muntah.

Serai boleh bertindak sebagai minyak angin untuk rawatan sakit sendi, terseliuh dan rawatan sakit-sakit yang ringan.

Menurut Medical News Today, serai mampu mengurangkan kesakitan dan mengelakkan jangkitan ringan, sama ada digunakan secara luaran atau diminum air rebusannya.

3. Merendahkan Kadar Kolesterol

Kelebihan serai atau kebaikan air rebusan serai juga antaranya membantu mengurangkan kolesterol.

Menurut sebuah artikel di dalam Journal of Advanced Pharmaceutical Technology & Research (2011), meminum ekstrak serai dapat membantu mengurangkan kadar kolesterol dalam haiwan.

khasiat serai

4. Aromanya Menenangkan, Mengusir Rasa Stres

Selain memberikan rasa relaks, air rebusan serai juga didapati mampu mengurangkan rasa stres.

Menurut Medical News Today, aroma serai dapat membantu mereka yang mengalami masalah anxiety.

5. Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

Serai adalah komponen diuretik yang terkenal seperti mana teh hijau.

Komponen bersifat diuretik menjadikan kita lebih kerap membuang air kecil, kerana ia akan merangsang tubuh untuk membuang banyak cecair dan natrium di badan kita.

Peningkatan pengeluaran air kencing (urin) akan mengurangkan isipadu cecair di dalam badan, lalu mengurangkan kerintangan sistem vaskular, dan seterusnya pengurangan tekanan darah akan berlaku.

Ciri ini penting untuk pesakit darah tinggi, edema, atau sakit jantung.

Baca juga: 15 Cara Turunkan Darah Tinggi Secara Semulajadi & Dibuktikan Oleh Kajian

Cara mengatasi tekanan darah tinggi

Foto Kredit: mygenesismedical.com

6. Mengurangkan Sakit Senggugut

Air rebusan serai juga sering digunakan sebagai petua melegakan simptom PMS (pre-menstrual symptom).

Untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut, rasa kembung, mual, atau tak selesa badan ketika PMS atau ketika haid, anda boleh cuba amalkan meminum air serai dan halia setiap pagi.

cara hilangkan senggugut

Foto Kredit: altsantiri.gr

7. Membantu Menjayakan Diet & Mengempiskan Perut

Air rebusan serai atau teh serai sering digelar ‘teh detox’ kerana ia boleh meningkatkan metabolisme dan membantu mengurangkan berat badan.

Serai juga dipercayai dapat membantu anda melancarkan pembuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang.

7 Cara Kempiskan Perut Secara Semulajadi. Mudah & Cepat!

Foto Kredit: huffingtonpost.com

8. Mewangikan Badan & Rambut

Ekstrak serai wangi biasa digunakan sebagai pewangi shampoo dan essential oil.

Serai juga digunakan bagi ibu selepas bersalin dalam ramuan ubat periuk.

Foto Kredit: cogxio.tumblr.com

9. Menghalau Nyamuk

Serai wangi atau citronella khususnya amat berkesan untuk membantu menghalau nyamuk dan serangga di rumah.

Ia boleh digunakan sebagai agen semulajadi bagi yang alah dengan racun serangga di pasaran.

tips halau nyamuk

Foto Kredit: getridofmany.com

10. Petua Menyuburkan Tanaman

Kalau bena putih selalu menyerang tumbuhan, kita boleh cuba buat ‘racun serangga’ semulajadi dengan membuat air campuran serai wangi bercampur sedikit cuka kayu.

Kemudian, semburkan pada tanaman setiap/ hari. Insha Allah berkesan dan pokok pun makin sihat.

Tips tanam bayam brazil

Banyaknya Khasiat Serai Wangi & Serai Makan Ni, Kan?

Wah, memang banyak betul kegunaan dan kelebihan serai wangi dan serai makan.

Tak hairanlah ia cukup sinonim dengan petua orang dulu-dulu.

Jadi, lepas ini bolehlah kita manfaatkan serai ini sebaiknya. Tak payah dah beli suplemen mahal-mahal kan?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×