Sihat

Rugi Tak Makan, Ini 7 Khasiat Petai Yang Bukan Biasa-biasa!

358
SHARES
khasiat petai

“Ish sedap ke makan petai ni? Lagipun orang kata nanti mulut berbau. Apa khasiat petai ni sebenarnya?”

Ada orang memang pantang nampak petai, terus terbuka selera walaupun sekadar cicah dengan budu. Tapi ada orang yang langsung tak boleh makan petai sebab ianya berbau agak kuat.

Namun, di sebalik bau petai ini, terdapat begitu banyak khasiat petai yang tak patut kita abaikan.

Jadi, peminat-peminat petai -terutamanya, inilah manfaat yang anda boleh dapat daripada memakan petai!

Khasiat petai

Info Ringkas Tentang Petai

  • Nama saintifik bagi petai adalah parkia speciosa dan ia turut dikenali dengan nama lain di negara-negara lain seperti sataw (Thailand), peteh/pete (Indonesia), yongchak (India) bitter beanstink beansator bean atau twisted cluster bean.
  • Petai ialah sejenis ulam yang datang dari pokok petai yang tumbuh di serata Asia Tengara.
  • Pokok petai boleh mencecah 30 m tinggi.
  • Sayur petai dimakan secara terus, dibuat ulam, dijerukkan atau dibuat lauk makanan harian.
  • Lauk makanan harian yang paling popular di Malaysia ialah sambal petai yang menjadi buruan peminat lauk makanan tradisional.
  • Petai yang dulunya hanya dikenali sebagai sayuran hutan yang hanya dinikmati dan dihargai oleh penduduk luar bandar, kini menjadi buruan ramai sebagai makanan ulam yang sangat popular.

[Baca juga : Elak Diserang Ulat, Ini Tips Tanam Bayam Brazil Sihat Merimbun!]

Kenapa Petai Berbau Kuat / Busuk?

Menurut info dari laman web kesihatan HelloDoktor, petai boleh menyebabkan bau yang tidak menyenangkan kerana kandungan asid amino yang terkandung dalam biji petai yang mengandungi unsur sulfur.

Kandungan asid amino inilah yang menjadikan biji petai menghasilkan bau yang sangat menyengat dan turut memberi kesan sampingan pada nafas berbau dan air kencing.

Walaubagaimanapun, bau ini tidak mendatangkan mudarat kepada kesihatan.

khasiat petai

7 Khasiat Petai Untuk Kesihatan

1. Melancarkan Penghadaman

Petai adalah sumber serat yang baik terutamanya jika dimakan sebagai ulam-ulaman.

Serat yang yang tinggi di dalam petai dapat membantu proses penghadaman dan mencegah sembelit.

 

2. Membantu Diet

Serat juga menambahkan rasa kenyang, mengurangkan kolesterol LDL (buruk), dan memperlahankan pelepasan gula daripada makanan ke dalam darah.

Apa yang lebih penting, serat larut dapat mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit jantung, Diabetes Type 2, dan obesiti.

Foto Kredit: medicalnewstoday.com

3. Tinggi Kalium

Setengah cawan petai sarat dengan 224mg kalium (potassium).

Komponen ini memainkan peranan  mengawal keseimbangan air badan untuk dan fungsi jantung.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) potassium amat penting bagi kesihatan jantung.

http://www.cynergycare.com/

4. Mencegah Kemurungan

Petai mengeluarkan sejenis protein yang diolah oleh tubuh kita menjadi serotonin.

Serotonin inilah yang membuat kita merasa lebih tenang dan mengelakkan perasaan kemurungan.

5. Tinggi Kandungan vitamin C

Jangan ingat vitamin C hanya ada dalam buah oren tau.

Tahukah anda, terdapat 20mg vitamin C dalam setengah cawan petai cukup untuk memenuhi kira-kira separuh daripada keperluan vitamin harian kita.

Seperti yang kita sedia maklum, vitamin C ini penting bagi pertumbuhan dan pembaikan tisu di semua bahagian tubuh kita.

[Baca juga: 9 Jenis Buah & Sayur Yang Lebih Tinggi Vitamin C Berbanding Oren. Sesuai Untuk Anak & Ibu Hamil]

6. Membantu Berhenti Merokok

Jika ada yang sedang bertarung untuk berhenti dari tabiat merokok dan mahukan alternatif yang lebih murah dan semula jadi untuk mengganti tampalan nikotin (nicotine patch), petai mungkin dapat membantu.

Petai mengandungi Vitamin B6 dan B12, bersama dengan potassium dan magnesium yang ada di dalamnya, dapat membantu tubuh untuk melawan ketagihan nikotin.

bahaya merokok

Foto Kredit: videoblocks.com

7. Awet Muda

Menurut maklumat dari The Asian Parent, Penolong Pegawai Pertanian Kanan Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), En. Tajuddin Abd. Manap berkata bahawa kandungan klorofil dalam biji-biji petai berfungsi sebagai agen antioksidan yang baik untuk kulit, memastikan kesegaran tubuh dan memperbaiki sistem penghadaman.

Wah, tak sangka ya hanya dengan makan petai pun dapat bantu kita jadi awet muda!

Petua Awet Muda

6 Petua Awet Muda, Untuk Lelaki & Perempuan

Bau ‘Power’, Khasiat Pun ‘Power’!

Walaupun petai mempunyai bau yang kuat akan tetapi khasiatnya begitu baik untuk tubuh.

Jadi, memang rugilah siapa tak makan petai kan?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×