Sihat

Resepi Air Rebusan Kurma Cina, Halia & Halba – Rasa Lebih Bertenaga, Boleh Buang Angin

115
SHARES

Pernah tak minum atau makan kurma cina?

Kurma cina ni biasanya dijual di kedai herba Cina.

Ada banyak khasiat kurma cina yang menjadikannya sering diamalkan untuk kesihatan.

Khasiat Kurma Cina Untuk Tubuh

Berikut merupakan antara khasiat kurma cina menurut kajian:

  1. Meningkatkan imuniti tubuh
  2. Melawan pertumbuhan sel kanser
  3. Melancarkan dan memelihara saluran pencernaan
  4. Meningkatkan kualitas tidur dan mencegah insomnia
  5. Memelihara fungsi otak
  6. Mencegah penyakit jantung dan pembuluh darah
  7. Mencegah penyakit berkaitan hati
  8. Meningkatkan kesihatan kulit

khasiat resepi kurma cina

Resepi Rebusan Kurma Cina Untuk Kesihatan Badan

Kurma cina boleh dijadikan rebusan seperti yang dikongsikan oleh saudara Fairuz Azmi ini.

Ianya bagus untuk buang angin dalam badan and buat badan jadi lebih bertenaga, tak mudah letih dan lesu.

Bagi yang nak cuba, boleh follow resepi kurma cina seperti di bawah ini.

Bahan-bahan

  • Kurma cina (red dates) – 4 gelas
  • Halba – 1 sudu besar
  • Halia – 2 inci diketuk
  • Gula batu – ikut suka nak manis banyak mana

Cara buat

  1. Masak semua bahan sampai mendidih.
  2. Tuang dalam cawan, minum panas-panas.

Cara minum

Rebusan ni boleh guna untuk 3-4 kali minum.

Contoh :

Malam ni saya rebus dalam periuk, tuang dalam cawan untuk minum.

Kemudian tutup periuk tu elok-elok. Esok malam saya akan panaskan saja.

Ulang sampai 3-4 hari. Lepas tu baru tukar bahan yang baru.

Selamat mencuba.

Baca juga: Penting Tahu Peraturan 30/30, Ia Tanda Kita Begitu Hampir Dengan Panahan Petir!

Sumber perkongsian asal: Fairuz Azmi via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×