Rokok elektronik mengandungi propylene glycol, vegetable glycerin, logam berat dan partikel ultra halus. Semua bahan ini berbahaya untuk kesihatan. Ramai yang silap faham, rokok elektronik lebih selamat dari rokok. Hakikatnya tidak!
Lebih menyedihkan bila melihat si bapa menghisap rokok elektronik di hadapan anak kecil dan menyebabkan si anak batuk seperti yang dikongsi oleh Dr Ahmad Samhan di bawah.
Baca juga: Ini 3 Mitos Tentang Bayi Mak Ayah Selalu Percaya, Salah Rupanya!
5 KESAN SISA ASAP ROKOK KEPADA BAYI, TAK SELAMAT & BAHAYA
Jelasnya bayi tersebut berusia 10 bulan dan ayahnya dulu merokok sekarang hisap vape. Tapi dia tak hisap depan anak. Biasa dia hisap luar rumah.
Perokok pertama adalah mereka yang aktif merokok dan menghidu asap rokoknya sendiri. Perokok kedua atau pasif pula adalah mereka yang menghidu asap rokok yang dibebaskan oleh perokok pertama.
Perokok ketiga adalah mereka yang terdedah pada saki baki bahan rokok yang tersisa selepas ditinggalkan oleh perokok pertama dan kedua. Jangan anggap bayi atau anak selamat apabila merokok di luar rumah.
Ini kerana, apabila seorang perokok itu merokok, kesan-kesan sisa asap rokok masih terlekat di kulit, baju, bangku, sofa, lantai, langsir, dalam kereta, dan melekat walaupun selepas berjam-jam ditinggalkan oleh perokok.
1. Potensi mati mengejut
The Health Consequence of Tobacco Use melaporkan kebarangkalian untuk bayi kecil mendapat sindrom kematian mengejut (SIDS) adalah tinggi bagi bayi yang terdedah kepada asap rokok mahupun bayi yang dalam kandungan.
Selain itu, bayi dalam kandungan juga berisiko lahir kurang berat badan dan komplikasi lain yang membawa kepada ancaman kesihatan secara kekal.
2. Masalah salur pernafasan
Pakar Perubatan Respiratori Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Norzila Mohamed Zainudin berkata, kalau orang dewasa bernafas dalam 15 / 16 kadar pernafasan seminit, kanak-kanak pula kadar pernafasan mereka adalah lebih tinggi, dlm 40 hingga 50.
Itu bermakna bahawa dgn kadar pernafasan yang lebih laju,mereka akan menyedut lebih banyak sisa asap basi daripada orang dewasa.
3. Serangan lelah
Bayi yang tinggal dengan ibu atau bapa yang merokok lebih berkemungkinan menghidap lelah (asthma) jika dibandingkan dengan bayi yang tinggal dalam rumah yang tidak mengandungi asap rokok. Yang menyedihkan, terdapat kajian mendapati bahawa kandungan nikotin dalam rokok boleh menyebabkan ubat lelah tidak dapat memberi kesan 100%.
4. Merencatkan perkembangan otak
Menurut data oleh American For Non-Smokers’ Right, kesan sisa asap basi ini boleh merencatkan keupayaan anak kecil untuk belajar.
Selain itu, kajian Journal of Developmental & Behavioral Pediatrics turut mengaitkan asap rokok sebagai salah satu punca anak yang hiperaktif, ganas, tertekan dan mengalami masalah ADHD (attention deficit hyperactivity disorder), terutamanya di kalangan anak lelaki.
5. Jangkitan paru-paru
Anak boleh terdedah kepada masalah keradangan paru-paru (bronkitis). Lebih kronik lagi, ia boleh bertukar kepada penyakit lebih serius seperti pneumonia di mana mula mengalami demam, batuk, meragam, tidak mahu minum susu dan tidak aktif.
Sisa asap rokok adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Ini bermakna asap rokok itu lebih bahaya kepada kita berbanding perokok itu sendiri, apatah lagi kepada bayi!
Sumber: Twitter Dr Ahmad Samhan