Famili

Peguam Beri AMARAN, Aktiviti ‘Stalk Ex’ Boleh Jadi Kes Jenayah…Kalau Kantoi Memang Malu!

18
SHARES
kesalahan jenayah

Selain suka melakukan kesalahan jenayah secara alam maya seperti menjadi ‘makcik bawang’ dan ‘keyboard warrior’, ada satu lagi aktiviti yang gemar dilakukan iaitu menghendap. ‘Stalking’ atau menghendap secara maya secara berulang ini bukan sahaja rutin yang tidak sihat, malah sudah dikategorikan sebagai JENAYAH!

Mungkin ramai terkejut dan masih belum sembuh segala ‘luka’ yang dialami terutama bersama bekas pasangan ketika melakukan kegiatan ‘stalking’ namun, inilah realitinya yang anda perlu ubah serta merta.

Baca juga: Permohonan Cerai Bawah Seksyen 47, Rupanya Ada ‘Syarat’ Dalam Proses Ini Yang Pasangan Tak Boleh Buat!

‘STALKING’ BOLEH JADI KESALAHAN JENAYAH, AWAS!

kesalahan jenayah

Menurut seorang peguambela dan peguamcara dikenali sebagai Lawyer Gandhi di TikTok, beliau berkongsi beberapa informasi mengenai sikap individu jenis suka ‘stalking’. Ini merupakan antara kegiatan yang menjadi kegemaran ramai terutama sekali apabila sudah berpisah dengan pasangan kekasih atau suami isteri!

Menurut peguam ini tindakan ‘stalking’ atau menghendap secara fizikal atau alam maya telah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 507A Kanun Keseksaan. Mengapa ia jadi satu kesalahan jenayah?

“Stalking ini perbuatan yang berulang kali serta berniat untuk menyebabkan kerisauan, ketakutan dan kecemasan terhadap orang lain.”– Lawyer Gandhi.

BOLEH DIPENJARA!

kesalahan jenayah

‘Stalking’ secara fizikal.

Menurutnya lagi, mereka yang didapati bersalah akan dikenakan hukuman penjara sehingga 3 tahun dan atau denda. Perbuatan ‘stalk’ ini bukan sahaja merangkumi perbuatan fizikal tetapi juga secara online. Jangan ingat anda akan terlepas kalau menggunakan akaun ‘fake’ kerana boleh dikenakan tidakan sekiranya identiti anda dikesan!

Isu ini juga telah dibangkitkan pada tahun 2022 oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Mas Ermieyati Samsudin dengan mengatakan walaupun perbuatan menghendap secara maya tidak melibatkan sentuhan atau mendatangkan kecederaan, tetapi ia boleh mengganggu mental dan emosi mangsa.

*Jadi, tak perlulah kita nak stalk bekas pasangan atau pasangan baharu mereka hari-hari. Kita move on ya?

@lawyergandhi “Stalking” orang merupakan satu kesalahan jenayah? Seksyen 507A Kanun Keseksaan #tiktokguru #lawyergandhi #stalkingmyex ♬ rayuan perempuan gila speed up – lovvyy

Baca juga: 39 Kerjaya WORK FROM HOME Lelaki Boleh Buat, Tak Keluar Rumah Pun Boleh Tolong Isteri!

Sumber: Tiktok @LawyerGandhi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×