Famili

Suspek Ke-6 Kes Pukul Pakcik OKU Ditahan, JKM Sahkan Mangsa Pemegang Kad OKU Sejak 2023

9
SHARES
pukul oku

Selepas berlakunya ‘peperangan’ mulut dalam kalangan netizen yang mengutuk kekerasan dilakukan terhadap pakcik OKU, polis menahan seorang lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian pukul OKU tersebut.

Ini merupakan suspek keenam bagi insiden menyayat hati berlaku di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, Kemaman, Terengganu.

Baca juga: Suspek Kelima Pukul OKU Ditahan Polis, ‘Plot Twist’ Katanya Pakcik OKU Hampir Langgar Budak Sebelum Dipukul?

KES PUKUL OKU: SUSPEK KEENAM DITAHAN, JKM BUKTI KAD OKU

pukul oku

Foto: NSTP

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman DSP Wan Muhamad Ja’afar berkata lelaki yang berusia 35 tahun itu ditahan pada 1.50 tengah hari semalam selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman.

Polis juga telah memperoleh perintah reman terhadap suspek sehingga Khamis ini (23 Jan),” katanya.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh, dengan semua suspek yang ditahan berusia antara 18 hingga 60 tahun.

Sementara itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)di Putrajaya menerusi kenyataan mengesahkan bahawa mangsa yang dipukul merupakan pemegang kad OKU kategori mental sejak 19 Mac 2023. JKM juga memaklumkan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Kemaman telah memberi bantuan Intervensi Krisis dan Sokongan Psikologi (KSP) kepada keluarga mangsa bagi membantu menstabilkan emosi mereka susulan kejadian itu.

“JKM kesal dengan kejadian itu yang sangat tidak berperikemanusiaan dan di luar batas tatasusila kehidupan bermasyarakat yang diamalkan di negara ini,” menurut kenyataan itu.

Menyingkap semula kes, pada 17 Januari lepas, rakaman video berdurasi 1 minit 52 saat yang memaparkan seorang lelaki dipukul dan diheret oleh beberapa individu di pasar tani itu tular di media sosial. Kejadian itu dipercayai berlaku selepas lelaki berusia 47 tahun yang menunggang motosikal, terlanggar sebuah gerai mi goreng sehingga menyebabkan makanan untuk jualan tumpah dan tidak boleh digunakan lagi.

pukul oku

Foto: Kad OKU mangsa.

*Harap tindakan ini bagi kesedaran buat semua orang untuk tidak sewenang-wenangnya memperlakukan manusia yang lemah tanpa hati perut.

Baca juga: Kronologi Insiden Menyayat Hati Pakcik OKU Dipukul & Diheret Di Pasar Tani, Tergamaknya Manusia..

Sumber: Buletin TV3, Syafiq Fadeli (Foto)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×