Berita mengenai tindakan kes PU Azman sudah pastinya mengejutkan rakyat Malaysia. Terbaharu, Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak satu daripada representasi yang dikemukakan Azman Syah Alias berkaitan pertuduhan melakukan amang seksual fizikal.
Baca juga: Anak Fatin Afeefa Dapat Semua A Dalam Peperiksaan, Markah 90% Ke Atas. Memang Hebat!
KES PU AZMAN: DAH HAFAL SATU JUZUK AL-QURAN DI PENJARA
Timbalan Pendakwa Raya, Rasyidah Murni Adzmi berkata, representasi membabitkan mangsa lelaki berusia 17 tahun ditolak AGC dan akan diteruskan untuk perbicaraan dengan pertuduhan asal.
Selain itu, peguam, Mohamad Zahid memaklumkan bahawa anak guamnya itu berada dalam keadaan sihat di Penjara Kajang. Dia turut menyampaikan pesanan PU Azman yang meminta doa daripada orang ramai.
“PU Azman pesan supaya doakan dia. Alhamdulillah dia okay di Penjara Kajang dan hikmah di sebaliknya dia maklumkan sudah hafal satu juzuk di sana,” katanya.
Azman dituduh di Mahkamah Sesyen Seremban pada 12 Oktober 2022 atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai 2022.
Dia didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas remaja berusia 16 dan 17 tahun itu dengan cara melakukan perbuatan kelucahan melampau.
Kesalahan tersebut dilakukan di tandas dan ruang tamu sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai, Negeri Sembilan pada 6 Julai 2022.
Pada 27 September lalu, Azman dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Klang selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun, dua tahun lalu.
Mahkamah kemudian menetapkan 17 Disember ini untuk sebutan bagi status kes tertuduh di Penjara Kajang.
Baca juga: Hukum Buat Rawatan Ketatkan Miss V Demi Kepuasan Pasangan, Rupanya….
Sumber: BH Online
Kredit imej: BH Online