Rakyat

Kes MPV Hilang, Ini Cara Untuk Anda Kongsi Keberadaan Guna Live Location Di Whatsapp

123
SHARES

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan penemuan sebuah kenderaan MPV yang ditemui tenggelam setelah lebih 9 bulan tidak dijumpai. Penemuan tersebut menyedarkan orang ramai bahawa penting untuk sentiasa ‘update’ keberadaan diri sendiri terutama sekali apabila memandu sendirian. Begini cara untuk anda kongsi keberadaan guna live location di Whatsapp.

Baca juga: 7 Jenis Ubat Batuk Di Farmasi Ikut Jenis Batuk Yang Kita Alami, Baru Cepat Sembuh!

CARA KONGSI KEBERADAAN GUNA LIVE LOCATION DI WHATSAPP

Hari ini kita mendapat berita sedih tentang penemuan sebuah kenderaan jenis MPV yang tenggelam bersama pemandunya di dalam sebuah sungai berhampiran Kuantan, Pahang.

Pemandu di dalam kenderaan itu telah disahkan identitinya sebagai pemuda yang dilaporkan hilang sejak 10 bulan yang lalu. Pemuda berkenaan terakhir dikesan bertolak dari Johor ke Terengganu.

Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga pemandu berkenaan. Kes kehilangan individu akibat kemalangan melibatkan kemalangan umpama ini berlaku kerana ketiadaan saksi dan melibatkan kawasan yang terlindung (sungai, gaung, dsb).
Bagi mengurangkan risiko insiden seperti ini berlaku, kita boleh lalukan perkara ini, terutamanya bila memandu seorang diri untuk perjalanan jauh di waktu malam dan di kawasan yang sunyi.

Kemasikini keberadaan kita secara langsung menggunakan aplikasi WhatsApp. Caranya:

1. Buka WhatsApp dan pilih individu yang hendak dimaklumkan. Boleh pilih individu mahupun group.

2. Di tetingkap individu/group berkenaan. Tekan butang kongsi (ikon klip kertas). Rujuk gambar ke-3.

3. Di tetingkap pilihan jenis kepilan(attachment), tekan butang lokasi (ikon pin lokasi). Rujuk gambar ke-4.

4. Di tetingkap lokasi, tekan butang kongsi lokasi live(ikon pin bergerak). Rujuk gambar ke-5.

5. Di tetingkap lokasi live, tekan tempoh yang sesuai dengan masa perjalanan. Rujuk gambar ke-6.

6. Lokasi akan dikemaskini secara live. Kemaskini boleh dihentikan setelah tiba di destinasi.

Andai kata individu atau grup mendapati lokasi pemandu yang dalam perjalanan tidak berubah dalam tempoh yang diragui, segera hubungi pemandu untuk kepastian.

Andai pemandu tidak dapat dihubungi atau kemaskini terhenti tanpa sebarang makluman dari pemandu untuk masa yang lama, maka pertimbangkan untuk hubungi pihak berkuasa. Semoga dipermudahkan perjalanan, dan dilindungi dari musibah.

Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×