Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita mayat seorang kanak-kanak yang sudah mereput ditemui di Sungai Kampung Desa Makmur berdekatan Jalan Anggerin Putih Majidee, Johor Bharu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Shamsul Khomari Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 10.43 pagi daripada polis meminta bantuan mengangkat mayat kanak-kanak yang dianggarkan berusia tiga tahun.
Baca juga: [VIDEO] Viral Pengasuh Baling Bungkusan Barang Pada Bayi, Polis Buat Siasatan
MAYAT KANAK-KANAK REPUT, ADA ORGAN YANG HILANG

Kredit: Harian Metro
Memetik laporan Harian Metro, tiada sebarang unsur jenayah pada mayat seorang kanak-kanak yang ditemukan berbau busuk dan mereput di Sungai Kampung Desa Makmur tersebut.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, keadaan mayat kanak-kanak yang dianggarkan berusia tiga tahun itu ditemukan dalam keadaan tidak sempurna.
“Mayat yang kita jumpa ini ada organ yang hilang, kaki pun sudah tiada. Jadi kita masih tunggu laporan lengkap bedah siasat.
Menurutnya lagi, setakat ini pihak polis tidak dapat kesan jantina, bangsa dan sebagainya. Setakat ini juga tiada elemen jenayah ditemukan.
Pihaknya percayai mayat itu sudah dimakan haiwan seperti biawak dan ikan. Malah belakang tengkorak sudah pecah, rambut dan otak juga telah tiada.
Sumber: Harian Metro