40 Minggu

Kes Bayi Beku: Bapa Hadir Bersama Peguam Terkenal, Dedah Isteri Murung Sebab Pihak Hospital Kutuk

2
SHARES
mayat bayi beku

Terbaharu, bapa kepada kes mayat bayi beku yang jasadnya disimpan selama 16 hari di sebuah hospital swasta dikenali sebagai Hospital Bersalin Razif telah membuat laporan polis terhadap pusat perubatan terbabit, malam tadi.

Perkara itu dikongsikan oleh pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ), Mr Wan Official di laman Facebook, yang memaklumkan bapa Adham Mikail iaitu Safwan Roshdy, 22 tahun, bersama-sama peguam terkenal Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar hadir ke balai polis Kota Damansara pagi tadi.

Baca juga: Hospital Bersalin Razif Keluarkan Kenyataan Nafi, Pihak Pengurusan Jenazah Bayi ‘Balas’ Dengan Dedah Kisah Sebenar!

KES MAYAT BAYI BEKU: BAPA HADIR DI MAHKAMAH BERSAMA PEGUAM

mayat bayi beku

Dalam perkongsian di Facebook milik Wan Chai Official itu, dapat dilihat Safwan memegang dua helaian laporan bergambar di hadapan balai polis tersebut bersama peguamnya dan dua individu lelaki. Difahamkan, laporan polis ini dibuat terlebih dahulu sebelum tindakan undang-undang diambil ke atas hospital berkenaan berhubung kenyataan yang dikeluarkan beberapa hari lepas.

Menurut peguam Datuk Ahmad Zaharil, tindakan saman sivil dan jenayah mungkin boleh diambil terhadap pihak hospital kerana kesalahan menyimpan jenazah bayi selama 16 hari disebabkan bapa tidak menjelaskan bil rawatan. Namun, pihaknya perlu mendapatkan siasatan lanjut oleh pihak polis dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung perkara itu.

Malah lebih menyedihkan adalah, kenyataan dari bapa ini mengatakan isterinya juga mengalami masalah kemurungan dan susah tidur selepas bersalin kerana kata-kata kesat yang dikeluarkan oleh pekerja hospital.

“Pihak hospital kutuk dia sebab dia lahirkan anak tak cukup sempurna. Apa salah aku? Apa dosa aku? Memang anak dilahirkan begitu tapi kenapa kena buat sampai macam tu sekali?”- Safwan.

“JANGAN BUAT ANDAIAN JUMUD..”

mayat bayi beku

Peringatan juga kepada seluruh pengguna media sosial yang sudah memfitnah bapa kepada bayi ini kerana pihak peguam sudah mengenal pasti beberapa pemilik akaun media sosial yang melemparkan fitnah terhadap anak guamnya termasuk dakwaan tidak berkahwin.

Ahmad Zaharil turut berkata sekiranya netizen yang terlibat gagal untuk bertindak menarik balik komen, mereka akan berhadapan dengan tindakan saman. Beliau menjelaskan, semakan status sijil perkahwinan anak guamnya itu dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (Jaips) mendapati sijil itu sah.

“Jangan buat andaian jumud. Kami sudah kenal pasti (netizen) sama ada yang buat siaran langsung TikTok dan sebagainya,” katanya dalam siaran langsung TikTok.

Safwan turut mengakui kecewa apabila terdapat pihak yang melemparkan pelbagai tuduhan termasuk tidak berkahwin, selain turut mencaci dan mengutuknya. Pekerja kilang itu berkata, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang dan menyerahkan kepada peguamnya untuk tindakan lanjut.

*Semoga pihak yang benar diberikan jalan penyelesaian dengan cepat.

*TERKINI: Buletin TV3 melaporkan bahawa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak menerima sebarang aduan berhubung dakwaan jenazah seorang bayi lelaki ‘ditahan’ selama dua minggu oleh sebuah hospital swasta di Klang. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, Lembaga Zakat Selangor (LZS) kini sedang mengesan ibu bapa bayi tersebut bagi memberikan bantuan yang diperlukan.

“Kejadian ini hanya diketahui melalui laporan media. Tiada pihak datang ke LZS untuk melaporkan kesulitan yang dihadapi. Kami juga masih tidak mengetahui identiti ibu bapa atau nama arwah bayi berkenaan,” katanya.

Baca juga: Jenazah Bayi Dibekukan 2 Minggu Sebab Ayah Tak Mampu Bayar Bil Hospital, Netizen Soal Mana Perikemanusiaan?

Sumber: Harian Metro, Wan Chai Official

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×