Kuala Lumpur- H20+ Beauty, jenama produk kecantikan yang sudah bertapak selama 26 tahun memperkenalkan rangkaian produk baru yang pastinya menjadikan wanita lebih cantik dengan auranya yang tersendiri.
Luxor Beauty World Sdn Bhd, pengedar utama produk H20+ di Malaysia melantik 11street sebagai rakan penjual online secara rasmi. Melalui kerjasama ini, H20+ menyasarkan kepada pengguna yang memilih untuk membeli-belah secara online dan pemilihan 11street adalah sangat tepat memandangkan ia adalah antara penjual online yang menjadi pilihan rakyat Malaysia.
Kerjasama H20+ Dan 11street Memudahkan Pelanggan
Menurut Bruce Lim, Timbalan Presiden Merchandising 11street, melalui kajian online yang dilakukan, majoriti rakyat Malaysia memilih untuk membeli-belah secara online kerana satu sebab iaitu kemudahan atau convenience.
“Membeli-belah secara online adalah trend yang menjadi pilihan oleh pengguna global buat masa kini berikutan perkembangan dunia teknologi selaras dengan cita rasa masyarakat buat masa kini. Jadi untuk memastikan H20+ dapat bersaing dalam pasaran tempatan, maka kami bekerjasama dengan 11street kerana ia adalah platform yang mesra pelanggan dan memudahkan orang ramai membeli produk secara online,”-Wong Meng Choy, Ketua Pegawai Eksekutif, Luxor Beauty World Sdn Bhd.
Kami di 11street memandang kajian ini sebagai trend yang meningkatkan lagi e-dagang di Malaysia dengan lebih banyak produk dapat dipasarkan. Kerjasama dengan H20+ memang dialu-alukan oleh pihak 11street.
Keunikan Produk H20+ Berasaskan Air
H20+ memperkenalkan rangkaian produk kecantikan yang dihasilkan mengguna bahan yang sesuai untuk kulit melalui penggunaan teknologi yang moden serta terkini. Semuanya dihasilkan mengguna gabungan air asli menjadikan produk berasaskan air tanpa parabens, mineral oils atau phthalates.
Berikut adalah rangkaian produk H20+:
- Oasis – koleksi legasi produk hidrasi yang mengubah kulit suram kepada supple dan melembutkan kulit menjadikannya berseri
- Infinity+(sebelumnya Sea Results) – produk anti penuaan yang menghentikan ‘ripple effect’, iaitu kesan penuaan dengan cepat dan berkesan
- Waterbright (sebelumnya Waterwhite) – produk hydra-powered yang memberi kesan keputihan mengandungi vitamin C yang menghilangkan bintik-bintik hitam dimuka, meratakan warna kulit dan menyerikan seluruh wajah
- Elements – membersih semua jenis kulit, memberi hasil yang menakjubkan dengan memberi kesan khas pada rona wajah. Berasaskan air, ia adalah formula baru yang menambah kecantikan pada semua jenis produk penjagaan kulit
- Body Care – garam laut, eucalyptus, aloe vera, susu dan penjagaan khusus memaksimumkan kekuasaan H20 dalam membersihkan, melembap dan melembutkan kulit dari wajah hingga ke kaki
Rekaan Pakej Baru
Bukan sahaja mengguna teknologi yang moden dan terkini untuk menghasilkan produk H20+ yang bermutu tinggi dalam memberi kecantikan pada wanita di luar sana, pembungkusannya juga diperbaharui dengan rekaan lebih moden sesuai dengan penampilannya sebagai produk berasaskan air. Ia direka oleh artis grafik, Ayaka Ito yang sering memperkenalkan rekaan yang menakjubkan.
Kini, dengan adanya produk H20+, wanita boleh memilih untuk memiliki kulit yang lebih cantik, berkongsi tips kecantikan dan berkongsi video di Facebook : https://www.facebook.com/H20PLUSBEAUTY MALAYSIA untuk pengalaman NOW*WOW.