Famili

Kerajaan Komited Dalam Utamakan Budaya Kerja Berprestasi Tinggi- Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia Mula Esok

91
SHARES

Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) yang bakal berlangsung esok hingga 12 Disember ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam mengutamakan budaya kerja berprestasi tinggi.

Program selama empat hari itu menyasarkan seramai 20,000 pengunjung fizikal dan 100,000 pengunjung secara dalam talian!

Jom tengok apa yang menarik mengenai program ini!

AKM juga menilai prestasi 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia bagi setiap Ahli Jemaah Menteri

Pencapaian 100 Hari AKM itu, akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Majlis Perasmian 100 Hari AKM di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini menurut Pengarah Eksekutif Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU), Jabatan Perdana Menteri, Wan Azilawati Wan Mahmood.

Sebanyak 31 kementerian sudah menetapkan sasaran AKM masing-masing berdasarkan kepada enam teras. Antaranya:

  • Menstruktur semula ekonomi
  • Menjamin keselamatan
  • Ketenteraman negara
  • Meningkatkan kesejahteraan sosial

Terdapat juga teras lain yang merangkumi mempertingkatkan infrastruktur menyeluruh, memperkukuhkan penyatuan dalam acuan Keluarga Malaysia dan memperkasakan penyampaian perkhidmatan

Antara aktiviti yang sediakan dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat

Terdapat pelbagai aktiviti untuk golongan belia turut disediakan seperti I’m Youth, Pertandingan E-Sukan dan Sukan Rakyat. Selain itu, pengujung juga boleh memanfaatkan masa mereka dengan aktiviti dibawah:

  • Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia
  • Jom Masuk Institusi Pendidikan Tinggi (IPT)
  • Diskaun Saman Polis Diraja Malaysia (PDRM)
  • Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Program ini juga akan menganjurkan aktiviti Padanan Perniagaan atau ‘Business Matching’, Pameran dan Jualan Usahawan serta Perkhidmatan Langsung Agensi Kerajaan.

Cabutan bertuah dan aktiviti kerohanian pun ada!

Memang banyak akviti yang ada. Selain cabutan bertuah, ada juga program kerohanian seperti Zikir Berkah Keluarga Malaysia, Quran Hour dan Malam Aspirasi Seni.

Tak cukup dengan itu, majlis diserikan lagi dengan persembahan kebudayaan! Wahh dah lama tak tengok persembahan kebudayaan kan?

Anda boleh menikmati semuanya di program ni. Ada persembahan Citra Malaysia, peragaan busana tradisi, bual bicara ikon usahawan dan persembahan teater. Terdapat juga pertunjukan keroncong, demonstrasi manik, persembahan ‘busking’, dikir barat.

Pengunjung boleh menyaksikan pameran Tesla!

Sepanjang empat hari program itu juga, pengunjung berpeluang menyaksikan pameran Tesla oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) di hadapan pentas mini.

Seminar Konservasi Harimau Malaya serta pameran ekosistem pekerjaan dan pameran kerja Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga ada disediakan. Memang habis-habisan lah kali ni.

Tak sabar nak pergi dan rasainya semua ini selepas lama kita berPKP.

Inilah masanya untuk kita bawa anak-anak yang tak pernah merasa pertunjukkan kebudayaan dan sebagainya untuk lihat sendiri kecantikan Malaysia!

Jumpa disana nanti guys!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×