Asuh

Keperluan Anak Anda Berubah Pada Umur 1-2 Tahun, Anda Juga Perlu Berubah Sama

2
SHARES

Sebagai seorang ibu, pastinya anda dapat merasakan perkembangan anak anda yang begitu pesat sekali. Terutama sekali apabila anak anda sedang berada di dalam lingkungan usia 1-2 tahun, terlalu banyak benda berlaku dengan terlalu pantas – menyebabkan anda berasa seperti memerlukan bantuan daripada pakar. Dutch Lady Nutri Plan™ membantu anda memahami tahap-tahap perkembangan anak anda serta nutrient yang menyokong keperluan nutrisi Si Manja pada tahap in; dan bagaimana para ibu dapat menyesuaikan diri dalam membimbing anak dengan lebih baik.

Tahukah anda, perkembangan tahap kebijaksanaan Si Manja anda bermula seawal beliau berumur setahun lagi? Setiap tahap adalah berbeza, dan pada tahap pertama ini mereka memerlukan perkembangan otot dan tulang, kemahiran motor untuk setiap aktiviti badan serta perkembangan neuron otak yang baik. Dan nutrisi yang baik, sudah semestinya dapat membantu di dalam perkembangan ini – disertai dengan kasih sayang dan dorongan daripada ibubapa serta persekitaran yang kondusif.

Secara keseluruhannya, terdapat empat tahap berbeza mengikut peringkat perkembangan bagi menyokong kemajian anak anda seperti yang terdapat di dalam rangkaian Dutch Lady 4 Tahap Nutri Plan™, sesuai dengan perkembangan Si Manja anda dari umur 1 hingga 6+ tahun dan ke atas.

Print

 

Pada umur 1 tahun dan ke atas, Si Manja berkembang dengan sangat cepat daripada segi fizikal, sifat ingin tahu, kemahiran berfikir, membuat pertimbangan dan ingin belajar. Selain daripada menjadi pakar nutrisi dengan menentukan apa yang terbaik untuk anak anda, ibu juga perlu menjadi seorang guru atau penglipur lara bagi membantu anak anda mengenal dunia di sekelilingnya.

Tahap Kebijaksanaan Curious (1 hingga 2 Tahun)

Pada tahap umur 1 sehingga 2 tahun, anak anda sudah mula berdiri dan mula mencapai ke tempat yang lebih tinggi seiring dengan pertambahan ketinggiannya. Ini juga membolehkan Si Manja melihat lebih jauh dan sifat ingin tahu semakin menebal di dalam jiwa mereka.

Di sinilah pentingnya fungsi penglihatan bagi seseorang kanak-kanak untuk perkembangan mentalnya. Tahukah anda bahawa warna, kedudukan, saiz, dan pergerakan bukan dilihat melalui mata, tetapi otak? Lensa mata menerima cahaya dan ianya sampai terus kepada retina. Kemudiannya, neuron pada retina akan menghasilkan isyarat elektrik yang melalui saliran otak dan thalamus di dalam otak. Dan melalui isyarat elektrik tersebutlah, ia akan ditafsirkan dan membolehkan kita mendapat visual sebenar.

curious_advertorial

Memperkenalkan Dutch Lady Nutri Plan™ CURIOUS yang mempunyai nutrisi yang sesuai bagi menyokong fungsi penglihatan dan otak anak anda. Ia dirumuskan dengan Taurina, sejenis antioksidan yang membantu melindungi mata dan otak; Vitamin A bagi membantu fungsi penglihatan dan Inositol yang membantu membentuk kanta mata yang jelas. Di samping itu, juga terdapat DHA yang sangat penting untuk perkembangan otak Si Manja. Terakhir sekali, Vitamin D dapat membantu menguatkan tulang bagi membantu mereka bergerak dengan menggalakkan penyerapan kalsium.

Ibu-Ibu, Jangan Lupa Peranan Anda Sebagai Penglipur Lara

Dengan sifat ingin tahu yang menebal pada umur 1-2 tahun inilah, anda perlu memainkan peranan sebagai seorang penglipur lara. Banyakkan menunjuk objek dan bercerita kepadanya di sebalik objek itu – warna, bentuk, sifat, kegunaan dan sebagainya. Ini dapat merangsang penglihatannya dan membolehkan sel-sel di dalam otak berhubung.

Perkembangan kanak-kanak berbeza dari seorang ke seorang yang lain. Namun anda sebagai ibubapa, harus memastikan nutrisi yang anda berikan adalah yang terbaik mengikut tahap pencapaian Si Manja. Dengan memainkan peranan sebagai seorang guru atau penglipur lara juga, ia membolehkan anak anda berkembang dengan lebih baik lagi.

visual

Untuk maklumat lanjut tentang cara bagaimana Dutch Lady 4-tahap Nutri Plan with 5X DHA* dapat menyokong tahap perkembangan kanak-kanak, sila layari www.smartmoments.com.my.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×