Hubungan suami isteri adakalanya hambar dan muncul pelbagai masalah apabila usia perkahwinan mencecah 10 tahun. Kadang-kadang tak sampai 5 tahun usia perkahwinan pun suami sudah mula buat hal. Kenapa boleh jadi sebegitu rupa?
Kenapa suami curang?
Berikut merupakan 5 sebab dan selalu dijadikan “alasan” suami, kenapa dia berlaku curang:
1. Zuriat
Isteri tidak dapat atau tidak mampu memberikan zuriat. Zuriat merupakan antara perkara penting dalam sesuatu rumahtangga. Ya ini memang benar tapi kita tidak boleh menyalahkan isteri kerana ini semua ketentuan dan kehendak-Nya.
Siapalah kita untuk mencabar kekuasaan-Nya, betul tak? Ini semua dugaan yang Allah berikan untuk menguji kita tentang ikatan perkahwinan. Tetapi alasan ini seringkali digunakan oleh si suami untuk mencari yang lain.
2. Tabiat
Memang tertekan kalau suami tabiatnya memang suka berfoya-foya. Manusia boleh berubah tetapi itu semua atas kehendak sendiri. Kalau suami memang nak berubah, sebelum kahwin pun dia dah fikir nak berubahkan?
3. Pergaulan
Ini memang banyak terjadi, kadang-kadang sisuami tiada niat pun nak curang tetapi disebabkan bergaul dengan kawan-kawan yang suka mencabar maka terjadilah perkara yang tidak diingini. Bila kawan-kawan mula mencabar ego sisuami, mulalah dia nak “test market” juga.
4. Nafsu Seks
Menjaga hubungan seks memang amat penting kerana faktor ini sangat penting buat si suami. Tapi kita hanya manusia biasa, kadang-kadang isteri sibuk menguruskan rumahtangga sehingga terlupa untuk menjaga penampilan diri dan lain-lain.
Perkara ini juga sering dijadikan alasan bagi si suami untuk mencari yang lain.
5. Tidak Tahan Digoda
Tidak dinafikan wanita diluar sana pun apa kurangnya suka menggoda. Walaupun tahu lelaki tersebut telah berkahwin tetapi bagi mereka sangat seronok dan sukakan cabaran untuk memikat lelaki yang sudah bergelar suami.Kebanyakkan lelaki memang tidak tahan godaan.Niat dihati nak setia tetapi baru kena cuit sikit dah jatuh terguling dalam dakapan wanita lain.
Inilah adalah antara lima alasan si suami untuk berlaku curang, kadang-kadang wanita di luar sana tidak cantik mana pun tetapi kenapa suami beralih arah?
Akhir kata
Sebenarnya yang paling penting adalah dengan menjaga kepercayaan pasangan kita. Cuba tonton video Ustaz Azhar Idrus di YouTube tentang doa pengikat kasih sayang.

Foto Kredit: yourtango.com
Kebanyakan antara kita berkahwin atas dasar cinta, jadi pupuk dan semailah cinta tersebut sehingga ke akhir hayat. Insyallah Allah S.W.T akan berkati perkahwinan tersebut.