Asuh

Kenapa Pakaikan Bayi Dengan Baju Berlapis-Lapis Ketika Panas? Inilah Mitos Yang Anda Perlu Tahu

264
SHARES

Pernah dengar tak petua orang-orang tua mengenai cara pemakaian bayi? Ada yang suruh kita pakaikan anak dengan pakaian yang lengkap, kadang-kadang sampai berlapis-lapis. Kasihan anak kepanasan, tetapi bila tak ikut pesanan orang tua ni, risau juga. Macam mana ni? Yang mana satu betul?

PERSOALAN MENGENAI PAKAIAN BAYI KETIKA CUACA PANAS…

http://www.huffingtonpost.co.uk/

6 tahun lalu, saya pernah ditanya oleh salah seorang rakan sekerja suami saya yang berbangsa Jepun dengan soalan lebih kurang begini;

“ Mengapa kamu memakaikan anak kamu begini (berbaju panjang lengkap, bersarung tangan dan kaki serta bertopi)?. Adakah alasan tertentu kerana saya melihat ramai orang Malaysia melakukannya”

Saya ingat bagaimana saya teragak-agak untuk menjawab kerana jujurnya..saya pun tak tahu!. Saya cuma mengikut-ikut kebiasaan. Saya melihat bayinya yang lebih kurang usia bayi saya pada ketika itu yang hanya memakai ‘romper’ semata-mata (jenis hingga paras peha segaris dengan tepi lampin).

“ Malaysia panas , bukan? “. Tanyanya lagi bila saya nampak keliru nak menjawab. Tiba-tiba saya terasa seperti ‘orang pelik’. Bungkus anak di tengahari buta!! Oh..Lalu saya mula mencari jawapan.

http://www.goodtoknow.co.uk/

Melalui soalan ‘survey’ saya di page ini pada 24 Julai 2017, peratusan terbesar jawapan ibubapa ‘membungkus’ anak tak kira tempat ialah, ikut cakap orang tua/orang sekeliling dan diikuti oleh takut bayi kembung. Wow, slogan ‘biar mati anak, jangan mati adat’ terus bermain di kepala saya. Berapa jauh ibubapa sanggup pergi dalam menurut kata orang tanpa hujung pangkal walau ianya merisikokan nyawa anak sendiri?. Yang pasti, sikap menurut kata orang membuta tuli ini tidak terhad dalam isu ini sahaja.

BAYI TIDAK BOLEH MELARASKAN SUHU BADAN SENDIRI

Baik, faktanya, bayi kecil tidak boleh melaraskan suhu badannya sendiri. Bayi yang kesejukkan tidak boleh mengigil manakala bayi yang kepanasan tidak boleh menanggalkan bajunya sendiri. Oleh kerana itu, bayi kecil bergantung kepada kesedaran ibubapa dalam hal ini. Semasa didalam kandungan, suhu bayi di selaraskan oleh suhu badan ibu. Ya memang ada sejenis tisu lemak yang dipanggil BAT (brown adipose tissue) dihasilkan dalam rahim sebagai sumber haba. Namun bayi manusia tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada BAT ini kerana penggunaannya memerlukan tenaga yang sangat banyak. Jadi bayi masih perlu bergantung pada suhu badan ibu untuk mengelakkannya stress atau terlalu penat.

IBU PENTING UNTUK MELARASKAN SUHU BAYI

sg.theasianparent.com

Itu kata kuncinya! Bayi perlukan ibu untuk melaraskan suhu badannya. Bayi perlukan ibu dalam hal ini ketika dalam kandungan dan bayi masih perlukan bantuan ibu dalam hal ini sejurus dilahirkan. Beberapa kajian (antaranya Coles, 1979; McCall 2010) menyimpulkan pemakaian topi bukan sahaja tidak efektif untuk menghangatkan bayi,malah, ia boleh menyebabkan bayi kecil terlebih panas (overheated) yang boleh menyumbang kepada salah satu punca kematian mengejut (Sudden Infant Death Syndrome, SIDS). Maka tidak hairan Akademi Pediatrik Amerika menyarankan agar ibubapa dan penjaga mengelakkan diri dari terlebih pakaikan bayi, terlebih bungkus bayi atau menutup kawasan muka dan kepala bayi untuk mengelakkan ‘overheated’ ini.

PERLU ATAU TIDAK BAJU YANG BERLAPIS-LAPIS DAN TOPI?

http://www.thebabycarecompany.co.uk/

Jadi bagaimana kita nak kekalkan bayi hangat jika bukan dengan topi atau baju/lapisan kain berlebihan?. Alam ada jawapannya. Malah unit NICU di seluruh dunia juga telah tahu jawapannya. IBU HANGATKAN BAYI. Inilah mengapa ibubapa digalakkan untuk menikmati sebanyak mungkin momen sentuhan kulit-ke–kulit, dakapan atau mengamalkan rutin menggendong (babywearing). Dakapan serta kelakuan kulit-ke-kulit bukan sahaja menyelaraskan suhu badan bayi , malah ibu juga membantu menyelaraskan corak pernafasan , degupan jantung serta paras gula dalam darah bayi. Kesemua ‘kesan’ magik yang boleh didapatkan melalui sentuhan kulit ke kulit diantara ibu/ayah dan anak ini telah lama diadaptasi dalam rawatan ‘kangaroo care’ (bayi diletakkan didada ibu/ayah sekerap dan selama mungkin) yang berkesan buat bayi pra-matang (juga bayi cukup bulan) untuk segera ‘pulih’ , stabil dan mendapat peningkatan berat yang memberangsangkan.

http://hdwallpapersrocks.com/

Mendakap atau kulit-ke-kulit ini lebih jauh dari sekadar perbuatan fizikal. Bau semulajadi bayi yang paling kuat didapatkan dari kepala , ubun-ubun dan rambutnya adalah pencetus kepada rembesan hormon Oxytoxin atau hormon kasih sayang dalam diri ibu yang juga membantu dalam proses pengecutan rahim, pengeluaran tali pusat serta rembesan susu. Jadi, usah biar topi jadi penghalang. Usap dan ciumlah kepala bayi anda sekerap mungkin.

PANDUAN TENTANG PAKAIAN BAYI IKUT CUACA

Panduan mudahnya:

1. Jika bayi berada dalam suhu bilik, dia hanya perlukan selapis saja lagi kain tambahan dari orang dewasa. Misalnya, selimut atau kain bedung sebagai tambahan dari sepasang baju yang dipakainya. Tak perlu topi, tak perlu sarung kaki dan sarung tangan kecuali jika kukunya panjang.

2. Jika bayi berada di dalam bilik atau keadaan yang sejuk dan berhawa dingin, ya, topi dan sarung kaki diperlukan walau berselimut atau berbedung misalnya.

http://kradles2kidz.com/

3. Jika bayi berada di luar rumah yang panas atau memang duduk di rumah yang panas dan bahang, sepasang bajunya sudah memadai. Malah, rakan-rakan konsultan saya dari negara bercuaca panas pernah memberitahu bagaimana adalah biasa untuk mereka membedung bayi yang hanya memakai lampin didalamnya. Ikutlah keadaan dan tak perlu terikat dengan ‘standard’ set lengkap pakaian bayi yang sekian lama tertanam dalam iklan hamper barangan bayi.

MITOS ‘MEMBUNGKUS BAYI’…

Bagi ibubapa yang merasa perlu membungkus bayi setiap masa kerana takut bayi kembung, ketahuilah pendapat ini hanya merepek. Bayi bukan makhluk berspora atau penuh liang yang memerangkap angin. Sumber terbesar angin dalam badan bayi adalah dari proses pencernaan makanan/susu yang berlaku dalam badan bayi, bukan dari sumber angin luar. Maka, ia adalah sesuatu yang bukan dalam kawalan ibubapa. Ini kerana ibubapa tak mengawal proses pencernaan bayi. Maksudnya, sebahagian bayi memang semulajadi ‘banyak angin’ berbanding bayi lain kerana fisiologinya dia memang begitu. Cuma faktanya, bayi-bayi yang memang ada isu perut : mudah kembung, alahan atau sensitif pada makanan tertentu adalah sangat sedikit. Dalam erti kata lain, bukan senang-senang bayi nak kena kembung.

www.thebump.com

Sekurang-kurangnya, 85% bayi yang kuat menangis termasuk bayi sawan tangis adalah atas faktor mereka ini bayi yang lemah adaptasinya pada dunia baru ini, sangat sensitif sistemnya terhadap rangsangan sekeliling walau sedikit dan kurang efektif pula sistem pelarasan nyah-stressnya. Itu faktornya. Bukan kembung. Bayangkan bayi yang memang sudah sensitif ini menderita kepanasan pula dalam masa yang sama setiap masa?

Sumber: Baby Language

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×