Sihat

Mungkin Ini Sebabnya Gigi Si Kecil Tak Tumbuh-tumbuh

133
SHARES

“Rania ni dah nak masuk setahun, tapi sebatang gigi pun tak tumbuh lagi. Normal ke kalau lambat tumbuh macam ni?”

Biasanya kita tengok bayi akan mula tumbuh gigi sekitar usia 6 bulan, iaitu usia di mana mereka sudah mula diperkenalkan dengan makanan tambahan.

Mengikut carta pertumbuhan gigi bayi, gigi yang akan mula-mula tumbuh adalah 2 gigi bawah, diikuti dengan 4 gigi atas di depan. Yang lain akan muncul perlahan-lahan dan menjelang usia 3 tahun, hampir semua anak kecil memiliki 20 batang gigi yang lengkap.

Ssetengah ibu bapa mungkin tak sabar melihat kemunculan gigi pertama bayi dan sering tertanya-tanya kenapa gigi si anak lambat tumbuh. Berikut adalah antara sebabnya.

5 Sebab Gigi Anak Kecil Lambat Tumbuh

1. Perkembangan Setiap Bayi Berbeza Kadarnya

Jangan terlalu cepat panik jika bayi anda masih belum tumbuh gigi. Kemungkinan besar ia hanya mengambil sedikit masa lagi dan tak ada apa yang perlu anda risaukan.

Secara normalnya, gigi pertama bayi boleh mula tumbuh antara usia 4 bulan hingga 15 bulan. Ada yang cepat, ada yang lambat. Namun sekiranya bayi yang berusia 18 bulan masih belum mempunyai walaupun sebatang gigi, maka anda bolehlah merujuk masalah ini kepada doktor.

2. Genetik

Dalam kebanyakan kes juga, anda tak perlu risau kerana gigi bayi lambat tumbuh hanyalah disebabkan oleh sesuatu yang diwarisi dalam keluarga.

Maka untuk lebih kepastian, anda boleh bertanyakan ibu anda juga mengenai gigi pertama anda dahulu.

Foto Kredit: Canadian Academy Of Dental Hygiene

3. Bayi Dilahirkan Pramatang / Kurang Berat

Bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan atau dilahirkan kurang berat badan adalah antara yang berkemungkinan mengalami keterlewatan ini.

Selain itu, gigi yang tumbuh juga mungkin mengalami sedikit kerosakan pada bahagian enamelnya.

pendarahan ketika hamil

Foto Kredit: origin.amp

4. Abnormaliti Pada Genetik

Abnormaliti pada genetik yang menghambat perkembangan fizikal mungkin boleh memberi kesan kepada pertumbuhan gigi bayi.

Antara kondisi yang dimaksudkan adalah Sindrom Down atau Progeria.

Foto Kredit: Medical News Today

5. Ketidakstabilan Hormon Tiroid & Kekurangan Nutrisi

Dalam sesetengah kes, masalah ketidakstabilan hormon tiroid dan paratiroid juga menyumbang kepada keterlewatan atau ketiadaan gigi susu semasa bayi, seperti yang dinyatakan melalui MedlinePlus.

Kelenjar paratiroid contohnya, mengawal paras vitamin D dan kalsium dalam tubuh. Oleh kerana kalsium merupakan komponen utama dalam gigi, maka seseorang anak kecil yang memiliki hormon paratiroid yang rendah cenderung mengalami masalah lambat tumbuh gigi atau memiliki enamel gigi yang lemah – lalu meningkatkan kebarangkalian untuk berlakunya kaviti.

lidah bayi putih

Foto Kredit: elmarada.org

Apa Risiko Lewat Tumbuh Gigi?

Lambat tumbuh gigi biasanya bukanlah suatu masalah yang serius dan tak perlu dibimbangkan.

Namun, terdapat kajian yang menunjukkan bahawa masalah ini menjadikan seseorang berpotensi mengalami masalah kerosakan gigi apabila bertambahnya usia mereka.

Apapun, penjagaan gigi memainkan peranan penting dalam memastikan gigi mereka kuat dan sihat. Oleh itu, seberapa lewatpun gigi pertama bayi muncul, pastikan gigi tersebut dijaga dan dibersihkan dengan rutin yang sempurna setiap hari.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×