Famili

Makin ‘Masam’, Makin Rasa Nak Cium! Ini 5 Keunikan Bau Bayi Yang Buat Mama Ketagih

25.1K
SHARES

“Aduuh, wanginya bau baby ni. Rasa tak puas nak gomol-gomol. Lagi masam, lagi sedap bau dia!”

Sama ada anda dahpun jadi seorang ibu atau belum, mesti anda perasan yang bayi baru lahir mempunyai aroma tersendiri yang sangat wangi dan istimewa, hingga membuatkan kita asyik nak menciumnya.

Bau wangi pada bayi ini sememangnya sangat mendamaikan. Sekali cium, rasa macam hilang stres sekejap! Jangan tak mengaku, mesti ada yang suka cium bau mulut bayi, celah leher atau ketiaknya. Lagi satu, bau bayi tu masa baru bangun tidurlah paling sedap sekali kan?

Di sebalik keunikan ini, ada penjelasannya dari sudut sains yang tentu akan buat kita terpegun. Jadi, jom ketahui serba sedikit tentangnya.

5 Keunikan Bau Bayi Yang Buat Mama Ketagih

1. Dari Mana Datangnya Bau Wangi Bayi

Dari sudut sainsnya, terdapat beberapa teori tentang keharuman bau bayi, terutamanya bayi yang baru lahir. Menurut George Preti, seorang ahli analitik kimia di Monell Chemical Senses Center, Philadelphia berkata bahawa bau ini datangnya daripada bahan kimia istimewa yang dibebaskan oleh kelenjar peluh bayi.

Satu lagi teori saintifik mengatakan bahawa bau bayi yang wangi ini berasal daripada sisa air ketuban, atau lebih tepat lagi vernix caseosa, iaitu lapisan putih yang menyaluti kulit bayi baru lahir semasa di dalam rahim. Walaupun lapisan ini telah dicuci sebaik saja bayi lahir, namun kesan baunya masih kekal pada bahagian rambut dan kulit bayi.

Foto Kredit: simplybirthnh.com

2. Ya, Mama Boleh ‘Ketagih’ Bau Bayi

Sebenarnya, aroma khas pada bayi ini mempunyai manfaat dalam meningkatkan bonding antara si ibu dengan bayi. Dalam sebuah kajian pada tahun 2013, bau wangi pada bayi ini didapati mengaktifkan kawasan tertentu pada otak Mama.

Secara psikologinya, tindakbalas ini membuatkan seorang ibu yang baru melahirkan berasa lebih bersemangat untuk menjaga bayinya walaupun dalam keadaan letih dan masih belum pulih sepenuhnya.

kenapa bau bayi wangi

3. Bukan Mama Saja Yang Suka Bau Bayi

Apa yang lebih mengagumkan, bauan bayi yang wangi ini merupakan cara bayi ‘berkomunikasi’ dan menarik perhatian orang ramai di sekelilingnya tanpa perlu bercakap atau membuat bunyi. Malah, bukan para ibu saja yang terkesan dan sukakan bau bayi tetapi juga orang yang bukan bersaudara dengannya.

Untuk mengetahui reaksi mereka, sebuah eksperimen telah dijalankan dengan 30 orang wanita. 15 orang daripada mereka adalah ibu, mana 15 orang lagi bukan ibu.

Hasil eksperimen mendapati aktiviti otak pada kedua-dua kumpulan wanita tersebut memberi reaksi yang hampir sama apabila mencium bau bayi. Tindakbalas mereka ketika mencium bayi ini adalah seolah-olah diberi makanan yang lazat atau diberikan dadah!

Foto Kredit: flipboard.com

4. Ia Membantu Kelangsungan Hidup Bayi

Daya tarikan yang kuat daripada bau wangi bayi ini sebenarnya merupakan antara taktik yang diciptakan oleh Tuhan untuk membantu kelangsungan hidup bayi.

Bauan istimewa ini membuatkan sesiapa saja yang memegang dan mencium bayi mudah saja jatuh cinta, melahirkan rasa kasih, dan mahu menjaga bayi tersebut dengan baik. Hebat, bukan?

5. Bau Bayi Akan Beransur Hilang

Bau bayi ini biasanya akan mula berkurang selepas usia 6 minggu dan akhirnya akan menghilang sendirinya.

Ini berlaku akibat perubahan metabolisme apabila bayi mula mendapatkan sumber makanan sendiri, dan tidak lagi bergantung kepada tali pusatnya seperti dalam kandungan. Perubahan metabolisme ini juga boleh dipengaruhi oleh perkembangan fizikal serta  makanan pejal yang mula dimakan oleh bayi selepas usia 6 bulan.

Tapi walaupun bau bayi dah hilang nanti, Mama tetap suka peluk dan cium mereka kan?

Foto Kredit: aia.com.my

Bayi Juga Sangat Suka Bau Mama!

Seperti mana Mama sukakan bau bayi, begitu juga dengan bayi anda. Menurut sumber, bayi seawal 3 hari lagi sudah mampu membezakan bau susu ibunya berbanding susu lain.

Bau Mama juga akan membuat bayi berasa lebih selamat dan selesa apabila berada dekat dengan mereka. Jadi, peluk dan ciumlah bayi anda sepuasnya sebab mereka juga amat sukakannya!

 

*Sumber rujukan: The Asian Parent Malaysia, Women’s Health, Today’s Parent

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×