Hebahan

Kempen Roadshow ‘Keluarga Sihat & Ceria Bersama Nestle EVERYDAY’ Gembirakan Komuniti Johor

1
SHARES

JOHOR BAHRU – Kempen Roadshow ‘Keluarga Sihat & Ceria bersama Nestlé EVERYDAY®’ telah mengunjungi komuniti Projek Perumahan Rakyat Sri Stulang di Johor Bahru hari ini.

Kempen ini bermula pada April 2016, menyasarkan 100 lokasi di seluruh negara dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengambilan susu terhadap diet yang berkhasiat dan seimbang kepada seluruh ahli keluarga. Pelbagai aktiviti dijalankan di roadshow tersebut termasuklah stesen permainan MAX NUTRE™, aktiviti sukaneka, aktiviti mewarna untuk kanak-kanak, di karnival bersuasana riang untuk 1,500 ahli keluarga komuniti PPR Sri Stulang.

Hulur Sokongan Melalui Perkongsian Pengetahuan

Ceramah nutrisi juga turut disertakan dalam program satu hari ini bagi membina kesedaran tentang kepentingan pengambilan susu untuk membina keluarga yang sihat dan ceria bersama Nestlé EVERYDAY®, susu berkhasiat yang membantu pembesaran dan perkembangan kanak-kanak dan juga orang dewasa, serta sesuai untuk seisi keluarga. Susu ini diperkaya dengan MAX NUTRETM, kombinasi pintar nutrien untuk membina otot yang lebih kuat, penglihatan dan kepekaan yang tinggi

Projek Perumahan Rakyat adalah inisiatif kerajaan untuk membina projek-projek perumahan bagi membantu keluarga yang berpendapatan lebih rendah untuk memiliki dan menikmati kediaman yang selesa. Kempen Nestlé EVERYDAY® menghulurkan sokongan dan keprihatinan melalui perkongsian pengetahuan dengan komuniti tersebut dan membantu mereka memupuk keluarga rakyat Malaysia yang lebih kuat dan sihat menerusi pembentukan kempen ‘Keluarga Sihat & Ceria bersama Nestlé EVERYDAY®’.

Kombinasi Pintar Nutrien Dalam Susu EVERYDAY

Susu Nestlé EVERYDAY® yang diperkaya dengan MAX NUTRE™, kombinasi pintar nutrien Protein, Magnesium, Kalsium dan juga Vitamin A, B1, B2 dan B12 boleh menolong membina otot yang lebih kuat, penglihatan dan kepekaan yang tinggi, serta memberi khasiat kepada kanak-kanak mahupun orang dewasa. Ia merupakan pilihan bijak dan sesuai untuk seluruh keluarga. Hanya 2 hidangan sehari membekalkan 100% keperluan pengambilan nutrien Vitamin C, Vitamin B1 dan B2, menjadikan ini cara yang bijak, lazat dan mudah untuk memenuhi keperluan nutrisi pemakanan seisi keluarga.

Makanan kegemaran tempatan seperti nasi lemak, nasi ayam, roti canai dan mi kari, merupakan diet kebiasaan rakyat Malaysia, tidak dapat memberikan sepenuhnya keperluan nutrisi harian yang disyorkan untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Untuk memenuhi keperluan nutrien yang diperlukan, keluarga di Malaysia boleh menikmati kebaikan susu seperti Nestlé EVERYDAY® di dalam diet seharian.

kids-colouring-activity-at-the-keluarga-sihat-ceria-bersama-nestle-everyday-roadshow-3

Membantu Rakyat Malaysia Mencapai Matlamat Pengambilan Nutrisi Harian

Ng Su Yen, Pengurus Eksekutif Perniagaan Nestlé Malaysia Milks berkata, “Kita amat teruja untuk membawa roadshow Keluarga Sihat & Ceria bersama Nestlé EVERYDAY® kepada PPR Sri Stulang di negeri Johor yang indah”.

Tambahnya lagi, “Rakyat Malaysia sentiasa mencari cara yang berkesan untuk membekalkan khasiat kepada seluruh keluarga yang tidak membebankan masa dan pembelanjaan rumah. Susu Nestlé EVERYDAY® yang diperkaya dengan MAX NUTRE™ adalah sesuai untuk seisi keluarga, dan membawa anda lebih dekat untuk memenuhi keperluan pemakanan seharian anda tidak kira apa jua cabaran yang anda hadapi. Ia merupakan cara yang bijak untuk membekalkan khasiat kepada diri dan keluarga anda, iaitu dengan memberikan nutrien harian yang penting untuk membina tubuh dan minda yang sihat. Kami bercita-cita untuk mendidik rakyat Malaysia tentang pentingnya nutrisi yang mencukupi dan membantu mereka mencapai matlamat pengambilan nutrisi harian mereka.”

Roadshow ‘Keluarga Sihat Dan Ceria bersama Nestlé Everyday®’ bermula di PPR Intan Baiduri di Kepong (17 April, 2016). Roadshow telah diadakan di Malaysia Utara, Tengah dan Timur setakat ini, dan roadshow akan bersambung di kawasan Selatan sehingga akhir tahun ini.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×