Famili

10 Info Tragis & Menyayat Hati Nahas Bas Persiaran Langgar Tayar Lori Tercabut, Bayi Pun Maut…

11
SHARES
bas persiaran

Nampaknya cuti sekolah dan musim perayaan yang baru sahaja bermula dikejutkan dengan kes kemalangan ngeri membabitkan bas persiaran dan beberapa jenis kenderaan lagi.

Berita kemalangan ini lebih menyayat hati apabila tujuh mangsa maut termasuk bayi manakala 33 orang cedera lagi gara-gara dipercayai mengelak tayar lori tercabut!

Baca juga: Kronologi Nahas Pelajar UiTM Dungun, Motor Terseret 60 Meter & Pelakunya Didakwa Kurang Siuman

10 FAKTA TRAGEDI NAHAS BAS PERSIARAN LANGGAR TAYAR LORI TERCABUT

bas persiaran

Foto: Sinar Plus

Malah, kemalangan tragis yang berlaku di antara laluan Simpang Ampat ke Ayer Keroh iaitu di Kilometer 204.0 Lebuhraya Utara Selatan itu tertebaran di laman sosial menyaksikan mayat mangsa bergelimpangan di atas lebuh raya. Berikut merupakan 10 info untuk anda.

1.Kemalangan dalam jam 8.30 malam itu melibatkan lima kenderaan termasuk sebuah treler Nissan, lori jenis Foton, bas pelancong, kenderaan pelbagai guna (MPV) Estima, dan Perodua Bezza.

2.Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superitenden Ashari Abu Samah, lori dan bas pelancong dalam perjalanan dari utara menghala ke selatan, manakala tiga lagi kenderaan treler, Toyota Estima, dan Perodua Bezza bergerak ke utara.

3.Setiba di lokasi kejadian, tayar hadapan sebelah kanan lori Foton yang dipandu lelaki berusia 31 telah tercabut dan berada di atas jalan iaitu di lorong tengah lebuh raya.

4.Bas pelancong yang tiba di tempat kejadian telah terlanggar tayar tersebut lalu hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan.

5.Semasa bas itu terbabas ke lorong bertentangan, ia telah berlanggar dengan sebuah treler dipandu lelaki berusia 27 tahun yang dinaiki bersama kelindan berusia 16 tahun.

6.Pelanggaran itu menyebabkan treler terbabas ke lorong kiri jalan dan melanggar penghadang jalan sebelum bertembung dengan kereta Perodua Bezza dan Toyota Estima.

7.Akibat kemalangan itu, kelima-lima mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian iaitu pemandu MPV, Khairul Izwan Mazupi, 32; bersama penumpang iaitu isterinya, Fadzlenna Ramli, 32; anak bongsu mereka, Muhammad Umar Khairul Ikhwan, 2, bapa Fadzlenna, Ramli Ab Wahab, 66; dan isteri serta pemandu bas pelancong, Noorisnien Khamid, 56; dan penumpang bas yang belum diketahui identiti.

8.Dua lagi anak pasangan itu, Nur Sofea Humaira Khairul Ikhwan, 4, dirawat di zon kuning Hospital Melaka dan Muhammad Uwais Al-Qarni Khairul Ikhwan, 7, dirawat di zon merah hospital yang sama.

9.Ashari berkata punca kemalangan disebabkan bas pelancong terbabit melanggar tayar lori di tengah jalan menyebabkan kenderaan berat itu hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan lalu berlanggar dengan tiga kenderaan lain.

10-Semua kenderaan yang terlibat ditahan untuk dibawa ke Pusat Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bagi pemeriksaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 manakala mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital Melaka dan Alor Gajah untuk menerima rawatan lanjut.

BERHAMPIRAN LOKASI KEMALANGAN NGERI PERNAH BERLAKU TAHUN 2010

bas persiaran

Infografik: Berita Harian

Oleh kerana berlakunya kemalangan ngeri ini, ramai yang teringat semula kes yang pernah berlaku menyaksikan kemalangan ngeri berhampiran lokasi berkenaan iaitu Plaza Tol Simpang Ampat pada tahun 2010.

Dalam kes kemalangan ngeri itu juga melibatkan seramai 12 mangsa maut dalam kemalangan ngeri membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat.

Kemalangan tahun 2010 itu melibatkan sembilan daripada mangsa adalah rakyat Malaysia, manakala tiga lagi berasal daripada Myanmar. Kejadian pada kira-kira jam 6.40 petang itu terjadi apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan. Sebuah lagi kereta turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat. Kemalangan itu turut menyebabkan lebih 40 penumpang lain cedera dan menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk di kedua-dua hala.

*Hati-hati semasa memandu dan semoga ada tindakan lanjut dari pihak berkuasa mengenai lambakan kenderaan berat tanpa mengira waktu di lebuh raya.

Baca juga: Cara Untuk Anda Claim PERKESO Jika Berlaku Kemalangan Ketika Ke Tempat Kerja

Sumber: Sinar Plus, Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×