Rakyat

Kelulusan i-Sinar Bagi Yang Sudah Memohon Akan Dipermudahkan Mulai 8 Mac Ini

79
SHARES

Berita baik bagi ahli yang telah memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, permohonan anda akan diluluskan secara automatik mulai 8 Mac 2021.

Ia berikutan kenyataan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang berkata pemansuhan tersebut adalah berikutan nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya KWSP menambahbaik inisiatif itu selepas mengambil kira maklum balas rakyat.

KELULUSAN BERMULA 8 MAC INI

Apa yang penting adalah KWSP memohon kerjasama orang ramai untuk terus bersabar kerana pengumuman kriteria baharu pada 11 Februari tersebut melibatkan perubahan besar kepada sisrem dan urus tadbir i-Sinar Online.

Pemansuhan syarat bagi kemudahan i-Sinar ini akan membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1 mereka tertakluk kepada baki yang sedia ada.

1.Pencarum yang memiliki simpanan RM100,000 dan ke bawah – boleh melakukan pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dilakukan secara berperingkat dalam tempoh 6 bulan, dengan bayaran pertama maksimum adalah sekitar RM5,000

2.Manakala, bagi pencarum yang memiliki simpanan melebihi RM100,000 pula – boleh melakukan pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka, jumlah pengeluaran maksimum adalah RM60,000. Pembayaran turut akan dilakukan secara berperingkat dalam tempoh 6 bulan dengan bayaran pertama maksimum adalah RM10,000.

Untuk makluman, permohonan i-Sinar masih dibuka sehingga 30 Jun 2021. Perkara lanjut berhubung permohonan i-Sinar tanpa syarat akan dimaklumkan dalam masa terdekat oleh pihak KWSP.

Untuk sebarang pertanyaan tentang semakan iSinar, sila hubungi HOTLINE 03-8922 4848. Talian ini beroperasi Isnin – Jumaat (kecuali Cuti Umum Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan) dan dibuka dari 8.00 pagi sehingga 8.00 malam bermula 21 Disember 2020.

Sumber: BERNAMA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×