Nur

10 Hari Awal Bulan Zulhijjah Lebih Baik Dari Jihad, ‘Peluang Emas’ Kutip Pahala Dengan Cara Ini!

16
SHARES
kelebihan 10 awal zulhijjah

Salah satu bulan dalam kalendar Islam yang menjadi tumpuan adalah bulan Zulhijjah. Terutama sekali, kelebihan 10 awal Zulhijjah ini, umat Islam digalakkan untuk beribadah dan melakukan amalan tertentu supaya dapat mengutip pahala secara berganda.

Malah, segala amalan yang dilakukan terutamanya pada 10 hari awal Zulhijjah ini akan membawa anda ke hari yang diibaratkan seperti Padang Masyar kelak iaitu Hari Arafah.

Baca juga: Siapa Ummu Hani’ Yang Dikatakan Cinta Pertama Rasulullah SAW? Mufti Tolong Ceritakan…

KELEBIHAN 10 AWAL ZULHIJJAH, LEBIH HEBAT DARI JIHAD

kelebihan 10 awal zulhijjah

Perkongsian dari Dr.Ahmad Sanusi menunjukkan ramai bertanya, mengapa 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih baik dari Jihad? Menurut al-Imam Ibn Hajar:

والذي يظهر أن السبب في امتياز عشر ذي الحجة لمكان اجتماع أمهات العبادة فيه ، وهي الصلاة والصيام والصدقة والحج ، ولا يتأتى ذلك في غيره

“Secara zahirnya, sebab yang menjadikan 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih utama dari yang lain kerana 10 hari ini menghimpunkan semua amalan utama di dalam Islam iaitu solat, puasa, sedeqah dan haji. Himpunan amalan-amalan ini tidak berlaku dalam hari-hari yang lain. (Fath al-Bari)

Dengan sebab itu Rasulullah mengangkat hari-hari ini sebagai hari yang paling baik dalam setahun. Sabda Rasulullah:

أَفْضَلُ أَيَّامِ الدُّنْيَا أَيَّامُ الْعَشْرِ

“Sebaik-baik hari dalam dunia ini adalah 10 hari ini.”

Oleh itu, terdapat pelbagai kelebihan dan keistimewaan yang luar biasa bagi 10 hari terawal bulan Zulhijjah dimana pelbagai amalan soleh boleh dilakukan bersama-sama secara berjemaah atau bersendirian. Antaranya adalah:

1.Puasa : Puasa sunat yang sangat digalakkan dalam Islam ialah puasa sunat Zulhijjah termasuklah puasa Sunat Arah pada 9 Zulhijjah

“Tiada hari yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan amalan soleh padanya melainkan 10 hari terawal Zulhijjah”- Sahih Bukhari : 969

Selain itu, amalan-amalan lain yang digalakkan adalah:

2.Beribadah di malam hari (Qiamullail)
3.Perbanyakkan solat sunat
4.Berbuat baik pada Ibu bapa
5.Memperbanyakkan bacaan Al-Quran
6.Bertutur tentang perkara-perkara yang baik
7.Membantu orang susah
8.Memperbanyakkan zikir

Berikut merupakan contoh jadual ibadah di bulan Zulhijjah pada tahun 2021. Boleh tukar tarikh sahaja.

kelebihan 10 awal zulhijjah

Kelebihan Hari Arafah

” Tiada hari yang paling ramai Allah SWT melepaskan hamba-Nya dari api neraka melankan pada hari Arafah. Dan sesungguhnya Allah SWT menghampiri hambanya dan berbangga dengan mereka di kalangan para melaikat serta bertanya; Apa yang dikehendaki oleh mereka?”

Pada hari Arafah digalakkan untuk berdoa kerana Rasulullah SAW bersabda:

” Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.” ( Hadis diriwayatkan oleh Malik)

Bagi mereka yang sedang melaksanakan ibadah Haji adalah tidak digalakkan untuk berpuasa pada hari Arafah dan ulama melarang melakukan perkara tersebut. Diriwayatkan daripada Ummu al-Fadhl binti Al-Harith.

”Ramai dalam kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu baginda di Arafah lalu Rasulullah meminumnya.” ( Hadith Riwayat Imam Muslim)

Juga daripada Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Huraira ra. ” Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari Arafah bagi mereka yang berada di Arafah.” (Hadith Riwayat Abu Dawud dan An-Nasa’ie; at-Thabrani dan Aisyah r.ha.)

*Nanti kami akan kongsikan beberapa doa dan waktu mustajab sempena Hari Arafah. Sementara itu, pada 10 hari awal Zulhijjah ini, perbanyakkan amalan berlipat ganda dan bertemu Hari Arafah nanti, InsyaAllah..

Baca juga: Doa Penawar Racun Akibat Selalu Digigit Serangga Berbisa, InsyaAllah Tak Melarat..

Sumber: Dr.Ahmad Sanusi, Al-Itqan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×