Bersalin

Bayi Jaundis Memang Asyik Tidur Je! 7 Tips Kejutkan Bayi Agar Lebih Kerap Menyusu & Cepat Sihat

418
SHARES

“Lain macam betul si Raqeeb ni tidur. Doktor pesan suruh kejut 1-2 jam sekali untuk menyusu, tapi susahnya nak bangunkan dia. Dahlah bacaan kuning makin naik masa check semalam. Aduh risaulah….”

Jaundis atau demam kuning biasa berlaku pada bayi baru lahir. Walaupun kebanyakannya tidak serius, namun ia tentu sekali boleh membuat ibu risau.

Selagi kadar bilirubin dalam darah masih terkawal, selalunya doktor akan suruh ibu-ibu pantau keadaan anak di rumah. Bilirubin inilah yang menyebabkan kuning dan ia dihasilkan daripada pemecahan sel darah merah. Ia kemudian diproses di dalam hati sebelum dikeluarkan melalui najis.

Berapa Kerap Bayi Baru Lahir Patut Menyusu

Bayi baru lahir biasanya akan menyusu sekerap 1-2 jam sekali.

Oleh kerana cara menyingkirkan bilirubin ini adalah melalui najis, jadi doktor akan pesan supaya anak kerap menyusu agar dia juga cepat ‘membuang’ dan cepat sihat.

Tapi masalahnya, bayi jaundis ini memang asyik mengantuk dan susah betul nak disusukan. Kadang-kadang ada yang menyusu baru seminit dua, dah tertidur semula!

7 Tips Kejutkan Bayi Agar Lebih Kerap Menyusu & Bebas Jaundis

Selalunya bayi normal akan mudah terjaga walaupun dengan hanya sedikit pergerakan dan bunyi. Berbeza dengan bayi jaundis, mereka amat sukar terjaga walaupun diletakkan di ruang yang bising.

Jadi, anda boleh cuba beberapa tips ini untuk mengejutkan bayi yang tidur agar lebih kerap menyusu.

1. Sentuhan

Cara pertama yang ibu boleh cuba adalah dengan mengenakan sentuhan lembut pada kulit bayi.

Gosok atau geletek lembut badannya, belakang, atau kaki dan tangannya. Dukung bayi dalam posisi menegak supaya bayi lebih mudah tersedar.

Foto Kredit: Getty Images

 

2. Suara

Kalau digerak-gerakkan pun masih tak bangun, ibu cubalah pujuk bayi dengan bercakap dengannya. Bisikkan ke telinga bayi dan cakap dengan lembut supaya bayi bangun untuk menyusu.

Walaupun bayi mungkin belum faham, tapi suara ibu amat kuat auranya dan mungkin berhasil mengejutkan bayi daripada tidur.

3. Buka Bajunya

Salah satu tips yang berkesan adalah dengan membuka pakaian bayi hingga tinggal lampinnya saja. Perubahan suhu berpotensi mengejutkan bayi yang sedang tidur. Sentuhan terus ke kulit atau skin-to-skin contact juga mungkin lebih berkesan untuk mengejutkan bayi yang sedang mengantuk.

Tapi pastikan bayi tak dibiarkan berlama-lama dalam keadaan sejuk ya!

4. Lap Muka

Basahkan sekeping tuala muka atau sapu tangan dan sapukannya ke muka bayi dengan perlahan.

sunat bayi perempuan

Foto Kredit: parents.fr

5. Tukar Lampin /  Mandi

Pergerakan menukar lampin biasanya boleh membuat bayi terjaga. Kalau masih tak bangun juga, bolehlah bawa bayi terus mandi.

Perubahan suhu ini mungkin akan membuat bayi bangun seketika. Bila bayi dah bangun, cepat-cepat bawa bayi masuk untuk disusukan.

http://thestir.cafemom.com/

6. Titiskan Susu Pada Mulut Bayi

Setiap bayi dikurniakan dengan rooting reflex, iaitu refleks mencari puting susu apabila disuakan kepadanya. Tapi kalau bayi terlalu mengantuk, ibu mungkin boleh membantunya minum dengan menitiskan beberapa titisan susu pada mulutnya ketika sedang tidur lena.

Bau dan rasa susu ini dapat merangsang bayi untuk terus menyusu.

Tips banyakkan susu ibu

Foto Kredit: istockphoto.com

7. Bawa Ke Tempat Yang Kurang Pencahayaan

Bayi baru lahir sebenarnya amat sensitif terhadap cahaya. Apabila cahaya terlalu terang, bayi lebih suka menutup mata untuk membuat mereka lebih selesa.

Jadi, cuba elakkan meletak bayi di tempat yang terlalu terang sama ada pada waktu siang mahupun malam.

Ibu Jangan Terlalu Stres

Memang kasihan bila tengok bayi asyik mengantuk dan tidak aktif akibat jaundis. Tapi ibu jangan terlalu stres ya. Fokus terhadap pengambilan makanan berkhasiat agar ibu juga dapat tenaga untuk kembali sihat.

Jika bacaan kuning bayi tidak menurun, ibu akan diarahkan untuk kerap membawa bayi membuat ujian darah bagi memeriksa tahap bilirubinnya. Pantau juga bilangan lampin basahnya agar ibu dapat memastikan bayi minum dengan cukup.

Sesetengah bayi mungkin akan memerlukan rawatan tambahan iaitu fototerapi. Namun ibu jangan risau dan paling penting jangan beri bayi makan apa-apa kerana mengikut petua. Usus bayi baru lahir masih belum matang untuk mencernakan sebarang makanan selain susu ibu. Jadi, seeloknya kemukakan sebarang kemusykilan terus kepada doktor. Insha Allah semuanya akan baik-baik saja dalam sedikit masa lagi.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×