Famili

Buat ‘Kaki Bola’, VOCKET Anjur Kejohanan Bola Jalanan Di Karnival Jom Heboh Jun Nanti!

4
SHARES
vocket

Buat julung kalinya satu Kejohanan Bola Jalanan VOCKET ‘3v3’ akan berlangsung selama 3 hari di Karnival Jom Heboh (KJH) bersempena ulang tahun ke-20 KJH.

Kejohanan ini dianjurkan bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk mewujudkan rakyat Malaysia yang cergas dari segi fizikal dan mental.

KEJOHANAN BOLA JALANAN VOCKET JADI PENARIK KARNIVAL JOM HEBOH JUN DEPAN

vocket

Menurut Pegawai Pemasaran Portal VOCKET, Saiful Bahari, berkata kejohanan ini merupakan salah satu tarikan baharu di KJH pada tahun ini yang akan berlangsung di perkarangan Stadium Shah Alam pada 2 hingga 4 Jun depan.

“Kami tampil berbeza untuk edisi KJH pada tahun ini kerana sebelum ini kami berhubung dengan para pengunjung menerusi aktiviti-aktiviti di pentas. Tetapi kali ini kami akan adakan Kejohanan Futsal Jalanan VOCKET ‘3v3’.”

“Fokus kami bukan sahaja untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menitikberatkan hidup sihat, tetapi untuk menghubungkan lagi VOCKET dengan pembaca di luar sana.”

Sebagai salah satu penyedia kandungan berita terkini sukan bola sepak dalam dan luar negara, VOCKET berbesar hati ingin menjemput peminat setia bola sepak untuk sama-sama memeriahkan Kejohanan Bola Jalanan VOCKET ini nanti.

Permainan akan berlangsung selama 10 minit; 5 minit untuk separuh masa pertama dan 5 minit untuk separuh masa kedua. Tiga pemain akan bermain pada satu-satu masa dan bola perlu berada di ‘ground’ sahaja serta kedudukan bola tinggi paras pinggang adalah tidak dibenarkan.

vocket

Bagi anda yang berminat untuk sertai, mudah sahaja. Layari laman web https://bolajalanan.vocketfc.com dan buat bayaran penyertaan sebanyak RM200 (untuk setiap pasukan). Perlawanan akan berlangsung secara 3 sebelah dan setiap pasukan boleh mendaftar maksima 5 orang pemain sahaja.

Pemenang tempat pertama akan memenangi hadiah wang tunai RM1,000 bersama 5 pingat emas, wang tunai RM700 bersama 5 pingat perak untuk naib juara dan RM400 bersama pingat gangsa untuk pemenang tempat ketiga. Selain itu, setiap pemenang turut akan menerima jersi edisi terhad VOCKET yang cuma dihasilkan sempena KJH sahaja.

*Semoga menang!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×